Pekerja kebajikan masyarakat terkejut apabila menemui kanak – kanak berusia 2 tahun yang tinggal di dalam bilik penuh dengan kambing. Kanak – kanak liar itu dikenali dengan Sasha T dibiarkan tinggal oleh ibunya bersama kambing. Aku tak tahu lah macam mana anak kecil ini mampu survive tanpa penjagaan seorang ibu.
Ikutkan sumber, kanak – kanak ini tidak boleh bercakap dan makan seperti manusia dan hanya bermain dengan tidur bersama kambing. Menurut timbalan ketua kebajikan masyarakat Russia, Sa-sha duduk dibilik yang sejuk tanpa pakaian. Ibunya tiada dirumah dan kanak – kanak ini sentiasa berdepan dengan maut. Rumah itu terlalu kotor dan busuk. Kami mengambil kanak – kanak itu dan bawanya ke hospital.
Doktor berkata, kerana caranya itu otaknya tidak berkembang. Doktor Natalya Simonina berkata ”Sasha enggan tidur di atas katil”. Dia cuma tidur di bawah dan takut pada orang ramai. Dia cuba memecahkan apa saja yang dilihatnya . Dia tidak boleh bercakap dan memegang sudu.
No comments:
Post a Comment