Ketika diwawancara Detikhot selepas menjalani sesi fotografi di Bali, baru-baru ini, aktres seksi, Nikita Mirzani membuat satu pengakuan mengejutkan.
Bintang filem ‘Perempuan Perempuan Liar’ itu mengakui dirinya seorang biseksual.
“Saya mungkin boleh dikatakan seorang yang biseksual. Saya serius dengan pengakuan ini. Selain dengan lelaki, saya juga suka dengan kaum sejenis,” katanya.
Menurutnya, semua itu bermula saat dia mengalami trauma apabila rumah tangganya musnah hingga bercerai dengan suaminya.
Nikita memberitahu, sepanjang perkahwinan dia berasakan suaminya individu yang terlalu panas baran dan mengongkong. Berikutan tidak tahan dengan sikap suaminya itu, perkahwinan pasangan itu hancur.
“Ketika berkahwin dulu, saya mendapat suami yang panas baran dan terlalu mengongkong. Saya tidak tahan lalu kami bercerai,” kata janda anak satu itu.
Selepas bercerai, Nikita mengaku sering meluahkan kesedihannya kepada seorang rakan wanita. Ekoran hubungan mereka yang amat rapat, maka timbul perasaan suka kepada rakannya itu kerana dia berasa tenang ketika bersama rakan berkenaan.
“Disebabkan kerap meluahkan kesedihan dan berkongsi masalah dengan rakan wanita itu, saya rasa tenang.
Mungkin kerana kami sama-sama wanita, dia lebih menghargai dan dapat menjaga perasaan saya. Jadi, timbul perasaan suka terhadap rakan itu,” katanya.
Sumber:
No comments:
Post a Comment