Video Seorang Gadis Melahirkan Anak Semasa Berjalan
Seorang gadis remaja dari sebuah daerah Bağcılar Istanbul Turki telah melahirkan anaknya ketika berjalan!
Kejadian ini telah dirakamkan oleh CCTV pengawas lalulintas di sebatang jalan di daerah tersebut. Umur gadis tersebut dalam lingkungan 16 tahun.
Menurut sumber, gadis dan ibu bapanya dalam perjalanan ke hospital..Namun dalam perjalanan ke hospital , bayi tersebut entah macammana terkeluar dari rahim si gadis tersebut. Panik! bayi tersebut di tinggal begitu saja di tepi jalan dengan keadaan masih berlumuran darah. :choler:
Mujur bayi tersebut di jumpai seorang pemuda yang kebetulan lalu di jalan tersebut. Lantas meminta bantuan penduduk tempatan dan membuat laporan kepada pihak Polis.
Sejurus kemudian polis datang dan membawa bayi itu ke hospital berdekatan, untuk diberikan rawatan. Berdasarkan sumber dari saksi dan warga tempatan, pihak Polis boleh mencari orang tua dari bayi tersebut dan langsung diminta keterangan. Keadaan bayi tersebut saat ini dalam keadaan baik dan sihat di hospital.
Jom lihat video di bawah.
No comments:
Post a Comment