Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Singapura Juara Piala AFF Suzuki 2012



KUALA LUMPUR - Singapura mengesahkan mereka adalah kuasa baharu bola sepak Asia Tenggara apabila merangkul kejuaraan Piala Suzuki AFF buat kali keempat, biarpun tewas 1-0 kepada Thailand pada perlawanan akhir kedua di Stadium Supachalasai, semalam.
Singapura yang diasak hebat sepanjang perlawanan bernasib baik kerana datang ke Bangkok bersama bekalan kemenangan 3-1 yang dicatat di tempat sendiri minggu lalu, sekali gus muncul juara menerusi agregat 3-2.

Kejayaan itu bermakna Singapura muncul negara paling banyak memenangi Piala Suzuki AFF, diikuti Thailand sebanyak tiga kali, manakala Malaysia dan Vietnam, masing-masing satu kali.

Sementara impian Thailand yang mahu menamatkan kemarau kejuaraan selama sepuluh tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir memenanginya pada 2002 dan terus kempunan dalam aksi perlawanan akhir sebanyak tiga kali berturut-turut (2007,2008 dan 2012).
Ketinggalan dengan dua gol, Thailand mengasak bertalu-talu ke kubu pertahanan Singapura semenjak awal permainan lagi melalui beberapa pergerakan bahaya yang diatur oleh Pichitphong Choeichiu dan Jakkraphan Pornsai.

Tandukan Pornsai hampir meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-17 ekoran kesilapan Izwan Mahbud yang gagal menumbuk bola keluar dengan kemas namun mujur palang menyelamatkan pintu gol Singapura.

Seminit sebelum perlawanan babak pertama berakhir, Kirati Keawsombut memecahkan kebuntuan dengan tandukan kencang berpunca daripada situasi sepakan penjuru sekali gus melonjakkan kembali moral pemain-pemain Thailand.

Namun, Kirati mensia-siakan peluang keemasan meletakkan Thailand di hadapan selepas percubaannya tidak menepati sasaran dan melepasi palang gol pada minit ke-66.

Pertahanan Singapura berjaya mengawal tekanan yang dilancarkan oleh tuan rumah sehingga penghujung perlawanan apabila mampu bertahan dengan baik untuk menghampakan jurulatih Thailand, Winfried Schafer dan 20,000 penyokong setia skuad Gajah Perang tersebut.

Ketua pasukan Singapura, Shahril Ishak dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) manakala penyerang Thailand, Teerasil Dangda muncul penjaring terbanyak kejohanan.

Malaysia yang kecewa gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF pada tahun ini meraih Anugerah Fair Play (permainan bersih).

Sunday, December 9, 2012

Live Streaming Malaysia vs Thailand 9 Disember 2012 Piala AFF Suzuki


Watch TV1 Rtm Malaysia 

                                            

                                           vecasts|Watch TV1 Rtm Malaysia Server3





 
TV 1 Malaysia Streaming Online, Streaming Program TV1 Malaysia Internet Online.
Watch TV 1 Malaysia Online Live Direct Streaming Internet, Listen streamingProgram TV 1 Malaysia Live Channel Online on your website internet pc for free.

Tuesday, November 6, 2012

Foto Pra Perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei & Wong Mew Choo, ‘Classy’




Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pemain badminton negara, anda pasti tahu bahawa Lee Chong Wei, 30, dan Wong Mew Choo, 29, sudah lama bercinta kan?
Kedua mereka bakal mengadakan majlis perkahwinan pada 10 November ini di Kuala Lumpur Convention Center. Apa pun, mari kita lihat beberapa keping gambar pra perkahwinan pasangan jaguh badminton negara ini ya!




Sunday, August 5, 2012

Keputusan Rasmi Lee Chong Wei Vs Lin Dan Olimpik 2012


Pertemuan di antara Datuk Lee Chong Wei dengan musuh tradisinya iaitu Lin Dan pasti akan menjadi perlawanan yang sengit.Seperti El Classico la pula. Perlawanan itu tidak sebanyak dapAt menyumbang pingat yang berharga kepada Malaysia.Semestinya pingat sudah dalam genggaman namun warnanya belum ketahui.

Ultrazoomzz

Jika Lee Chong Wei berjaya menewaskan musuh ketatnya itu,sekaligus mencatat sejarah dan mengakhiri kemarau pingat emas yang didambakan oleh rakyat Malaysia sepanjang penyertaan atlit negara dalam kejohanan sukan berprestij ini
Chong Wei akan menentang Lin Dan pada pukul 1 petang waktu London (8 malam waktu Malaysia) dan akan disiarkan secara langsung di kaca tv menerusi RTM TV1.
Bagi pelanggan astro boleh menontondi saluran 829 dan 849 HD.
Bagi yang tidak ada masa untuk tonton di kaca televisyen boleh  melayari internet untuk tontonan secara live streaming di internet,sila layari saluran rasmi Olimpik Youtube di url http://www.youtube.com/olympic dan memilih saluran sukan badminton di bawah paparan video pada laman tersebut.

Keputusan:-
Game
Lee Chong WeiLin DanKeputusan
Set 12115Lee Chong Wei
Set 21021Lin Dan
Set 31921Lin Dan

Walaupun Lee Chong Wei kalah tetapi dia tetap juara di hati rakyat Malaysia.

Friday, August 3, 2012

Tahniah!! Datuk Lee Chong Wei Mara Ke Final


LEE CHONG WEI, olimpik 2012
Cabaran untuk melihat emas pertama Olimpik 2012 kini semakin hampir, dalam saingan badminton perseorangan lelaki semi final menentang jaguh kedua China Chen Long, Dato’ Lee Chong Wei dengan gaya yang tersendiri mudah menewaskan pemain China itu dengan keputusan 21-13 dan 21-14.
Dato’ Lee Chong Wei dijangkan akan menentang di antara pemain No 1 dunia iaitu Lin Dan. Ketika ini sedang berlansung set kedua. Set pertama Lin Dan mudah menang ke atas pemain Korea Selatan Lee Hyun Il. Lin Dan akan menentang Dato’ Lee Chong Wei di final.
Cabaran emas pertama, bukan hanya terletak dibahu Dato’ Lee Chong Wei, ini kerana petang esok waktu Malaysia beregu negara Tan and Koo akan beradu untuk melangkah ke Final Olimpik 2012.
Apa-apa pun semua rakyat Malaysia sedang menanti berita gembira dengan penuh minat. Peluang semakin hampir, harapan emas pertama Olimpik 2012semakin hampir..nantikan.

Datuk Lee Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

 Datuk Lee Chong Wei

PEMAIN nombor dua dunia Datuk Lee Chong Wei layak ke separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2012 selepas mengalahkan pemain India Kashyap Parupali dalam saingan suku akhir di Arena Wembley di sini, lewat malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia).

Chong Wei mengambil masa 44 minit untuk melakarkan kemenangan 21-19, 21-11 ke atas lawannya itu dan akan menentang pemain nomboor tiga dunia Chen Long dari China pada perlawanan separuh akhir.
Pada set pembukaan, Chong Wei, mula melakukan gerakan perlahan untuk mencari rentak selepas tidak beraksi secara kompetitif akibat kecederaan buku lali sejak Mei lalu, dan terpaksa ketinggalan 3-6, 5-9, 6-10, 10-14.
Bagaimanapun, Chong Wei, yang menang pingat perak pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, berjaya memburu mata demi mata untuk menyamakan kedudukan 15-15 sebelum mengutip set pertama 21-19 dalam masa 27 minit.
Pada set kedua, Chong Wei mula memantapkan pukulan set-piece dan Kashyap tidak dapat menandingi ketangkasan pemain pilihan utama itu sebelum akur dengan keputusan 21-11 dalam masa 17 minit.
Selepas mengharungi dua perlawanan dalam kumpulan A menentang Ville Lang dari Finland dan pemain Indonesia, Simon Santoso, Chong Wei berkata, walaupun nampak mudah, namum Kasyhap memang memberi tekanan kepadanya.
"Dia bagus dan cuba mengganggu rentak sehingga memaksa saya melakukan beberapa kesilapan. Sekiranya saya ikut rentaknya, dia akan kalahkan saya," kata
Chong Wei selepas perlawanan itu.
Dalam pada itu, dalam satu lagi pertemuan suku akhir, Chen Long tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain berpengalaman dari Denmark, Peter
Gade dengan keputusan 21-16, 21-13.
Mengenai pertemuan dengan Chen Long esok, Chong Wei berkata, lawannya itu dikenali dengan corak agresif dengan melakukan pukulan rali.
"Saya perlu bersedia untuk mengubah rentak," katanya.
Berpandukan statistik lepas, Chong Wei mempunyai kelebihan 6:4 dan kali terakhir mengalahkan pemain China itu pada Terbuka Malaysia 2012 Januari lepas
dalam rubber-set 21-18, 17-21, 21-13.
Jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata Chen Long dijangka menampilkan permainan rali dan Chong Wei perlu menggunakan ketangkasan untuk
mematahkan rentak lawan.
"Chen Long telah mengubah gerakan taktikal dari pantas dan serang kepada pukulan jauh dan di situ Chong Wei perlu berjaga-jaga kerana lawannya itu hanya
menunggu masa untuk mematikan pukulan," katanya. - Bernama

Thursday, August 2, 2012

Datuk Lee Chong Wei Ke Suku Akhir Sukan Olimpik London 2012


Datuk Lee Chong Wei telahpun mengesahkan tempatnya untuk ke suku akhir badminton olimpik london 2012. Dia mengalahkan pemain dari Indonesia iaitu Simon Santoso dengan straigt set. Game lee chong wei tadi sangat menarik, rugi kalau tak tengok. Selalunya bila pemain yang baru mengalami kecederaan, permainan pemain itu mungkin akan merudum tetapi tidak kepada lee chong wei. Heh.
ROUND OF 16 : Lee Chong Wei vs Simon Santoso
SET 1 : 21 – 12
SET 2 : 21 – 8

QUARTER FINAL : Lee Chong Wei vs Kashyap Parupalli (INDIA), laluan yang dijangka mudah untuk lee chong wei ke separuh akhir separuh akhir olimpik london 2012 dan dijangka bertemu chen long di separuh akhir.

Monday, July 30, 2012

Live Streaming MALAYSIA VS MAN CITY 30 Julai 2012


man+city+vs+malaysia

LIVE STREAMING MALAYSIA VS MAN CITY 30 JULAI 2012 | Perlawanan persahabatan di antara man city vs malaysia pada malam ini akan berlangsung pada jam 9.45 malam ini di stadium bukit jalil.


Tags:- Malaysia vs man city, man city vs malaysia online, Malaysia vs Mancester City Streaming, malaysia live streaming foot ball, astro arena


Sunday, July 29, 2012

Harimau Muda B Akan Bertemu Skuad Remaja Chelsea


Harimau Muda B akan bertemu dengan skuad remaja Chelsea pada Selasa ini dalam perlawanan pra-musim.
Malaysia bakal menerima kunjungan skuad muda Chelsea yang hadir ke Kuala Lumpur sebagai lokasi persinggahan terakhir mereka dalam siri jelajah pra-musim.
Barisan remaja Chelsea bakal berada di Malaysia pada 29 Julai sehingga 1 Ogos untuk mengukuhkan lagi imej kelab tersebut di rantau ini.
Skuad yang dibarisi 19 pemain muda bawah 18 tahun itu akan mengadakan sesi latihan pada hari Isnin (esok) dan ia dibuka kepada orang ramai.
Pada keesokannya harinya, pasukan tersebut bakal mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 19 tahun Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.
Pasukan itu yang dilatih Adrian ‘Adi’ Viveash telah memenangi dua Piala Muda FA dalam tempoh tiga musim lalu.
Pengarah Akademi Chelsea, Neil Bath berkata, pertarungan menentang skuad bawah 19 tahun Malaysia bakal memberi pengalaman baru yang berharga kepada pemainnya.
Perlawanan akan diadakan pada Selasa ini pada jam 9.45 malam di padang Wisma FAM.

Saturday, July 28, 2012

Malaysia XI Belasah skuad B-22 Indonesia 6-0





MALAYSIA  XI mencatatkan kemenangan selesa selepas mengalahkan skuad Bawah 22 tahun (B-22) Indonesia 6-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Perlawanan itu yang diadakan secara tertutup di stadium tersebut bertujuan bagi menggantikan Kejohanan Piala Java 2012 yang telah ditunda pada Ogos nanti.

Malaysia XI yang tiba di Jakarta pada Isnin lepas untuk menyertai kejohanan empat penjuru yang julung kali diadakan itu terpaksa melupakan hasrat tersebut selepas dua pasukan jemputan iaitu Galatarasay dari Turki dan Everton dari England menarik diri disebabkan masalah teknikal.

Malaysia XI yang diwakili 15 pemain Harimau Muda A serta lapan pemain Liga Super membuka tirai jaringan menerusi penyerang Ahmad Hazwan Bakri seawal minit ke-11 sebelum pemain import pasukan Perak, Michal Kubala menggandakan kedudukan empat minit kemudian menerusi sepakan penalti.

Pemain PKNS Selangor, Mohd Azril Nasrulhaq Badrul menjaringkan gol ketiga pada minit ke-31 sebelum kapten Selangor, Mohd Amri Yahyah menyumbat dua gol, masing-masing pada minit ke-34 dan 44.

Kapten Negeri Sembilan Mohd Shukor Adan melengkapkan kemenangan untuk Malaysia XI dengan gol keenam pada minit ke-60. - Bernama

Saturday, July 21, 2012

Kelantan Tewas 0-5 Kepada QPR


Aksi pemain Kelantan dan QPR yang bertemu di Stadium Shah Alam.


KELANTAN tumpas 0-5 kepada pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Queens Park Rangers (QPR) pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam, malam ini.
Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan deras yang dilakukan oleh Shaun Wright Phillips yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors, Mohd Shahrizan Ismail.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Kelantan bangkit mengatur serangan dengan melakukan asakan ke gawang QPR namun gagal ditembusi apabila dikawal rapi oleh Fabio Da Silva dan Anton Ferdinand.
Penyerang berbisa Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha melakukan cubaan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-21 namun ditepis keluar oleh penjaga gol QPR, Robert Green, lapor Bernama.
Kelantan sekali lagi mendapat peluang menerusi sepakan percuma pada minit ke-41, namun peluang tersebut gagal digunakan sebaik mungkin oleh  Indra Putra Mahayudin apabila sepakan derasnya tersasar.
Pada babak kedua perlawanan, QPR mengandakan jaringan menerusi Michael Harriman yang pada mulanya membuat larian solo kemudianya melakukan rembatan kencang menerusi kaki kiri pada minit ke-52.
QPR menambah derita Kelantan apabila menjaringkan gol ketiga menerusi Jamie Mackie pada minit ke-72 hasil hantaran Max Ehmer.
Bobby Zamora kemudianya menjaringkan gol keempat pada minit ke-81 diikuti gol kelima oleh Heidar Helguson pada minit ke-90.
QPR akan menamatkan prorgram Jelajah Asia mereka dengan menentang Kelab Liga Perdana Indonesia (IPL) Persebaya Surabaya di Stadium Gelora Bung Tomo di Surabaya, Indonesia, Isnin ini.
Dalam pada ittu, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa berkata, meskipun kalah 0-5, pertemuan malam ini memberi peluang kepada pasukannya memperbaiki keupayaan dan kedudukan bagi menghadapi perlawanan-perlawanan akan datang.
KELANTAN: Shahrizan Ismail, S. Subramaniam (Zairul Fitree Ishak), Obina Nwaneri (Ramzul Zahini), Nik Shahrul Azim, Daudsu Jamaludin, Mohd Shakir Saari (Rizal Fahmi), Nurul Azwan Roya, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi (Emmanuel Okine), Norshahrul Idlan Talaha, Keita Manjou.
  
QPR: Robert Green, Anton Ferdinand, Fabio Da Silva (Murphy), Jamie Mackie, Hogan Ephraim, Armand Traore, Adel Taarabt, Clint Hill, Djibril Cisse
(Andy Johnson), Shaun Wright-Phillips, Samba Diakite.

Sinar

Thursday, July 19, 2012

Gambar Nazmi Faiz Beraksi Bersama Beira-Mar


Nazmi Faiz Mansor (jersi kuning) beraksi selama 20 minit di separuh masa kedua dalam perlawanan persahabatan antara SC Beira-Mar dan Benfica B awal pagi tadi waktu Malaysia. Beliau memakai jersi nombor 8.
Ini pula gambar Nazmi Faiz bersama rakan sepasukan sebelum sepak mula perlawanan.

Wednesday, July 11, 2012

SUKMA Pahang !! Pasukan Takraw Wanita Pulau Pinang Bertudung !!





Hebat menyaksikan perlawanan sepak takraw wanita ini lebih-lebih lagi melihatkan pemain-pemainnya menutup aurat dan menjaga syariat walaupun ketika perlawanan.

Ketiga-tiga pemain dari Pulau Mutiara itu menutup aurat sepenuhnya dan membuktikan bahawa dengan berkeadaan demikian mereka mampu melakar kejayaan.




Thursday, June 28, 2012

Bekas Ketua Jurulatih Bola Sepak Negeri Sembilan Di Hukum Penjara 15 Bulan



SEREMBAN- Bekas ketua jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dijatuhi hukuman penjara 15 bulan dan denda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah terhadap 20 tuduhan rasuah mengatur perlawanan bola sepak Piala Presiden tahun lepas.
Tertuduh Yusarman Yusof, 36, kelihatan tenang ketika keputusan itu dibacakan Hakim Datin Nursinah Adzmi yang turut memerintahkan hukuman penjara tambahan dua bulan jika dia gagal membayar denda.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukuman itu ditangguhkan bagi membolehkan tertuduh membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Yusarman didakwa memberi rasuah RM24,700 kepada 11 pemain bola sepak skuad berkenaan pada 19 dan 22 April tahun lepas.
Tertuduh didakwa memberi suapan tunai RM2,000 kepada 11 pemain terdiri daripada Mohamad Yatim Abdullah, D. Adrian, Muhammad Zaidi Othman, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Muhammad Riqzi Azman, Anwarul Hafiz Ahmad, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Norhairi Abd Rahman dan Muhammad Haikal Mohamad Nazri.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis sekitar Pusat Komersial Cempaka, Senawang, di sini pada 5 petang 22 April lepas.
Yusarman turut didakwa memberi suapan tunai RM300 kepada sembilan pemain terdiri daripada D. Adrian, Muhammad Zaidi Othman, Mohd Hafiz Mohd Nor, Suhairy Johari, Muhammad Rizqi Azman, Hamirul Fahamie Abu Yazid, Mohamad Zulfadhlie Mohamad, Norhairi Abd Rahman dan Muhammad Haikal Mohamad Nazri dilokasi yang sama, 9 malam 19 April lalu.
Wang suapan itu dikatakan sebagai dorongan kepada pemain terbabit membantu menjaringkan gol dan memberi peluang kepada pemain pasukan bola sepak Piala Presiden Pulau Pinang SDM Navy menjaringkan gol apabila mendapat isyarat daripada seseorang bagi perlawanan di Stadium Bertam, Pulau Pinang, 21 April tahun lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(B)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali
ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Nursinah dalam penghakimannya berkata hukuman itu diputuskan selepas mahkamah mempertimbangkan rayuan peguam bela dan mengambil kira jasa tertuduh dalam arena sukan bola sepak negara.
"Tertuduh mempunyai jasa kepada negara dalam penglibatan sukan bola sepak dan ia merupakan kesalahan pertama tertuduh, namun kesalahan tertuduh adalah jelas dan mahkamah perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang ada," katanya.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM P. Sevan manakala tertuduh diwakili peguam Raftfizi Zainal Abidin.- Bernama

Friday, June 8, 2012

Jadual Perlawanan Euro 2012 Waktu Malaysia




Jadual perlawanan Euro 2012 waktu malaysia


Saturday, June 2, 2012

Pesanan Bellamy Bekas Pemain Liverpool Untuk Nazmi Faiz


Siapa tak kenal dengan bekas pengempur liverpool dan newcastle ni....beliau telah ditemuramah dalam Espn sport dan pada masa yang sama telah diminta untuk memberikan pandangan berhubung pemain sensasi negara yang telah pun mengikat kontrak dengan sebuah kelab di portugal iaitu Nazmi Faiz. 

Apabila ditanya tentang Nazmi Faiz, Craig Bellamy dengan teruja memberi nasihat: "Saya ingin menasihatkannya untuk tidak berputus asa, dan cuba sedaya upaya.

Tuesday, May 22, 2012

Gambar Juara UEFA Chelsea Berarak Keliling Bandar











Nazmi Faiz Mansor Ikat Kontrak 3 Tahun Bersama SC Beira-Mar


Tahniah diucapkan kepada Nazmi Faiz Mansor kerana telah berjaya mendapat kontrak 3 tahun untuk menyertai kelab liga divisyen pertama Portugal iaitu Sc Beira-Mar. Ia merupakan pemain bola sepak Malaysia pertama ke liga Eropah.




Dengan kejayaan ini, sudah pasti telah memberi semangat pemain muda Malaysia yang lain mengikuti jejak langkah seperti beliau. Berita ini sudah tersebar dari semalam atas kejayaan pemain muda ini. Tahniah diucapkan.




Friday, May 18, 2012

Gambar Terbaru Nazmi Faiz Di Portugal


Thursday, May 17, 2012

Foto Nazmi Faiz Bersama Kelab Beira Mar


Dari Kiri : Jerome, Baptista, Nazmi Faiz, Juninho, Miguel Hamutenya and Vasco Seco.



Sekali pandang macam kaka pun ada..hehee