Monday, April 2, 2012

Maut Terkena Elektrik Ketika Pasang Bendera Politik

TANAH MERAH: Hasrat dua sahabat memasang bendera sebuah parti politik yang diikat pada buluh di papan tanda amaran talian voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan berakhir dengan tragedi apabila maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Tengah Bukit Panau, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian jam 12 tengah malam, Rosli Husssin, 47, dari Kampung Tengah Bukit Panau dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, dari Kampung Kusial Baru, di sini, dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena renjatan elektrik akibat buluh digunakan bersentuhan dengan kabel elektrik TNB berkuasa 500 kiloVolt (kV).


 Sebelum kejadian, Rosli dan Mohd Daisan, masing-masing bekerja sebagai kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tanah Merah dan penoreh getah, pergi ke kawasan papan tanda itu bersama tiga lagi rakan dengan membawa sebatang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai baru ditebang.


 Ketika cuba mengikat buluh itu pada papan tanda berkenaan, ia bersentuhan dengan kabel elektrik TNB yang berada pada ketinggian sembilan meter, menyebabkan mereka terkena renjatan elektrik.

P/s- Percayakah anda kes ini telah dipolitikkan oleh orang-orang tertentu. Ada pihak cakap dia terkena elektrik semasa pasang bendera umno, ada yang cakap dia terkena elektrik semasa pasang bendera pas. entah yang mana satu la...

No comments: