Thursday, June 28, 2012

Maish Hidup Walau kepala Di Tembusi Mata Tombak




Pasukan doktor di Rumah Sakit Jackson Memorial Miami berhasil menyelamatkan nyawa seorang remaja. Remaja 16 tahun ini mengalami kecelakaan maut yang menyebabkan kepalanya tertembus tombak sepanjang satu meter.

Kecelakaan ini terjadi saat Yasser Lopez dan teman-temannya memancing ikan dengan menggunakan tombak kecil. Tanpa sengaja , ketika sedang asyik mencari ikan seorang temannya menembakkan pistol tombak ke arah Lopez, lantas mengenai dan menembus kepalanya.

Dia segera dikejarkan ke hospital dan dirawat di pusat trauma Hospital Miami.  Semasa ke hospital pada 7 Jun lalu, tombak sepanjang satu meter dapat dilihat tembus dari dahinya.

Doktor mengatakan, tombak menembus kepala Lopez lima sentimeter di atas mata kanan dan keluar di bahagian belakang tengkoraknya.   Tombak yang menembus harus lebih dulu dipotong. Sementara sisa tombak dikeluarkan kemudian dalam sebuah prosedur pembedahan selama tiga jam.

Seperti dilaporkan oleh Courier Mail, doktor mengatakan, Lopez beruntung, sebab tombak tidak mengenai pembuluh darah utama di otaknya. Namun, akibat trauma pada otak, Lopez tak mampu mengingat kejadian tersebut.

sumber: vivanews

Misteri Buah Tembikai Meletup Di China



Para petani di China mulai bingung kerana tembikai yang ditanam mereka telah mula meletup. Walaupun mereka telah mengaku menggunakan bahan kimia untuk mempercepatkan pertumbuhan buah-buahan mereka, mereka telah mendapati bahawa walaupun tembikai yang dibiarkan berkembang secara organik ia telah meletup juga.

Pakar-pakar pertanian juga menjadi bingung tentang apa yang menyebabkan fenomena pelik itu, tetapi mensyaki bahawa faktor-faktor seperti cuaca dan saiz luar biasa daripada tembikai boleh bertanggungjawab.

Petani, Liu Mingsuo berkata bahawa lebih daripada dua pertiga daripada tanaman itu telah meletup setelah menggunakan biji benih yang diimport dari Jepun.


Sumber

Bayi Dilahirkan Seperti Ikan Duyung


Milagros Cerron dilahirkan dengan kecacatan sejak kelahiran. Kakinya bercantum seperti ekor ikan duyung. Selepas tiga pembedahan dalam tempoh lima tahun beliau mempunyai kaki yang normal dan sedang belajar untuk berjalan.



















Pelik!! Labah-Labah Makan Ular



Pelik! tapi itulah hakikat yang sebenarnya. Seekor labah-labah mampu menjadikan ular sebagai mangsanya bila ia tersangkut di sarang tersebut., meh  tengok gambar labah-labah makan ular....

Penemuan Piramid Di Indonesia




Kes Piramid Sadahurip terus menuai kontroversi. Team ESDM yang memakai logik pendek dengan mudahnya menyatakan bahawa gunung Sadahurip bukan piramid "ajaib" kerana tanah luarnya adalah tanah biasa. Padahal penggalian yang lebih serius telah menyingkap adanya batu-batu yang tersusun rapi, yang tidak mungkin "disusun oleh alam"!.


Ditambah lagi dengan hasil geolistrik dengan jarak 5 dan 3 meter bentangan Barat Timur dan Utara Selatan memperkuat kesimpulan ada bentukan struktur yang sangat kecil kemungkinan hasil bentukan alami.


Penemuan Piramid Di Indonesia 2012 


Hasil plot kontur 3D data digital topografi resolusi 5 meter IFSAR ini memperkuat hipotesa adanya bentukan anomali dari proses geologi bukit sinder cone yang berada pada suatu batuan dasar intrusi yang terpancung. Kemudian, sumber material galian berasal dari daerah lembah Cirahong yang berada 1-2 kilometer dari puncak gunung Putri. Dibuktikan dengan kelantangan galian dari lembah Cirahong adalah sama dengan kelantangan timbunan gunung Putri.

Sementara itu hasil uji karbon C14 menunjukkan usia lapisan tanah top soil purba yang sudah diuji karbon dating C14 di BATAN adalah 6000 tahun sebelum Masehi. Sementara usia lapisan tanah yang lebih keras seperti cadas di bawahnya adalah 7.500 tahun sebelum Masehi. Apabila ada struktur yang berada di bawah lapisan tanah dan cadas usianya akan lebih tua


Maka pasukan Katastrofa pimpinan Staf Khusus Presiden, Andi Arif akan memperserius penelitian Gunung Sadahurip pada Mac 2012. Namun kerana nama Presiden akhir-akhir ini sedang bosan, maka niat baik Andi Arif ikut dicurigai oleh para penganut logik pendek. Padahal ada Teori Katastrofa yang boleh digunakan untuk "langkah awal" mempelajari "Piramid Sadahurip".

Teori Katastrofa adalah teori yang berkembang pada abad ke-18, yang menyatakan bahawa bumi akan hancur kerana musibah yang amat dahsyat.

Bagi orang Islam, tentunya teori itu tidak mengejutkan, kerana banyak disebut dalam Al-Qur'an, bahawa disamping kiamat, Allah telah banyak membinasakan kaum-kaum bertamadun tinggi yang mengingkari ke Esaan Allah dan banyak membuat kejahatan di muka bumi.

"Maka apakah kamu tidak berjalan-jalan di muka bumi, lalu memperhatikan betapa kesudahan nasib orang-orang sebelum kamu. Mereka orang-orang yang lebih hebat kekuatannya dan lebih banyak bekas-bekasnya (artefaknya) di muka bumi. Maka apa yang mereka usahakan (peradaban tinggi mereka) itu ternyata tidak dapat menolong mereka ". Demikian bunyi Surat Al-Mukmin ayat 82.

Katastrofa NUSANTARA
Selama ini, khutbah-khutbah kyai di masjid-masjid kebanyakan menafsirkan bunyi ayat-ayat Al-Qur'an seperti di atas, hanyalah berlaku pada kaum Arab kuno atau bangsa Yahudi yang diazab Allah, misalnya kaum Ad, Tsamud, Sodom dan Gomorrah dan sebagainya .
Namun, kalau kita merujuk penemuan-penemuan mutakhir, serta teori-teori Nusantara mutakhir, akan terlihat bahawa Nusantara juga pernah mempunyai kejayaan yang luar biasa, melebihi kejayaan peradaban bangsa-bangsa yang disebut secara nyata oleh Al-Quran di atas, dan kemudian diazab oleh Allah dengan kehancuran maha dahsyat.

Dalam beberapa bulan yang akan datang, pasukan yang dibentuk oleh Staf Khusus Presiden bencana, sebut saja "Pasukan Katastrofa", akan meneliti beberapa gunung di Kudat, Jawa Barat, yakni Gunung Lalakon dan Sadahurip, yang menilik bentuknya sangat "mencurigakan", nampaknya bukan gunung biasa, melainkan piramid raksasa yang tertimbun hutan.
Di samping itu, di Jawa Tengah juga terdapat deretan "gunung piramid" yang berderet puluhan atau ratusan, memperlihatkan betapa dahsyatnya Nusantara masa lalu, sebelum "dihancurkan" oleh bencana alam maha dahsyat, yang tentu bagi orang Islam bermakna diazab oleh Allah.

Konon, kini banyak pakar dari luar negeri berebut ingin bergabung dengan pasukan penyelidik gunung piramid tersebut. Semoga saja mereka datang dengan sumbangan bayaran dari negerinya, bukan hanya datang sebagai tenaga kerja, kerana kalau soal itu, di Indonesia pun sudah banyak.

Dengan ditemukannya piramid-piramid raksasa di Nusantara yang lebih besar dari piramid di Mesir, juga penemuan sisa-sisa "Kerajaan Kandis kuno" di Sumatera, dan sebenarnya juga penemuan sisa-sisa berbagai patung-patung megalitik yang kadang-kadang ukurannya dahsyat, sudah membuktikan kebenaran teori DR.Arysio Santos dan DR.Stephen Oppenheimer yang akhir-akhir ini mengejutkan para pakar kenusantaraan, bahawa Nusantara ini puluhan ribu tahun yang lalu adalah benua besar bernama "Attala" atau "Atlantis" dan ada juga yang menyebut "Lemuria" yang bertamadun sangat dahsyat, melebihi kedahsyatan peradaban Borobudur Sleman, Piramid Mesir, Kota Gunung Machu Pichu, Kuil-kuil piramid Amerika Selatan dan sebagainya.

Penemuan Piramid Di Indonesia 2012
Namun kemudian hancur lebur oleh meletusnya Gunung Toba dan Gunung Krakatau ribuan tahun yang lalu, sehingga Benua Atlantis atau Attala atau Lemuria itu hancur berkeping-keping menjadi beribu-ribu pulau besar kecil yang kini dipanggil Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Birma, Filipina, Papua New Guinea , dan Australia.

Tentunya para pakar lebih suka menyebut kejadian tersebut dengan peristiwa Katastrofa atau musibah, daripada menyebutnya dengan azab Allah.

MUHASABAH
Dengan katastrofa atau musibah, maka para pakar anti-religi hanya menganggap bahawa kejadian alam itu adalah kitaran biasa, sedahsyat apapun musibah terjadi, dianggap sebagai kitar semula kehidupan.

Sedangkan kalau menyebutnya musibah, maka akan tercetus kesedaran atau muhasabah, bahawa faktor kejahatan manusia sangat berperanan pada hancurnya alam, kerana menimbulkan kemarahan Allah yang kemudian menurunkan azab maha dahsyat.

Dengan muhasabah, maka manusia berusaha memperbaiki perilaku, menjaga kelestarian alam, mencegah kejahatan dari penjahat secara berramai-ramai, agar kehidupan tidak hancur oleh ulah segelintir penjahat-baik penjahat itu maling jahat, pembunuh jahat, koruptor jahat, politik jahat, polis jahat, pengusaha jahat, peniaga jahat, peguam jahat, petani jahat, bahkan seniman jahat dan kyai jahat-akan membahayakan kelestarian alam, yang berakhir pada musibah dahsyat yang mencelakakan semua orang.
Penemuan Piramid Di Indonesia 2012
Apalagi berbagai ramalan-baik ramalan kuno (misalnya versi kalendar Maya) mahupun ramalan modern (versi kumpulan pencinta alam sekitar pengikut Al-Gore), mahupun ramalan kontroversial versi Ustaz Fahmi Basya yang meramal relief-relief Borobudur berpasangan dengan ayat-ayat Al-Qur'an , semuanya merujuk kepada arahan, bahawa kiamat akan terjadi tahun 2012. Bahkan Hollywoodpun percaya kepada ramalan itu, dan telah membuat filmnya "2012" yang menangguk "duit box office" ketika filem itu dimainkan.

Tanpa muhasabah, tanpa mawas diri, tanpa kesedaran, maka sama saja dengan membiarkan percepatan roda katastrofa menuju episode kehancuran alam yang maha dahsyat, yang mahu tidak mahu, percaya tidak percaya, tanda-tandanya sudah banyak kita rasakan selama beberapa tahun terakhir ini.

*) Penulis adalah budayawan Nusantara yang baru saja mempresentasikan Teori Katastrofa Nusantara di Seminar Antarabangsa Rumpun Nusantara "Empat Dekad GAPENA" di Kedah, Malaysia.


Bekas Ketua Jurulatih Bola Sepak Negeri Sembilan Di Hukum Penjara 15 Bulan



SEREMBAN- Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 20 tuduhan rasuah mengatur perlawanan bola sepak Piala Presiden tahun lepas.
Tertuduh Yusarman Yusof, 36, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan Hakim Datin Nursinah Adzmi yang turut memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan jika dia gagal membayar denda.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Yusarman didakwa memberi rasuah RM24,700 kepada 11 pemain bola sepak skuad berkenaan pada 19 dan 22 April tahun lepas.
Tertuduh didakwa memberi suapan tunai RM2,000 kepada 11 pemain terdiri daripada Mohamad Yatim Abdullah, D. Adrian, Muhammad Zaidi Othman, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Muhammad Riqzi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Norhairi Abd Rahman dan Muhammad Haikal Mohamad Nazri.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis sekitar Pusat Komersial Cempaka, Senawang, di sini pada 5 petang 22 April lepas.
Yusarman turut didakwa memberi suapan tunai RM300 kepada sembilan pemain terdiri daripada D. Adrian, Muhammad Zaidi Othman, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Muhammad Rizqi Azman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Norhairi Abd Rahman dan Muhammad Haikal Mohamad Nazri dilokasi yang sama, 9 malam 19 April lalu.
Wang suapan itu dikatakan sebagai dorongan kepada pemain terbabit membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(B)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali
ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Nursinah dalam penghakimannya berkata hukuman itu diputuskan selepas mahkamah mempertimbangkan rayuan peguam bela dan mengambil kira jasa tertuduh dalam arena sukan bola sepak negara.
"Tertuduh mempunyai jasa kepada negara dalam penglibatan sukan bola sepak dan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, namun kesalahan tertuduh adalah jelas dan mahkamah perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang ada," katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM P. Sevan manakala tertuduh diwakili peguam Raftfizi Zainal Abidin.- Bernama

Sungai Paling Jernih Di Dunia, Verzasca River


Sungai Verzasca yang terletak di Switzerland ini dikenali kerana kejernihan airnya yang mengalir dari gunung-ganang yang terletak di Pizzo Barone ke Tasik Maggiore. Air sungai ini sangat jernih, sehinggakan pada kedalaman 10 meter di dasar sungai, anda masih dapat melihat dengan jelas jambatan yang merentangi sungai ini.
Lokasi ini terkenal sebagai kawasan pelancongan untuk aktiviti scuba diving dan bungee jumping.
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
Incredibly Clear Waters of the Verzasca River
sumber: billyinfo.blogspot.com, izismmile.com

5 Fakta Yang Perlu anda Ketahui



1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen itu? ( Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah ). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L’Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol’s Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, “Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak”. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai ‘makan untuk mendapat barah’.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.
sumber

Wednesday, June 27, 2012

Lelaki Yang Memiliki Wajah Tambahan Di Kepalanya



Edward Mordrake adalah bangsawan Ingggeris abad ke-19 yang mempunyai wajah tambahan di belakang kepalanya. Menurut cerita, wajah tambahan tidak boleh makan bercakap, tetapi ia mampu ketawa dan menangis. Edward merayu kepada doktor untuk 'devil twin' itu dibuang, kerana, kononnya, ia berbisik sesuatu yang dahsyat terhadap beliau pada waktu malam, tetapi tiada doktor mampu membantu. 
Beliau cuba membunuh diri pada usia 23 tahun dengan meracuni dirinya kerana dia tidak lagi dapat bertahan untuk hidup dengan muka di belakang kepalanya.

p/s: SubhanAllah ciptaan Allah S.W.T

Restoran McDonalds Terbesar Didunia


Mari lihat beberapa gambar daripada restoran McDonald's yang paling besar di dunia. Restoran ini terletak di 200 meter daripada stadium Olimpik utama di Stratford, timur London. Ianya mempunyai keluasan 32000 kaki persegi dan mempunyai sebanyak 1500 tempat duduk untuk pelanggan serta memerlukan sebanyak 2000 pekerja.

Tertanya-tanya juga, berapa banyakkah lebihan makanan yang akan terbuang daripada restoran ini selama enam minggu acara sukan Olimpik berlangsung.








via: dailymail

Gempar! Anak Mati Ditusuk Mata & Mulut Dengan Batang Penyapu Oleh Bapanya!



BELURAN: Berang anak lelakinya sering berkeliaran dalam keadaan bogel, seorang bapa bertindak kejam apabila bukan saja menusuk kedua-dua belah mata anaknya, malah mulutnya turut ditusuk dengan batang penyapu sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah kongsi di Ladang Metro Telupid, dekat sini, malam kelmarin.

Lebih mengerikan, dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mayat mangsa dikenali sebagai Nasrul Ali, 24, turut ditusuk di beberapa bahagian muka sehingga wajahnya sukar dicam selain beberapa tusukan di belakang badannya dipercayai menggunakan batang penyapu sama.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang mengalami masalah mental dikatakan berkeliaran dalam keadaan berbogel di kawasan rumah kongsi, menyebabkan bapa mangsa yang juga seorang bomoh kampung berang lalu menangkapnya.

Selepas itu, suspek mengheret mangsa masuk ke dalam rumah mereka sebelum bertindak kejam apabila menusuk kedua-dua biji mata anaknya itu dengan batang penyapu dan suspek turut menusuk mulut pemuda itu sehingga mati.

Selepas itu, suspek yang juga bapa kandung mangsa dipercayai memandikan mayat anaknya itu menggunakan lapan biji kelapa, selain meletakkan dua biji pisang di tepi mayat anaknya.

10 Golongan Manusia Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab



Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.

Wallahualam...


Sumber