Cabaran untuk melihat emas pertama Olimpik 2012 kini semakin hampir, dalam saingan badminton perseorangan lelaki semi final menentang jaguh kedua China Chen Long, Dato’ Lee Chong Wei dengan gaya yang tersendiri mudah menewaskan pemain China itu dengan keputusan 21-13 dan 21-14.
Dato’ Lee Chong Wei dijangkan akan menentang di antara pemain No 1 dunia iaitu Lin Dan. Ketika ini sedang berlansung set kedua. Set pertama Lin Dan mudah menang ke atas pemain Korea Selatan Lee Hyun Il. Lin Dan akan menentang Dato’ Lee Chong Wei di final.
Cabaran emas pertama, bukan hanya terletak dibahu Dato’ Lee Chong Wei, ini kerana petang esok waktu Malaysia beregu negara Tan and Koo akan beradu untuk melangkah ke Final Olimpik 2012.
Apa-apa pun semua rakyat Malaysia sedang menanti berita gembira dengan penuh minat. Peluang semakin hampir, harapan emas pertama Olimpik 2012semakin hampir..nantikan.
No comments:
Post a Comment