Dalil Mengenai Balasan Dosa-Dosa Besar | Sebagai seorang manusia kita wajib mengelakkan diri dari melakukan perbuatan yang tergolong dalam dosa-dosa besar. Jika dosa-dosa ini dilakukan seseorang kemudian meninggal dunia ketika belum sempat bertaubat, maka balasan dari dosa ini adalah masuk ke dalam api neraka. Jika mereka sempat bertaubat maka insya Allah taubatnya akan diterima oleh Allah SWT. Sebab Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran akan menerimataubat hambanya yang benar-benar bertaubat iaitu taubat nasuha. Jom ketahui apakah dalil mengenai balasan dosa-dosa besar di bawah ini.
1. Dalil balasan dosa meninggal solat.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam neraka Saqar. Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan solat“.
(Al Mudatsir, 42-43)

2. Dalil balasan dosa meninggal puasa dengan sengaja.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa kepadanya. Hanya dalam masa beberapa hari saja“.
(Al Baqarah 183, 184)

3. Dalil balasan tidak membayar zakat.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan orang -orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkan pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka bahawa mereka akan mendapat seksa yang pedih“.
(At Taubah 34)

4.Dalil balasan dosa berzina
“Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina. Barangsaipa melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat pembalasan dosanya“.
(Al Furqan 68)

5. Dalil balasan menipu orang lain.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah sedangkan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk bersolat mereka berdiri dengan malas, mereka bermaksud riyak dengan solat dihadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut nama Allah kecuali sedikit sekali“.
(An Nisa, 142)

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka, dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka“.
(An Nisa, 145)

6. Dalil balasan dosa Menganiaya orang.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata“.
(al Ahzab,58)

7. Dalil Balasan Meminum Arak.
Firman Allah SWT maksudnya: “Sesungguhnya khamar, judi, patung berhala dan undian nasib itu adalah kotoran dari perbuatan syaitan, maka jauhilah dia supaya kamu beroleh kejayaan. Sesungguhnya syaitan itu mahu mengadakan permusuhan dan perkelahian pada khamar dan judi dan menghalang kamu dari mengingati Allah dan solat tidaklah kamu mahu berhenti ?”. (Al maidah ayat, 90-91)

8. Dalil balasan Membuat Sumpah Palsu.
Firman Allah SWT maksudnya:
“Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai alat penipu di antara kamu yang menyebabkan tergelincir kakimu sesudah kukuh tegaknya dan kamu rasakan kemelaratan di dunia kerana kamu menghalangi manusia dari jalan Allah dan untuk kamu azab yang besar“. (An Nahl ayat 94)

Melayukini.net
No comments:
Post a Comment