Monday, September 24, 2012

18SG!! Manusia Dalam Perut Ular Sawa

Beginilah keadaan manusia apabila telah ditelah oleh seekor ular sawa yang besar. Betapa seksanya dia menanggung kesakitan sebelum ditelan. Ular sawa akan membelit mangsanya telebih dahulu sebelum menelannya





Mayat Reput Dalam Tangki Air Penduduk Fail Saman RM100 Juta!


Apakah perasaan kita apabila air yang digunakan untuk minum dan mandi sebenarnya adalah air yang dicemari dengan mayat reput. Ini yang berlaku terhadap sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di sini hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atasdakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, di sini kira-kira 2.45 petang.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.
Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.
Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.
sumber: MelayuKini.net

Ular Terbesar Didunia Seberat 136Kg


Ular terbesar didunia yang mempunyai berat melebihi 300 pound (136 kg), dan mempunyai 25 kaki panjangnya. Untuk mengangkatnya memerlukan 15 orang untuk memegangnya.

Ular besar panjang ini akan dicatatkan dalam The Guinness World of Record 2013 nanti sebagai ular terpanjang yang tinggal di sangkar yang dikenali sebagai “The Edge of Hell”. Diberikan makanan sebanyak 100 pound seminggu.






Sumber: 

Mari Lihat Apa Yang Ada Dalam Iphone 5 Setelah Dibuka













Tu dia ...cip A6

Sumber reuters

Inilah Mesin Automatik Untuk Menderma Sperma

Revolusi: Hospital Cina memperkenalkan mesin baru yang boleh mengeluarkan sperma kepada penderma

Sebuah hospital di China telah memperkenalkan sebuah mesin baru yang boleh membantu untuk mengeluarkan sperma kepada penderma. Menurut platform sosial Weibo, mesin automatik pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibukota wilayah Jiangsu.

Mesin yang berwarna putih, kelabu dan merah jambu itu mempunyai 'paip urut' di bahagian hadapan yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian penderma.

Pengalaman baru: (Kiri) Seorang pelawat melihat mesin itu di sebuah pameran. (Kanan) Sebuah skrin kecil juga akan memainkan filem kepada pengguna

Kelajuan, frekuensi, amplitud dan suhu pada mesin ini juga boleh dikawal.

Ia turut mempunyai sebuah skrin kecil untuk memainkan filem yang dipilih pengguna untuk membantu mereka dalam proses pengekstrakan itu.

Pengarah Jabatan Urologi di Hospital Pusat Zhengzhou berkata mesin ini akan digunakan oleh pesakit yang mandul dan didapati sukar untuk mengeluarkan sperma dengan kaedah lama.

Sebuah laman web yang menjual mesin ini meletakkan harga GBP 2800 (lebih RM 13 ribu) dengan kata-kata promosi 'ia memberikan pesakit rasa yang sangat selesa.'




Gambar Budak Umur 3 Tahun Meniti Tali Di Atas Kandang Harimau


Bahagian Troupe Jiangxi Elite Kesenian Kanak-kanak, Xiayon tanpa ragu-ragu.. berjalan perlahan-lahan merentasi dawai tanpa tiang pengimbang di Changzhou Yancheng Zoo di wilayah Jiangsu, membuatkan para penonton terkejut...mereka sama sekali  tidak memakai dawai keselamatan di sekeliling pinggang mereka dimana boleh melindungi beliau daripada enam harimau lapar yang menunggu di bawah...gerun..

Sememangnya zoo semakin banyak Flack untuk hosting ini..walaupun troupe ini telah memenuhi semua keperluan keselamatan. Xiaoyan secara spontan meletakkan dirinya dalam zon yang merbahaya..tiupan angin hampir mengetuk adik Xiaoyan ini ketika disa memulakan perjalanan beliau untuk merentasi dawai. Para penonton menjerit, manakala harimau bawah tidak sabar menunggu habuan mereka dan turut telah menimbulkan kemarahan.

Ada juga persembahan daripada orang dewasa menyeberangi wayar dengan basikal dan tangga, tiada rasa takut atau kekesalan dalam diri mereka. Saudara Zhang Shenwen, yang berkhidmat sebagai pengarah untuk kumpulan akrobat, menyatakan bahawa gadis muda telah melaksanakan akrobatik ini sejak umur satu tahun lagi..biar betul...damn..dan kata beliau ia juga menjadikannya the world’s youngest high wire walker dan tidak lama lagi dia akan menjadi the world’s youngest Darwin Award recipient. Adik Xiayon ketika ini masihberumur 3 tahun!!!!...








Friday, September 21, 2012

Juara Gusti Lengan Yang Tercantik

Semua orang tahu gusti lengan atau armwrestling ini biasanya didominasikan oleh kaum lelaki, namun tahukah anda bahawa juara dunia ini merupakan seorang wanita cantik yang berasal dari Sweden yang masih berumur 21 tahun?

Sarah Backman merupakan juara dunia gusti lengan di unis yang sangat muda. Meskipun diwajibkan berbadan sasa dan tegap, namun Sarah masih nampak cantik dan seksi seperti model.

Lihat beberapa gambar Sarah Backman dengan pose mengancam ni..









Sumber

Sukakah Awek Korang Duduk Seperti Ini?


Antara sayang dan kurang ajar, mana satu yang sesuai dengan awek ni? sedang mereka makan bersama disebuah restoran di China, awek lelaki ini cuba untuk bermanja dengan kekasihnya, lihatlah apa awek ni buat..

Kaki atas paha ? tapak kaki atas perut? agak melampau...suka tak kalau awek korang macam ni...



Sumber

Wanita Ini Umur 44 Tahun Tapi Masih Kelihatan Seperti Umur 20 Tahun



Wow! Memang cantik dan menawan..Masako Mizutani masih mempunyai wajah seperti gadis remaja padahal umurnya sudah mencapai 40 tahun.  Masako berasal dari Jepun dan dikenali sebagai “Japan’s Lady Of Eternal Youth” atau wanita Jepun yang memiliki kecantikan abadi. Ketika ini usianya sudah 44 tahun  tetapi masih mempunyai wajah seperti gadis remaja 20-an.
Masako Mizutani dilahirkan pada tahun 1968 dan tinggal di Nagoya, telah dikurniakan 2 orang anak dan yang sulung berumur 21 tahun. Lebih mengkagumkan pada Masako adalah tidak nampak pun kerutan penuaan pada wajahnya.


Beberapa tips kecantikkan yang disebutkan oleh Masako adalah memperbanyakkan minum air putih yang berfungsi untuk membuang racun dalam badan, memakanan makanan yang mengandungi konsumsi sihat dan segar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar serta menggunakan krim wajah yang mengandungi vitamin E. Jangan lupa untuk tidur yang cukup dan tidak merokok.
Lagi gambar Masako Mizutani dibawah..








Masako memerlukan waktu selama 5 jam untuk merawat wajahnya, dengan membersihkan wajah, memakai toner, pelembab, sunblock dan krim Vitamin E dan kadang-kadang pergi ke facial saloon. Tidak ada yang pelik dan aneh yang dilakukan oleh Masako untuk merawat kecantikkan dan kesihatan dirinya. Semuanya seperti yang dilakukan wanita umunya. Sederhana kan?
Wanita Asia memang sangat mempersona dan cantik-cantik belaka. Ini alasan mengapa ramai lelaki eropah lebih menyukai mempunyai pasangan wanita Asia. Orang Asia bagaimana?


Sumber

Shila Amzah Juara Asian Wave Shanghai

Berkat usaha beliau yang begitu bersungguh-sungguh dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, akhirnya penyanyi Shila Amzah dinobatkan sebagai Juara Asian Wave yang baru saja berakhir sebentar tadi. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama Malaysia bukan sahaja di peringkat Asia malah tentunya peringkat antarabangsa.
Shila Amzah dengan trofi kemenangannya di Pertandingan Asian Wave Shanghai
Persaingan antara peserta yang cukup sengit tidak menghalang pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini memberikan persembahan yang terbaik sehingga mendapat sorakan gemuruh dari rakyat China dan pujian yang melambung dari juri-juri pertandingan Asian Wave.

Ketika pertandingan berlangsung malam tadi, Shila Amzah telah menyanyikan sebanyak 3 buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah (#Shilalas) dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah untuk kategori peserta popular. Shila bertarung bakat dengan 5 finalis lain Asian Wave daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India.

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.

Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Tuesday, September 18, 2012

Pelik!! Ayam Berkaki Empat

Sebelum-sebelum ini memang banyak kita membaca tentang kisah ayam yang disembelih tidak mati dan sebagainya. Namun satu kejadian yang terjadi terhadap seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu.



“Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”

“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.

Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya. - Sumber

Ngeri!! Wanita Digilis Keretapi Di Sg Petani


Terbaru satu kejadian telah berlaku di Sungai Petani, Kedah. Ia bermula dengan tindakan berani dua beradik perempuan melintasi laluan kereta api yang sudah pun ditutup dengan palang automatik mengundang padah apabila seorang daripadanya maut dan seorang lagi cedera parahdilanggar kereta api.




Kejadian ngeri jam 12.45 tengah malam itu menyebabkan penunggang motosikal, Nalinidevi Kanabal, 18, maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Rani Kanabal, 20, cedera parah pada bahagian kepala, tangan dan kaki.

Kejadian dikatakan berlaku apabila dua beradik yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang dekat Taman Ria Jaya di sini, sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria.

Menurut sumber, mangsa baru selesai melakukan upacara keagamaan dekat sebuah rumah kenalan di Pekan Baru Sungai Petani bersama dua lagi rakan.

“Mangsa yang tiba di pagar lintasan kereta api sedang dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke Pekan Lama Sungai Petani melintas laluan pagar yang diturunkan.

“Belum sempat melintasi landasan, mangsa dilanggar sebuah kereta api yang mengangkut muatan simen dari Perlis menuju ke Kuala Lumpur,” katanya.

Motosikal mereka dipercayai tersangkut pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter menyebabkan perjalanan kereta api tergendala seketika.

Cebisan mayat mangsa turut kelihatan di atas landasan dengan keadaan kaki, tangan dan anggota lain yang putus antara satu sama lain. Rani yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Ong Aik Chang mengesahkan kejadian itu. Beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan tidak tergesa-gesa untuk melintas landasan kereta api. - Sumber

Sunday, September 16, 2012

Rumah Geli-Geli



KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.

Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa.

TUNGGU GILIRAN... dua daripada lima wanita dalam rumah terbabit.

Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.

MANJA... wanita melayan seorang pelanggan yang datang di ruang tamu rumah.

Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap. Metro

Friday, September 14, 2012

Pelajar 15 Tahun Ditahan Berasmara Di Belakang Sekolah


KULIM – Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.
“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.
Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa
Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.
Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.
Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.
Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.
Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.
“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.
“Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.
“Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.

iPhone 5 Spesifikasi dan Harga


Akhirnya iPhone 5 telah resmi diluncurkan, bersamaan dengan terjawabnya berbagai prediksi mengenai nama, bentuk dan spesifikasi dari iPhone 5.

iPhone 5 : Spesifikasi dan Harga
Sumber : Mashable.com

Berikut beberapa spesifikasi iPhone 5 :
  • Lima baris aplikasi di layar
  • Seluruhnya terbuat dari kaca dan aluminium dengan desain warna hitam dan putih yang indah
  • Ketebalan 7,6 mm, 18% lebih tipis dari 4S
  • Screen size : 4 inch display
  • Resolusi : 1136 x 640, 19:6 aspek rasio
  • Tampilan baru memiliki saturasi warna 44% lebih dari layar 4S. Hal ini merupakan tampilan yang paling akurat dalam industri.
  • Sensor sentuh telah terintegrasi ke dalam layar itu sendiri, daripada lapisan di atas
  • Ultrafast nirkabel
  • Networking : 2G, 3G, 4G LTE dengan chip tunggal, radio tunggal, antena dinamis yang dapat beralih di antara jaringan. LTE bisa lebih cepat dari wifi tercepat di rumah. 802.11n 5 Ghz dibangun untuk wifi, hingga 150 mbps kecepatan
  • CPU : Dual-core Apple A6, 2x lebih cepat, dan 22% lebih kecil
  • Sistem Operasi : iOS 6
  • Loading aplikasi musik 2x lebih cepat dengan chip baru
  • Kamera : 8 megapiksel dengan resolusi 2.364 × 2448
  • Satu mic di bagian depan, satu di bagian bawah, satu di belakang.
  • Speaker di dalam lebih kecil 20%.
  • Batere : Tahan hingga 225 jam, 10 jam wifi, 8 jam untuk LTE browsing
iPhone 5 : Spesifikasi dan Harga
Sumber : Mashable.com

Dan masih ada fitur-fitur lain yang tak kalah menariknya.

Harga iPhone 5 :

iPhone 5 dibanderol dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Untuk pemasarannya akan dimulai pada 21 September di Amerika Serikat, Inggris, Kanada, Jerman, Jepang, Hongkong dan Singapura. Sedangkan untuk Malaysia dan 100 negara lainnya termasuk Indonesia serta 240 operator akan dilakukan akhir tahun ini.

Jadi untuk para peminat iPhone 5 khususnya di Indonesia dan Malaysia, harus bersabar lagi untuk menanti kehadirannya.