Iklan Teks
Ingin tukar pekerjaan? Peluang masih ada. Kemaskini resume anda hari ini KLIK SINI!!
::::
Advertise [RM10] Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Masih Ada KekosonganAdvertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Saturday, April 28, 2012
Dirogol Semasa Ambil Buku yang Tertinggal Dalam Kelas
KUALA TERENGGANU – Malang bagi seorang pelajar perempuan, tindakannya berpatah balik ke kelas bagi mengambil bukunya yang tertinggal mengundang padah apabila dirogol rakan sekelasnya, Ahad lalu.
Difahamkan, mangsa yang berusia 16 tahun mendakwa dirogol rakannya di dalam kelas di salah sebuah sekolah di daerah ini, kira-kira jam 1.45 petang. Menurut sumber, ketika kejadian, empat suspek yang sebelum itu dipercayai menyorok sebaik menyedari kehadiran mangsa, kemudiannya keluar ketika mangsa sedang mengambil bukunya.
Mangsa mendakwa, seorang daripada suspek telah merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi hanya memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya itu. “Sejurus kejadian itu, mangsa telah ke rumah ibu saudaranya dan berubah menjadi pendiam selepas kejadian itu.
Dia juga kelihatan takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki selepas peristiwa hitam itu. “Keluarganya hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu setelah dihubungi pihak sekolah dan dia kemudiannya menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarga.
Satu laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu kelmarin, kira-kira jam 2.30 petang,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi di sini semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Tiga daripada empat suspek telah ditangkap awal pagi semalam dan direman selama tujuh hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 376/354 Kanun Keseksaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment