Ini merupakan hasil karya seorang jurugambar, Henry Hargreaves, 32. Tanpa rasa ragu, dia telah menggoreng iPad, iPhone, iPod dan komputer riba Apple dalam minyak yang panas.
Jangan terkejut dahulu. Ini semua hanyalah replika dari setiap gadget canggih itu sebelum menggorengnya.
“Saya bukan orang kaya yang sanggup membeli dan menghancurkan alat elektronik.
“Saya juga tidak berminat untuk mengetahui tentang peranti di dalam gadget tersebut, maka saya buat gadget ini secara khas daripada gabus,” kata Henry.
Lelaki dari New Zealand itu mendapat idea untuk projek tersebut setelah melihat video dari seorang remaja Jepun yang menggoreng PlayStation PSP dan dia berminat dengan idea tersebut.
Maka, Henry mengambil keputusan untuk memperkembangkan idea tersebut dan hasilnya difotokan.
Selain itu, Henry juga membuat satu teori iaitu menyamakan budaya teknologi dan makanan segera.
“Ia dihidangkan dengan segera dan dibuang dengan segera juga,” ujar Henry
MynewsHub
No comments:
Post a Comment