Showing posts with label Teknologi. Show all posts
Showing posts with label Teknologi. Show all posts

Saturday, September 14, 2013

Apple Perkenal Dua Versi IPhone Baru



CUPERTINO (Amerika Syarikat): Syarikat Apple semalam memperkenalkan dua iPhone terbarunya, termasuk versi lebih murah dalam usaha mendekati lebih ramai pengguna di serata dunia.
iPhone 5C bernilai antara AS$99 ($127) dengan AS$199 bagi kontrak dua tahun dan boleh didapati dalam lima warna.

iPhone 5S pula boleh didapati dalam tiga warna pada harga antara AS$199 dengan AS$399 bersama kontrak - dengan perisian lebih pantas, kamera lebih istimewa dan pengimbas cap jari bagi tujuan keselamatan.

Apple dikatakan cuba mengikuti jejak pesaingnya, seperti Samsung Electronics Co, yang menawarkan telefon bimbit pelbagai reka bentuk dan harga berlainan.

Namun saham Apple merosot 2.3 peratus dan tutup pada harga AS$494.64 di New York selepas pengumuman itu kerana pelabur menjangkakan harga lebih rendah bagi iPhone 5C yang bertujuan menarik lebih ramai pelanggan di pasaran membangun seperti China.

Kededua iPhone baru itu akan mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura pada 20 September ini.

"Perniagaan telah berkembang dengan begitu besar sekali dan tahun ini kami akan menggantikan iPhone 5 dan menggantikannya bukan dengan satu reka bentuk, malah dengan dua reka bentuk baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Encik Tim Cook, di majlis pelancaran di ibu pejabat syarikat berkenaan di Cupertino, California.

Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan satu versi iPhone baru setiap tahun.
Syarikat itu turut mengumumkan mereka akan meningkatkan kecekapan sistem operasi untuk iPhone dan iPad pada 18 September ini.

Sistem iOS7 menambah stesen radio dalam iTunes dan lebih banyak cara untuk mengakses aplikasi. Ia boleh diperolehi secara percuma dan diselarikan dengan peranti Apple seperti iPhone 4 yang dilancarkan pada 2010 dan iPad 2 pada 2011. - Bloomberg, AFP.

Thursday, January 10, 2013

Lenovo Perkenal IdeaPhone K900 5.5 inci Dengan Pemprosesan Dual Core Atom


Semasa CES 2013 semalam, Lenovo telah memperkenalkan telefon pintar baru mereka khusus untukpasaran China iaitu Lenovo IdeaPhone K900. Peranti bersaiz 5.5 inci ini menggunakan pemprosesan 2Ghz dual-core Atom, yang dipercayai peranti pertama menggunakan pemprosesan baru dari Intel.
lenovo ideaphone k900 01
Peranti ini hanya senipis 6.9mm dan paparan skrinnya berupaya memaparkan 1080p definasi tinggi(HD) dengan 400 ppi. Badan Lenovo IdeaPhone K900 ini diperbuat daripada stainless steel danpolycarbonate yang membuatkan peranti ini tampak gagah tetapi ringan. Corak dan rekabentuk pada belakang peranti sangat menarik dan kelihatan eksekutif. Bukan setakat itu sahaja, pengguna dapat menukar pelindung pada bahagian belakang peranti dengan 4 pilihan warna yang berbeza.
lenovo ideaphone k900 02
Berdasarkan maklumat dari The Verge, peranti ini sangat pantas dan ini mungkin disebabkan faktor pemprosesan terbaru keluaran Intel. Selain itu, IdeaPhone K900 menggunakan sistem operasiAndroid Jelly Bean. Kamera 13 megapiksel tersedia pada peranti ini dengan keupayaan lensa kamera sehingga f1.8.
Menurut Lenovo, IdeaPhone K900 akan mula dipasarkan di China pada bulan April tahun ini. Walau bagaimanapun, harga rasmi peranti ini belum didedahkan.

Saturday, October 27, 2012

Kreatif!! Basikal Di Buat Daripada Kadbod

basikal daripada kadbodbasikal daripada kadbodBasikal Daripada Kadbod : Basikal selalunya di cipta daripada bahan yang tahan lasak dan ringan seperti karbon fiber.Tetapi pernahkah kamu mendengar basikal di perbuat daripada jenis kertas iaitu kadbod?ya,ianya adalah tidak mustahil di mana seorang pereka dari Israel, Izhar Gafni yang mencipta sebuah basikal yang hampir keseluruhan badannya diperbuat daripada kadbod.Sebelum bentuk basikal kadbod ini sempurna dan boleh di gunakan Izhar Gafni menemui banyak kegagalan demi kegagalan dan cubaannya untuk menghasilkan basikal kadbod ini turut di tertawakan masyarakat sekeliling sehinggalah sebuah basikal kadbod berjaya di hasilkan dan dapat berfungsi dengan baik.Pereka basikal kadbod yang berusia 50 tahun ini menjangkakan basikal kadbod buatannya ini akan berada di pasaran 2 ke 3 bulan dari sekarang dan ianya di anggarkan bernilai AS$20 (RM61.17). 


basikal daripada kadbod

Sumber

Cara Nak Periksa Originaliti Dan Kualiti Handset Anda


Tahukah anda anda boleh memeriksa sendiri  darimana asal datangnya handset anda dengan  hanya melihat susunan no serial handset anda  atau no  IMEI (International Mobile Equipment Identity) macam kad pengelanan anda jugala ni , Kerana setiap hanset yang di keluarkan akan ada no serialnya  tersendiri .

Jadi untuk mengetahui status sebenar handset anda, anda kena periksa  kedudukan no serial atau IMEI tersebut pada turutan kedudukan  di no 7 dan 8.  Contoh no hanset anda adalah  12345603901234. untuk hanset ini no pada kedudukan no ke 7 dan ke 8 adalah no 03 ini bermakna hanset ini datang dari kilang asal ianya di buat dan selalunya hanset jenis ini  kualitinya di jamin adalah baik. maknanya buka pirate punyalah.


Untuk memeriksa hanset anda Ikut langkah langkah di bawah;

  1. Taip *#06#
  2. Akan keluar IMEI ( International Mobile Equipment Identity atau serial no)
  3. Semak no IMEI atau serial  anda, pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 455671047474463
  4. Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******04*******
  5. Ini bermakna hanset anda dari pengeluar yang asal
Petunjuk
  1. 02 or 20 : dari China = Low quality 
  2. 08 or 80: dari Germany = Fair quality
  3. 01 or 10: dari Finland = Very good quality
  4. 00 or 03 or 04:  = Best mobile quality (dari kilang asal handphone tersebut)
  5. 13 : dari azerbaijan =Very bad quality
 Cuba periksa hanset ada darimana agaknya

Sunday, October 7, 2012

7 Casing Ipad Termahal Di Dunia


Sebagai komputer tablet paling popular di abad ini, banyak produksi yberluma-lumba membuat casing pelindung iPad. Terdapat juga di antaranya merupakan produk tiruan dan dijual dengan harga yang cukup murah.

Namun, ada juga beberapa case yang dibuat secara eksklusif untuk tablet keluaran Apple itu. Harganya pun jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga iPad-nya sendiri.
Berikut adalah beberapa casing pelindung iPad yang harganya boleh dikatakan mahal...

7.Louis Vuitton iPad Cases

6.Oscar de la Renta Degrade Python - USD390

5.Burberry of London iPad Cover - USD475

4.Yves Saint Laurent iPad Case - USD595

3.Orbino Padova Crocodile Skin - USD689

2.Chanel iPad Case - USD1.555

1.Tods Alligator Skin Covers - USD4.900

Gambar Model Proton Suv Pertama Malaysia


ramai tertanya-tanya, adakah ini wajah sebenar Proton SUV yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini? Menurut sumber dari forum lowyat, gambar ini telah diambil di Proton Casting Plant. Cuba kita lihat pada kedua-dua gambar di bawah ini, adakah ia mempunyai persamaan di antara kedua-duanya? Gambar pertama adalah proton SUV dan yang kedua adalah Toyota Harrier.  Selain itu, Proton SUV dilihat membawa reka bentuk pintu yang mempunyai persamaan dengan kereta Proton Exora. Jadi berkemungkinan besar, SUV ini memang asal daripada proton. Walaubagaimanapun kesahihan sebenar, tidak dapat dipastikan.

Jika benarlah reka bentuk kenderaan di atas merupakan Proton SUV, ia memperlihatkan model ini mampu dibawa ke pasaran tempatan dan global. Dengan menggunakan enjin Campro CFE 1.6L, ia mampu membawa SUV ini meluncur laju di atas jalan raya

Monday, September 24, 2012

Mari Lihat Apa Yang Ada Dalam Iphone 5 Setelah Dibuka













Tu dia ...cip A6

Sumber reuters

Friday, September 14, 2012

iPhone 5 Spesifikasi dan Harga


Akhirnya iPhone 5 telah resmi diluncurkan, bersamaan dengan terjawabnya berbagai prediksi mengenai nama, bentuk dan spesifikasi dari iPhone 5.

iPhone 5 : Spesifikasi dan Harga
Sumber : Mashable.com

Berikut beberapa spesifikasi iPhone 5 :
  • Lima baris aplikasi di layar
  • Seluruhnya terbuat dari kaca dan aluminium dengan desain warna hitam dan putih yang indah
  • Ketebalan 7,6 mm, 18% lebih tipis dari 4S
  • Screen size : 4 inch display
  • Resolusi : 1136 x 640, 19:6 aspek rasio
  • Tampilan baru memiliki saturasi warna 44% lebih dari layar 4S. Hal ini merupakan tampilan yang paling akurat dalam industri.
  • Sensor sentuh telah terintegrasi ke dalam layar itu sendiri, daripada lapisan di atas
  • Ultrafast nirkabel
  • Networking : 2G, 3G, 4G LTE dengan chip tunggal, radio tunggal, antena dinamis yang dapat beralih di antara jaringan. LTE bisa lebih cepat dari wifi tercepat di rumah. 802.11n 5 Ghz dibangun untuk wifi, hingga 150 mbps kecepatan
  • CPU : Dual-core Apple A6, 2x lebih cepat, dan 22% lebih kecil
  • Sistem Operasi : iOS 6
  • Loading aplikasi musik 2x lebih cepat dengan chip baru
  • Kamera : 8 megapiksel dengan resolusi 2.364 × 2448
  • Satu mic di bagian depan, satu di bagian bawah, satu di belakang.
  • Speaker di dalam lebih kecil 20%.
  • Batere : Tahan hingga 225 jam, 10 jam wifi, 8 jam untuk LTE browsing
iPhone 5 : Spesifikasi dan Harga
Sumber : Mashable.com

Dan masih ada fitur-fitur lain yang tak kalah menariknya.

Harga iPhone 5 :

iPhone 5 dibanderol dengan harga $199 untuk 16GB, $299 untuk 32GB dan $399 untuk 64GB. Untuk pemasarannya akan dimulai pada 21 September di Amerika Serikat, Inggris, Kanada, Jerman, Jepang, Hongkong dan Singapura. Sedangkan untuk Malaysia dan 100 negara lainnya termasuk Indonesia serta 240 operator akan dilakukan akhir tahun ini.

Jadi untuk para peminat iPhone 5 khususnya di Indonesia dan Malaysia, harus bersabar lagi untuk menanti kehadirannya.


Saturday, August 25, 2012

Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Di Dunia

Rasanya ramai yang beranggapan telefon paling lasak di dunia adalah telefon bimbit jenis nokia 3310 bukan? boleh dianggap telefon lagenda buat masa sekarang.. haha, salah jawapannya, kerana telefon bimbit paling tahan lasak di dunia ialah Telefon bimbit Sonim Technologies model XP3300 Force merupakan telefon bimbit yang paling tahan lasak di dunia dan telah menerima anugerah Guinness World Record untuk kategori Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Dunia.


Telefon Bimbit itu telah berjaya membuktikan ketahanannya walaupun telah dijatuhkan dari ketinggian 25.29 meter (82 kaki 11.67 inci) ke atas konkrit dan tidak mengalami sebarang kerosakan operasi semasa demonstrasi di negara Belanda. Malah gajet itu tidak rosak walaupun direndam di dalam air selama lapan jam. Telefon Bimbit ini juga tahan suhu panas sehingga 75 darjah Celcius dan takat beku -30 darjah Celcius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Percubaan rekod itu yang diadakan di Epe telah dianjurkan oleh pembuat Telefon Bimbit berkenaan untuk menunjukkan ketahanan telefon berkenaan dan khabarnya peralatan yang digunakan untuk mengesahkan altitud telah pun disahkan sebagai alat tentukur tepat oleh pakar yang sesuai sebelum percubaan itu, di samping kehadiran dua jurutera dari institut Dutch Metrology yang juga hadir untuk mengesahkan ukuran tepat jarak kejatuhan telefon itu.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula rata-rata 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.


Walau bagaimanapun telefon tersebut hanya berjaya untuk kekal dalam keadaan baik selepas kejatuhan 10 meter dan 25 meter, namun setelah dijatuhkan pada ketinggian 30 meter is sudah tidak berfungsi dengan baik.

Berikutan dengan kejayaan percubaan tersebut, wakil pengadil dari Guinness World Record (GWR), Lucia Sinigagliesi memberikan sijil perakuan GWR kepada Pengarah Urusan Sonim, Benelux Roy Vervenne sebagai tanda kejayaan syarikat Telefon Bimbit itu.

Rekod sebelum ini dipegang oleh telefon lasak JCB, yang hanya mempunyai ketahanan pada ketinggian 3.25 meter.

Sumber

Wednesday, August 1, 2012

Enjin Jet Pertama Di Dunia Dibina Dari Lego

Anda pernah main Lego? Rasanya ramai yang pernah main masa kecik-kecik dulu. Mungkin selalunya kita biasa buat rumah atau apa-apa sahaja yang dirasakan menarik untuk menghabiskan waktu lapang. Tapi bagaimana pula kalau enjin jet yang dibina dengan menggunakan lego? Awesome bukan?

Rolls-Royce menghasilkan enjin jet yang diperbuat daripada Lego yang pertama di dunia di festival Farnborough International Airshow minggu ini di England. Model tersebut merupakan replika bersaiz separuh daripada enjin jet Rolls-Royce Trent 1000 yang digunakan dalam kapal terbang Boeing 787 Airliner.

model-lego-enjin-jet

Model tersebut menggunakan sebanyak 153,455 biji Lego, megambil masa selama 8 minggu dan satu pasukan terdiri daripada 4 orang yang bekerja full-time untuk disiapkan. Bilah enjin tersebut berputar seperti model yang sebenar tetapi memandangkan ianya diperbuat daripada plastik, ianya berputar sedikit perlahan dan menjana kurang kuasa berbanding enjin sebenar.

Sementara berat enjin sebenar adalah kira-kira 1.25 tan, replika Lego tersebut juga boleh tahan beratnya iaitu seberat 676 pounds (307 kilogram) dan bersaiz 4.9 kaki panjang dan 6.5 kaki lebar. Antara ciri menarik yang terdapat pada model tersebut adalah bahagian yang boleh dibuka di mana ianya mampu menunjukkan bahagian dalaman enjin yang sebenar.

Dengan ciri-ciri tersebut, ia menjadikannya antara model Lego paling kompleks pernah dicipta. Selain itu satu pasukan perunding dari Bright Bricks telah dibawa untuk membantu memasang model Lego tersebut dan bagi memastikan kesamaan dengan enjin sebenar, lukisan CAD bagi enji asal dirujuk semasa pembinaan.



Saturday, July 28, 2012

Teknologi Tayar Masa Hadapan

Pencipta tayar kereta Brian Russell memperkenalkan satu lagi tayar non-pneumatik berupaya secara aktif menyerap dan membebaskan tenaga hentakkan. Syarikat ini bagaimanapun berhenti mengemas kini laman web mereka di sekitar '08 atau '09, jadi projek ini pada mulanya digambarkan ini merupakan satu lagi teknologi yang telah terbengkalai, tetapi pihak syarikat bagaimanapun masih menjawab pertanyaan di YouTube baru-baru ini mengatakan produk hanya terperangkap dalam pembangunan yang pesat.


 
 



Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

iphone 6

Jika anda masih dengan rekaan konsep iPhone 5, anda slowpoke outdated shit. Lebih teruk jika anda masih menggunakan iPhone 4S, sebab sudah ramai yang menggunakan prototaip iPhone 5 made in China. Lulz. iPhone membuatkan anda kelihatan cepat outdated bukan? Namun penggunaannya masih relevan walaupun outdated. iPhone fag dilarang butthurt di sini okay.

Konsep iPhone 5 sudah tidak relevan kerana kini dunia sedang mengintai konsep iPhone 6. Ini merupakan satu pembaharuan  di mana butang home berpindah ke sebelah kiri telefon (yang digunakan ibu jari kiri), membuatkan ruang skrin lebih besar . Konsep ini lengkapi dengan dimensi 125mm x 63mm skrin 4.9 inci. Enjoice!


 

Tuesday, July 24, 2012

Cara Buat Senjata Api Di Pakistan

Inilah cara buat senjata.....hasilnya, memang seni. Hebat bukan...!!