Harimau Muda B akan bertemu dengan skuad remaja Chelsea pada Selasa ini dalam perlawanan pra-musim.
Malaysia bakal menerima kunjungan skuad muda Chelsea yang hadir ke Kuala Lumpur sebagai lokasi persinggahan terakhir mereka dalam siri jelajah pra-musim.
Barisan remaja Chelsea bakal berada di Malaysia pada 29 Julai sehingga 1 Ogos untuk mengukuhkan lagi imej kelab tersebut di rantau ini.
Skuad yang dibarisi 19 pemain muda bawah 18 tahun itu akan mengadakan sesi latihan pada hari Isnin (esok) dan ia dibuka kepada orang ramai.
Pada keesokannya harinya, pasukan tersebut bakal mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan skuad bawah 19 tahun Malaysia di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya.
Pasukan itu yang dilatih Adrian ‘Adi’ Viveash telah memenangi dua Piala Muda FA dalam tempoh tiga musim lalu.
Pengarah Akademi Chelsea, Neil Bath berkata, pertarungan menentang skuad bawah 19 tahun Malaysia bakal memberi pengalaman baru yang berharga kepada pemainnya.
Perlawanan akan diadakan pada Selasa ini pada jam 9.45 malam di padang Wisma FAM.
No comments:
Post a Comment