Monday, May 28, 2012

Kejam!! Rejim Bashar Sembelih 55 Kanak Kanak Dalam Penyembelihan Haulah


Rejim Bashar mengganas lagi kali ini dengan menyerang perkampungan Haulah dan menyembelih 114 orang awam termasuk 55 kanak kanak! Paling tragis, kanak kanak itu disembelih setelah tangan mereka diikat. Berikutan kejadian kejam itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar. Menurut Harian Metro Onlinepenyembelihan Haulah diadakan kerana Rejim Basharberang dengan kematian pembesar mereka.


Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka ‘mengamuk’ Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban.



Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.
Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.
“Tentera Syria Bebas” berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.
Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.
Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim Basyar.
Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam yang tidak berdosa.
Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. Al-Fatihah.


No comments: