Bekas juara "Gadis Melayu", Aida mengakui agak tertekan dengan masalah jantung anak pertamanya Aida Eirdeena Mohd Saiful Nizam yang kini berusia 10 bulan. Anaknya mengalami Truncus Arteriosus Type 1 (jantung kongenital) sejak dilahirkan.
Aida atau nama sebenar, Khairul Noormaaidah Zali berkata, walaupun permulaan untuk menerima kenyataan bahawa anak kesayangannya mengalami kompilasi jantung agak sukar, namun apabila memikirkan kembali, ini semua adalah dugaan dari yang maha Esa.
Oleh itu, dia terima dengan perasaan terbuka.
Dipetik dari laporan mStar, Aida memberitahu bahawa anaknya ini juga berpeluang untuk kembali sihat dan perkara itu yang menguatkan lagi semangat Aida dari memikirkan masalahnya.
"Tipulah kalau saya cakap tidak tertekan dengan penyakit yang dihidapi Eirdeena, namun saya anggap ini semua adalah dugaan darinya.
Dia ingin menguji tahap kesabaran kita."
"Saya juga bersyukur kerana walaupun Eirdeena mengalami masalah jantung, namun keadaannya semakin pulih selepas menjalani pembedahan tempoh hari berbanding kanak-kanak lain yang mengalami nasib yang sama namun jauh lebih teruk darinya."
Aida yang juga isteri kepada penbaca berita TV3 Mohd, Saiful Nizam Ismail memberitahu, buat masa ini kos perubatan masih boleh dibiayai mereka berdua.
Walaupun telah dibedah, penyakit anaknya itu tidak akan sembuh seratus peratus dan akan menjalani pembedahan sekali lagi.
"Ianya bergantung kepada aliran darah ke paru-paru yang menggunakan tisu homograf melalui pembedahan sebelum ini."
"Buat masa sekarang saya akan pastikan ubat diberikan mengikut sukatan dan masa yang telah ditetapkan. Selain daripada itu juga, saya seringkali membuat kajian mengenai penyakit anak saya. Jikalau keadaan melarat, saya akan cuba alternatif lain dengan berjumpa pakar perubatan tradisional."
Dalam perkembangan lain, Aida turut menguruskan perniagaan tudung dibawah nama CitraAida terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR) sejak sebulan lalu.
Tudung yang diimport dari Turki, China dan Indonesia itu dijual dari harga RM20 hingga RM100.- Yahoo
No comments:
Post a Comment