Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Gempar! Misteri Kepala Terbang Di Kedah




Kejadian kali ini berlaku di Gunung Inas, Kedah di mana kepala terbang setinggi 3 meter berjaya di rakam. Tapi yang peliknya kejadian kepala terbang atau penanggal yang berjaya dirakam ini berlaku di waktu siang..

Penemuan objek menyerupai wajah manusia bersaiz sebiji buah kelapa yang berterbangan di ketinggian kira-kira 3 meter dicelah pokok di Banjaran Gunung Inas, disini jam 2.30 petang menjadi tanda tanya.

Ada dalam kalangan penduduk setempat menyatakan objek yang dirakamkan wartawan Sinar Harian itu mungkin amalan khurafat orang terdahulu bertujuan menjaga kawasan hutan sebelum diteroka.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Kampung Padang Tembak berkata,objek yang dirakamkan itu dipercayai tanglung atau lebih dikenali sebagai ilmu tanglung yang digunakan bagi tujuan kekebalan.

Menurutnya, ilmu itu adalah ilmu hitam yang suatu ketika dahulu dituntut terutama bagi golongan wanita.

“Bagi wanita bergungsi untuk mencantikkan diri mereka bagi lelaki ia mampu membuatkan mereka kebal dan kelihatan hebat”,katanya.

Ramli berkata, pengamal ilmu tanglung selalunya akan keluar pada waktu malam.Kepala pengamal ilmu ini akan terpisah dari badannya ketika keluar mencari makan.

“Pada waktu siang lembaga ini akan mencari katak sebagai makanan dalam hutan. Pada waktu malam ia akan merayau dan meninggalkan badannya ditempat lain.

“Pada waktu malam, lembaga ini akan terbang dan akar terjurai akan menghasilkan cahaya.Bagaimanapun lembaga ini tidak menggangu manusia.” katanya.

Ramli berkata,dia tidak menafikan kemunculan lembaga itu mungkin secara tidak sengaja kerana mereka mengetahui asal usul, memiliki keistimewaan dan perubatan tradisional Melayu mungkin dapat melihatnya.

“Bukan semua orang boleh melihat objek tanglung lebih lagi merakamkannya dalam kamera melainkan ia diseru bagi tujuan tertentu.

“Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu kebatinan, tanglung boleh mengakibatkan mangsa menjadi demam dan berada dalam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, ada dalam kalangan yang mendalami ilmu perubatan tradisional mampu bercakap dengan alam ghaib dan ada sesetengah makhluk jelmaan atau rasukan itu boleh mengenali mereka.

“Ilmu yang seharusnya diguna pakai ialah ilmu berlandaskan Al Quran dan minta pada ALLAH untuk memastikan segala kesulitan dan masalah dirungkaikan.

“Walaupun ilmu hitam mampu menampakkan seseorang itu hebat tetapi ia dilaknati ALLAH kerana pengamalnya bersubahat dengan jin dan syaitan.” katanya. 



Sumber

Wednesday, October 17, 2012

Pameran Mayat Dari Penjara Cina



Hagens Pameran Mayat Manusia: Semua Badan Datang Dari Penjara Cina
Baru-baru ini, "Hagens (Gunther von Hagens)" cerita baru-baru ini menjadi tumpuan kepentingan awam. Terdapat telah banyak kontroversi ke atas mayat dipamerkan manusia seorang wanita muda hamil Cina dengan bayi berusia 8 bulan dalam rahim dia. Tumpuan kontroversi mengenai sama ada atau tidak badan telah diperolehi secara sah, kerana mengikut undang-undang negara, tiada wanita hamil boleh dilaksanakan, dan walaupun jika seseorang meninggal dunia akibat sebab semula jadi, mengikut budaya Cina tradisional, tiada keluarga atau saudara mara akan pernah menghantar badan kepada institusi berkenaan dan membenarkan ia dijadikan spesimen manusia. Walau bagaimanapun, mayat manusia tidak mempunyai identiti atau sebarang maklumat lain mengenai dari mana mereka datang, yang menarik perhatian orang ramai terhadap kesahihan asal-usul badan.

Gunther von Hagens adalah anatomi Jerman. Hagens, pada tahun 1977, mencipta plastination tubuh manusia, dan dipatenkan teknik. Von Hagens Plastination (Dalian) Co, Ltd mengkhususkan diri dalam plastination biologi. Syarikat kajian dan membangunkan teknologi plastination biologi, dan mengeluar dan menjual diplasticiz mayat. Ia mempunyai sebuah pusat penyelidikan dan pembangunan yang berpangkalan di Taman Dalian berteknologi tinggi, dan enam bengkel pembuatan yang bekerja pada penetapan, membedah, menggergaji dan memotong, dehydrating, dan pengerasan mayat.



Yu Jintao, wartawan Outlook Oriental mingguan, telah disiasat dengan teliti syarikat dan dua laporan pada bulan November 2003 dan Oktober 2005, bertajuk "Siasatan di Kilang mayat" dan "Penyiasatan Syarikat mayat Dalian: Kontroversi pada Dalil daripada Misterius kilang ". Kedua-dua laporan disebabkan kontroversi awam ketika itu, dan membawa perhatian yang Majlis Negeri, yang mengarahkan itu Biro Kebangsaan Pemeriksaan Kualiti untuk menghantar satu pasukan pemeriksaan untuk memeriksa pada pelaburan dan import syarikat dan status eksport, membuat spesifikasi di import itu dan eksport daripada bahan genetik manusia.

Walau bagaimanapun, Von Hagens Plastination (Dalian) Co, Ltd telah dianugerahkan sebagai Jerman milik "syarikat berteknologi tinggi", kilang pemprosesan spesimen manusia terbesar di dunia. Anehnya, syarikat yang dinobatkan sebagai "berteknologi tinggi" perusahaan bintang oleh kerajaan tempatan nampaknya sangat misteri. Tapak kilang, yang tidak pernah menunjukkan sebarang tanda-tanda, terletak di tempat di mana walaupun penduduk tempatan Dalian tidak biasa dengan, dan syarikat rehires pemandu pengangkutan mereka setiap beberapa bulan.

Kilang berurusan dengan mayat manusia dari seluruh dunia, dan mengadakan pameran dunia yang dipanggil "alam Badan". Semua barangan dipamerkan diperbuat daripada badan manusia, sawed dari tengah-tengah, atau dilucutkan lapisan oleh lapisan, atau dimasukkan ke dalam sukan pelik menimbulkan. Sepanjang lawatan pameran dunia, setiap hari orang terkejut dan takut ke pengsan. Sudah, lebih 20 juta orang di seluruh dunia telah melawat Hagens mayat pameran manusia, yang telah dibuat lebih $ 1000000000 dalam keuntungan bagi Hagens. Semua item yang dipamerkan telah dibuat di Dalian, China, mayat kilang terbesar manusia di dunia.






Monday, August 6, 2012

Kisah Benar! Mayat Dalam Kubur Digali Dan Hidup Kembali (Video)


Banjarmasin, Indonesia – Kubur seorang lelaki digali semula oleh pihak keluarga kerana diyakini mayat dalam kubur tersebut masih hidup. Lelaki yang telah dikubur lapan jam itu dipercayai bernama Yadi, warga Kelurahan Kelayan Selatan, Banjarmasin Selatan, Kalimantan Selatan.
Setelah dikeluarkan dari kuburnya, jasad Yadi yang terbungkus kain kafan dibawa ke hospital Banjar baru. Pasukan keselamatan setempat menyatakan lelaki bernama Yadi berselimut kain kafan itu sudah meninggal. Oleh kerana tidak yakin, pihak keluarga telah membawa mangsa pulang ke rumah.
Penduduk setempat datang untuk melihat Yadi. Satu keanehan terjadi pada mangsa, walaupun tidak bergerak dan bernafas, tubuhnya masih hangat bahkan mengeluarkan peluh. Beberapa pengamal agama dipercayai ‘ustaz’ yang datang menyatakan ada tanda-tanda mangsa, Yadi masih lagi bernyawa.
Walaupun Yadi dikatakan telah meninggal dunia akibat lemas di sebuah sungai. Keluarganya menemui Yadi dalam keadaan ‘tidak bernyawa’ kerana sudah 10 minit lemas. Ketika dibawa ke Hospital Ulin, pihak doktor mengatakan Yadi sudah meninggal.


Selanjutnya keluarga telah menyemadikan Yadi.
Pada malam harinya, isteri Yadi berasa ‘tidak sedap’ dan meminta agar kubur suaminya Yadi digali semula kerana dirinya percaya suaminya itu belum meninggal. Pihak keluarga yang mendengar keluhan isteri Yadi lalu sepakat menggali semula kubur Yadi. Kini, rumah Yadi terus didatangi warga yang mendengar cerita ini.


Sunday, June 10, 2012

Seram!! Kemunculan Wanita Bertudung Di Jeti Pulau Tioman Sewaktu Bergambar

Penampakan hantu berikut ini dilalui oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).. Dia yang sedang menjalankan tugas di Jeti JTLM Kampung Tekek, Pulau Tioman tidak menyangka bahawa gambarnya yang dirakam oleh rakan setugasnya itu muncul imej pelik disebelahnya.. 



Menurutnya semasa dia sedang berdiri di sebelah tiang jeti, dia langsung tidak menyedari kehadiran makhluk mencurigakan itu di sebelahnya, sehinggalah rakanya memberitahu tentang penampakan itu kepadanya..

Dia yang terkejut dengan penampakan itu terdiam seketika sebelum menceritakan pengalaman yang dilalui kepada rakan-rakan yang lain pada keesokkan harinya. Dia yang telah berhidmat lebih lapan tahun dalam egensi itu mengakui telah beberapa kali melihat makhluk itu muncul didepan matanya....

Friday, June 1, 2012

Seram! Lembaga Di Atas Syiling Asrama


PELESIT 300x225 Tukang Kayu Nampak Pelesit Atas Siling

KULIM – Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.
Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.
Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.
Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.
“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.
Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.
Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.
“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya.
Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
“Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.
Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya.

Saturday, May 26, 2012

Foto Toyol Yang Berjaya Ditangkap Di Indonesia


Penangkapan susuk makhluk yang diyakini sebagai toyol dilakukan secara tidak sengaja. Toyol ini ditangkap oleh Gatot Suwuno ( 55) ketika dirinya tengah berada di sebuah warung kopi. Ketika ditangkap ditangan toyol ini terdapat wang sebanyak Rp 200,000 atau RM 69.70 wang Malaysia. Gatot yang juga dianggap sebagai pakar paranormal oleh warga setempat dan pemilik Warung tersebut yg sering mengadu kehilangan wang.

Selain kegemaran mencuri wang, toyol ini juga suka meraba alat sulit wanita dan anak gadis sebelum melarikan wang di setiap rumah yang dimasukinya.

Monday, May 7, 2012

Penampakan Kelibat Hantu Dalam Foto Selebriti Hollywood, Kim Kardashian

Gempar (2 Mei 2012), selebriti Hollywood, Kim Kardashian telah berkongsi 1 keping gambar di twiter baru-baru ini. Gambar tersebut memperlihatkan dirinya bersama sebuah kereta mewah milik Scott Disick iaitu teman lelaki kepada Kaourtney Kardashian.


 Namun yang mengemparkan selain dari kereta mewah itu adalah kelibat seakan manusia yang menyerupai budak kecil di dalam garaj. Penampakan itu disedari oleh pengikut Kim Kardashian di twitter Kim Kardashian hanya ketawa apabila mendapat tahu ada gambar budak di dalam garaj kerana tidak percayainya. Bahkan selebriti tersebut menolak mentah-mentah penampakan kelibat budak kecil itu.

 Agak-agak siapa budak di dalam gambar tersebut?

Monday, April 23, 2012

Seram!! Pocong ditemui di Dataran Merdeka


Dataran Merdeka menjadi gempar semalam apabila orang ramai menemui seekor 'pocong' terbaring dikawasan tersebut.. Kejadian yang menyeramkan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam, menyebabkan lalulintas dikawasan berkenaan agak sesak.. 


Setelah disiasat, pocong berkenaan hanyalah replika ciptaan mahasiswa-mahasiswi yang sudah hampir seminggu berkampung di Dataran Merdeka.. Dipercayai, perbuatan tersebut dilakukan disebabkan tekanan perasaan yang melampau apabila bantahan mereka terhadap pemansuhan PTPTN langsung tak mendapat sambutan.. - Sumber

Saturday, April 14, 2012

Cara-cara Nak Melihat Jin


Klik pada gambar untuk baca....Sumber


Wednesday, March 28, 2012

Seram!! Video Rakaman Hantu Berambut Panjang


uit...betul ke tidak hantu ni?...macam biskut kejap ada kejap xda. siap masuk berita lagi. layan je la...

Video Seram!! Hantu Muncul Di Pejabat



Thursday, March 22, 2012

Seram!! Cuba Tengok Lama-Lama Muka Budak Ni


Gua yakin korang akan berasa seram punya......


Apa Pendapat Anda?

Seram!! Video Hantu Dalam Cermin


Ngeri pulak rasa tengok video ni...korang nampak x? gua buat2 x nampak je....





Apa Pendapat Anda?

Tuesday, March 20, 2012

Seram!! Penampakan Pocong Sewaktu Bergambar

P/s:- Seram beb...macam bukan edit je ni...


Apa Pendapat Anda?

Thursday, March 15, 2012

Seram!! Pontianak Muncul Di Belakang Lelaki Ini


Betul ke tidak ni?...Gua macam x percaya je....tapi makhluk apa yang muncul di belakang lelaki ini....


Apa Pendapat Anda?

Monday, March 5, 2012

Video!! Hantu Pontianak Menangis Di Rakam


Video


Apa Pendapat Anda?

Wednesday, February 22, 2012

Seram!! Video Lembaga Terbang Dalam Kamera


CNN buat laporan mengenai lembaga yang dipercayai hantu di sebuah stesyen minyak di bandar Ohio Amerika. Lembaga tu siap main terbang2 lagi depan kamera. Jika anda mahu menonton video ini, pastikan anda tunggu 30 saat untuk memberi laluan kepada iklan di dalam video ini. ok 


Apa Komen Anda?