PULAU TIOMAN - Penduduk Kampung Mukut Pulau Tioman digemparkan dengan penemuan sekujur mayat reput yang terdampar di persisiran Pantai Pasir Burung Mukut, Pulau Tioman, pagi semalam.
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, mayat itu dijumpai penduduk kira-kira jam 10.30 pagi semalam ketika beberapa penduduk melalui kawasan itu.
Bagaimanapun, katanya, identiti mayat masih belum dikenal pasti kerana dalam keadaan reput selain tidak mempunyai tangan dan kaki kanan.
“Mayat itu dalam keadaan reput dan hanya tinggal badan dan kaki kiri, selain tinggal tempurung kepala sahaja,” katanya.
Johari berkata, penduduk yang menemui mayat itu terus menghubungi Balai Polis Tekek, Pulau Tioman memaklumkan penemuan mayat itu.
Katanya, mayat itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Tekek untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar menggunakan Kapal Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) KM Mukah ke Terminal Jeti Tanjung Gemok.
“Mayat itu tiba di Jeti Tanjung Gemok jam 4.30 petang tadi (semalam) dan dibawa ke Hospital Muadazam Shah untuk bedah siasat,” katanya.
Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau waris terdekat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin di talian 09-4145222.- SINAR

No comments:
Post a Comment