Iklan Teks
Ingin tukar pekerjaan? Peluang masih ada. Kemaskini resume anda hari ini KLIK SINI!!
::::
Advertise [RM10] Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Masih Ada KekosonganAdvertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Saturday, April 14, 2012
Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita
Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa. Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka." Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang." Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah. Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power". Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan." Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut" Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama? Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini." "Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga. "Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut. Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu. Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!! Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...- Sumber
5 Ciri Si Suami Takut Bini
Banyak faktor yang menyebabkan suami takut isteri. Daripada masalah kewangan sampai masalah sikap isteri yang terlalu emosional. Ingin tahu ciri suami takut isteri? Jom, lihat ciri-ciri suami takut isteri yang berikut:
1. Selalu menuruti permintaan isteri.
Jika ada suami yang selalu menuruti permintaan isteri, boleh jadi dia adalah suami takut isteri. Sikap penurut suami ini biasanya disebabkan kerana rasa takut kepada isteri. Takut isteri mengamuk atau melaporkan kepada pihak keluarganya kadang-kadang boleh membuat suami tunduk pada isteri.
2. Umur isteri lebih tua dari suami.
Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Akibatnya, rasa hormat dan tunduk tersebut mengarahkan si suami menjadi takut isteri.
3. Anak pertama perempuan.
Banyak orang yang mengatakan, kalau ada pasangan yang punya anak pertama perempuan itu ertinya suaminya adalah suami takut isteri. Meski tidak masuk akal, namun kebanyakan fakta membuktikan kalau perkara itu benar.
4. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.
Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumah tangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumah tangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, suami menjadi suami takut isteri.
5. Isteri penuntut dan cemburu.
Ciri suami takut isteri juga boleh dilihat dari sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Kebiasaan isteri yang selalu mengawal apa-apa aktiviti yang dilakukan suaminya jadi petanda kalau dia adalah suami takut isteri. Bagaimana, adakah anda juga termasuk suami takut isteri? Lihat saja kelima ciri-ciri tersebut, jika memang kelima ciri-ciri tersebut ada pada diri anda, itu bermaksud anda adalah suami takut isteri.- Sumber
Sunday, February 5, 2012
Info!! Kenali Wanita Melalui Cara Jalannya
Konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan
orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang
dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
JIKA BERJALAN SUKA MENOLEH KE KANAN DAN KEKIRI
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.
JIKA BERJALAN MENATAP TERUS KE DEPAN
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KEKIRI
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
JIKA BERJALAN BADAN NAMPAK TEGAP
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
meninggalkan sifat-sifat romantik
JIKA BERJALAN MACAM ZIRAFAH
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Apa Kata Anda?
Tuesday, January 3, 2012
Sahabat Atau Kawan?
Sahabat..satu perkataan yang mudah aku rasa kita dengar walau dimana pun kita berada. Tajuk pada kali ni adalah SAHABAT. Adakah.korang betul-betul faham apa itu sahabat?..Sahabat dan kawan korang pilih mana?...jom kita fahamkan...
Jauhilah kawan yang jahat, dan berhati-hatilah jangan menghubunginya, tetapi apabila tidak dapat menjauhinya, maka kita haruslah menegurnya. Dan berkawanlah pada orang yang jujur, tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kamu tidak membantah kepadanya.
Berkawanlah dengan orang yang berakhlak,dan baik budinya. Maka sesiapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi, bererti ia telah membuang budi itu dalam laut. Dan Allah mempunyai syurga yang sebesar langit, tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran.
Sahabat......aku menggunakan perkataan sahabat kerana sahabat memang susah untuk dicari, kawan pula senang dicari...dalam Fb berlambak..tetapi bukan semua kawan boleh dipercayai kan...bila korang susah adakah mereka dapat tolong?..x semua dapat tolong. Manakala kalau sahabat sejati, memang susah senang bersama. Aku menadah tangan berdoa,memberitahu allah yg aku,bersyukur krn allah telah mengurniakan seorg sahabat sepertimu kepadaku...Ya Allah,kupohon agar engkau sentiasa mencurahkan rahmatmu kepada sahabatku ini....Wahai sahabat...akan aku berjanji(Insyallah),jika semalam aku adalah sahabtmu, hari nie aku masih lagi sahabatmu dn jgn risau mengenai hari esok,aku akan sentiasa menjadi sahabatmu,itulah janjiku kepada mu,wahai sahabatku..dan itulah juga hadiahku kepadamu,kesetian seorg sahabat...
Jauhilah kawan yang jahat, dan berhati-hatilah jangan menghubunginya, tetapi apabila tidak dapat menjauhinya, maka kita haruslah menegurnya. Dan berkawanlah pada orang yang jujur, tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kamu tidak membantah kepadanya.Berkawanlah dengan orang yang berakhlak,dan baik budinya. Maka sesiapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi, bererti ia telah membuang budi itu dalam laut. Dan Allah mempunyai syurga yang sebesar langit, tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran.
Sahabat......aku menggunakan perkataan sahabat kerana sahabat memang susah untuk dicari, kawan pula senang dicari...dalam Fb berlambak..tetapi bukan semua kawan boleh dipercayai kan...bila korang susah adakah mereka dapat tolong?..x semua dapat tolong. Manakala kalau sahabat sejati, memang susah senang bersama. Aku menadah tangan berdoa,memberitahu allah yg aku,bersyukur krn allah telah mengurniakan seorg sahabat sepertimu kepadaku...Ya Allah,kupohon agar engkau sentiasa mencurahkan rahmatmu kepada sahabatku ini....Wahai sahabat...akan aku berjanji(Insyallah),jika semalam aku adalah sahabtmu, hari nie aku masih lagi sahabatmu dn jgn risau mengenai hari esok,aku akan sentiasa menjadi sahabatmu,itulah janjiku kepada mu,wahai sahabatku..dan itulah juga hadiahku kepadamu,kesetian seorg sahabat...
Subscribe to:
Posts (Atom)


