Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Saturday, July 27, 2019

Sarah Hilderbrand dedah punca putus dengan Nabil Mahir


KUALA LUMPUR - Pelakon Sarah Hildebrand membuat pendedahan tentang punca putus cinta dengan bekas kekasihnya sekitar Februari lalu.
Difahamkan, bekas kekasih yang dimaksudkan Sarah ialah pengacara popular, Nabil Mahir, sementelah perpisahn mereka diketahui umum berlaku pada awal tahun ini.
Menerusi kemas kininya dalam Instagram, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu menjelaskan dia penat mendepani perkara yang membebankan ketika sepanjang percintaan.
“Kawan-kawan saya kerap meminta saya untuk meninggalkannya, tetapi saya tetap optimistik dan mengharap. Selama lima tahun bersama, saya diejek, ditolak dan dibuli.
Sarah bagaimanapun masih boleh meneruskan hubungan kerana dia percaya keadaan akan berubah.
Namun hubungan mereka semakin meruncing apabila bekas kekasih turut pernah menuduhnya tidur dengan pengurus kerana mahukan populariti.
“Maaf, saya bukan perempuan jalang. Saya pastikan duit yang saya dapat halal. Saya juga pastikan kerja yang saya lakukan halal. Apa yang saya dapat bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk ibu saya juga,” katanya lagi.
Mengakui penat dengan suhu perhubungan yang tidak menentu, Sarah juga bersyukur kerana urusannya dipermudahkan Tuhan.
“Namun, Allah Maha Adil, bekas kekasih saya itu mengaku pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain,” luah Sarah.
Sungguhpun begitu, Sarah mengakui lega dengan keputusan yang dibuat. Akuinya, keputusan untuk berpisah dibuat semasa pergaduhan terakhir mereka.
“Sepatutnya saya minta putus lebih awal. Tetapi, saya tulis semua ini kerana berniat baik. Saya mahu kamu semua belajar daripada kesilapan saya,” akuinya.
Tidak sampai beberapa jam luahan hatinya dikongsikan dalam Instagram, pelakon berusia 29 tahun itu bagaimanapun memadamkan semula muat naik tersebut.
Pada Februari lalu, kisah Sarah dan Nabil Mahir menjadi buah mulut ramai apabila masing-masing membuat pengakuan putus cinta selepas lima tahun bersama.
Lebih mensensasikan keadaan, Nabil mengakui telah membeli sebentuk cincin untuk melamar Sarah. Namun, hasrat bekas pengacara HLive! itu tidak kesampaian apabila mengumumkan telah putus cinta dengan pelakon berkenaan. - K! ONLINE

Anne-Marie ligat, ramah di pentas



SAYA mahu menetap di negara ini kerana makanan dan orang-orangnya, kata penyanyi pop kelahiran East Tilbury, Essex, England, Anne-Marie ketika menghiburkan lebih 1,200 peminat dalam konsert Anne-Marie Live in Malaysia pada Isnin lalu di KL Live at Life Centre, Kuala Lumpur.
Anne atau nama sebenarnya, Anne-Marie Rose Nicholson acap kali melaungkan ungkapan terima kasih sebagai usaha untuk mendekatkan diri dengan peminat yang hadir. Terdapat beberapa perkataan lain dalam bahasa Melayu yang keluar daripada bibirnya seperti ‘apa khabar’ dan ‘aku cinta padamu’.
Sebelum Anne masuk ke pentas persembahan, peminat sudah terpekik-pekik dan melaungkan namanya. Sebaik sahaja wanita berusia 28 tahun itu muncul, keadaan terus menjadi riuh dengan tepukan serta teriakkan peminat.
Anne memulakan atmosfera persembahan dengan mendendangkan dua buah lagu yang dimuatkan dalam album perdananya, Speak Your Mind iaitu Cios Adios dan Cry sebelum terus merancakkan suasana dengan single yang diterbitkan pada 2014 berjudul Do It Right.
Buat peminat yang mengikuti kerjaya nyanyian Anne, pasti mengetahui bahawa dia memiliki tali pinggang hitam sukan karate. Di atas pentas, dia juga beraksi lincah dan beberapa kali melakukan tendangan angin secara spontan.
Selain persembahan yang memukau, satu perkara lagi yang layak dipuji adalah sikap Anne yang menghormati budaya masyarakat tempatan. Menyedari dia berada di bumi Malaysia yang mempunyai etika atau peraturan pemakaian yang ketat, Anne bijak mengikut keadaan. Dia yang lazimnya berpakaian seksi tampil dengan busana yang sopan dan tidak mencolok mata sepanjang persembahan. Menggayakan celana panjang yang dipadankan dengan baju sut bersaiz besar berona hitam, Anne merupakan satu teladan buat artis luar negara yang ingin melakukan persembahan di Malaysia.
Penghargaan
Bahang persembahan diteruskan Anne menerusi lagu-lagu seperti Bad Girlfriend, Alarm dan Heavy. Dalam pada itu, Anne sempat mencuri ruang dengan memberi apresiasi kepada seorang peminat yang hadir dengan lukisan wajahnya. Perbuatan, Anne yang mengambil lukisan tersebut dan menyimpannya telah mendapat sorakan dan tepukan gemuruh seisi dewan.
Selesai sesi penghargaan bersama peminat, tanpa berlengah, Anne meneruskan persembahan dengan lagu rancaknya Perfect To Me, Can I Get Your Number? dan Let Me Live.
Seperkara cukup unik tentang penyanyi ini adalah dia bijak bermain kata-kata dengan peminat yang hadir. Ada sekali, terdapat pin tersangkut pada bahagian belakang seluarnya dan membuatkannya tidak selesa. Secara spontan Anne berkata: “Ada sesiapa mahu tolong saya tanggalkan pin ini (ketawa)?”
Selepas 70 peratus persembahan selesai, Anne kemudian mendendangkan lagu Trigger sebelum membuatkan lokasi konsert terus gamat dengan lagu hit berjudul Don’t Leave Me Alone.
Suasana menjadi lebih hangat apabila Anne menyanyikan lagu paling popularnya, Rockabye. Untuk rekod, lagu tersebut merupakan single dendangannya yang paling tinggi mendaki carta Billboard Hot 100 iaitu pada tangga ke-9.
Anne menutup tirai persembahan dengan dua buah lagu berjudul 2002 dan lagu hitnya bersama Marshmello iaitu Friends. Menariknya, sebelum mendendangkan lagu tersebut, Anne lari sebentar ke belakang pentas. Selang beberapa saat, dia kembali semula ke atas pentas memakai baju-T yang tertulis perkataan Malaysia hadiah daripada seorang peminat.
Persembahannya secara keseluruhan tersusun rapi terutama dari aspek pemilihan lagu. Memandangkan Anne hanya memiliki sebuah album studio, jadi persembahannya berlangsung dengan agak singkat iaitu sekitar sejam 30 minit sesuai dengan sejarah diskografinya yang agak terhad.
Bagaimanapun sebelum Anne menghiburkan peminatnya pentas terlebih dahulu telah dipanaskan dengan persembahan pembukaan daripada penyanyi muda tempatan iaitu Amir Hasan, Bunga dan Layla Sania yang mendendangkan lagu asal Rudimental featuring Jess Glynne, Macklemore serta Dan Caplen berjudul These Days sebelum Andi Bernadee menggamatkan pentas menerusi dua buah lagu, Satu Peluang dan Donde.
Terdahulu, pada sebelah siang sebelum konsert, Anne sempat meluangkan masa selama 15 minit bersama pihak media tempatan.
Pengaruh muzikal, cinta
Pelbagai cerita dikongsikan bersama antaranya mengenai penglibatannya dalam teater muzikal Les Misérables dan Whistle Down The Wind ketika kecil yang membentuk dirinya sebagai seorang penyanyi pada hari ini. Dedahnya, dia juga pernah terlibat sama dalam teater Whistle Down The Wind bersama penyanyi Jessie J ketika kecil.
“Teater muzikal sangat berbeza dengan apa yang dilakukan sekarang sebagai seorang penyanyi. Bagaimanapun, melalui teater muzikal, saya belajar bagaimana untuk menyampaikan mesej dan cerita melalui karya.
“Itu yang menjadi pegangan saya sehingga hari ini,” katanya kepada Kosmo! ketika diwawancara di Hotel W, Kuala Lumpur.
Tambah Anne, menjadi seorang penyanyi pop berbeza dengan pengalaman berlakon teater muzikal.
“Saya bikin muzik pop bukan tanpa mesej. Saya selalu ingin menyampaikan sesuatu melalui karya. Itu juga saya belajar daripada pengalaman ketika kecil dalam teater muzikal.
“Dalam teater, saya berlakon menjadi orang lain. Sekarang sebagai penyanyi pop, saya menjadi diri sendiri dan saya tidak pakai rambut palsu (ketawa),” ujarnya yang mengakui rindu untuk terlibat dalam pementasan teater muzikal.
Disuakan pertanyaan adakah nyanyian merupakan kerjaya pilihan pertamanya, jawab Anne: “Saya mula menyanyi ketika berusia lima tahun. Saya tahu yang saya ingin menjadi seorang penyanyi, tetapi tidak tahu bagaimana caranya.
“Saya berasal dari kampung terpencil dan tidak mempunyai kenalan dalam industri. Jadi, saya boleh sifatkan apa yang berlaku sejak kecil sehingga sekarang adalah sebagai perjalanan kerjaya yang pelik.”
Sebelum menggulung perbualan, sengaja disoal tentang teman hidup yang masih agak samar-samar buat Anne. Hal ini kerana, dia agak berahsia apabila diminta memberi komen berkenaan kehidupan peribadinya. Namun, pada 2016, dia pernah memberi kenyataan kepada Nova Radio tentang kisah cintanya, namun langsung tidak memperincikan hal tersebut.
Jawab Anne seraya melemparkan senyuman: “Saya memang tidak bercerita tentang itu (cinta) kepada orang ramai. Saya rasa hal berkaitan perkara tersebut akan disimpan hanya untuk diri saya buat masa ini.”
Penyanyi pop kelahiran England, Anne-Marie menyarung baju-T tertera perkataan Malaysia hasil pemberian seorang peminat pada konsert yang berlangsung Isnin lalu. Dalam wawancara bersama Kosmo!, Anne berkongsi tentang pengaruh teater muzikal pada dirinya dan rahsia cinta yang sukar dirungkai. - kosmo

Monday, November 12, 2012

Pelakon Anne Ngasri Akhirnya Sah Menjadi Tunang Kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia



Pelakon Anne Ngasri akhirnya sah menjadi tunang kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis pertunangan di rumah keluarganya di sini semalam.

 Menurut Anne atau nama sebenarnya Ngasriah Ngasri, 24, Sumali berstatus duda berusia 40 tahun dan mempunyai seorang anak.

 Beliau berkata, mengikut perancangan, mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan depan.

 “Saya akan menjemput semua pihak termasuk rakan-rakan media,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis kesyukuran yang dianjurkan keluarganya di Taman Batu Permai di sini semalam.

 Majlis pertunangan mereka berlangsung di Taman Permai Jaya, Ampang hari ini.

Anggun dengan busana pertunangan rona hijau gelap yang direka Ezuwan Ismail, Anne baru-baru ini juga diketahui telah putus percintaan dengan penyanyi Aliff Aziz. 

Sumber

Monday, October 29, 2012

Taikun Full Movie 2012

Taikun full movie






Sunday, October 7, 2012

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Blokbuster

Anugerah Blokbuster



Malam tadi menyaksikan penggiat seni tanah air berkumpul bagi mengetahui siapakah yang bakal menang dalam acara Anugerah Blokbuster anjuran Astro itu.
Walaupun pertama kali dianjurkan, namun ia ternyata mendapat sambutan daripada selebriti dan juga peminat tempatan.
Anugerah Blokbuster itu telah mencipta kelainan apabila kemenangan sesebuah kategori yang dipertandingkan adalah diatas undian 100 peratus oleh penonton.
Sebanyak 15 kategori yang dipertandingkan. Berikut adalah senarai pemenang.
ANUGERAH FILEM TERHEBAT
KL Gangster
ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT
Syamsul Yusof (KL Gangster)
ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT
M. Suryaa (Sumpahan Puaka)
ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT
KL Gangster
ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT
Hantu Bonceng
ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT
Khurafat
ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT
Nur Kasih The Movie
ANUGERAH HERO TERHEBAT
Zizan Razak (Hantu Bonceng)
ANUGERAH HEROIN TERHEBAT
Yana Samsudin (Bini-Biniku Gangster)
ANUGERAH WATAK PENYANGAK TERHEBAT
Fikhree Bakar (Klip 3GP)
ANUGERAH LAGU FILEM TERHEBAT
Ombak Rindu
ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT
Shahir (Karak)
ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT
Tasha Shilla (Ratu The Movie)
ANUGERAH KHAS PFM
Syamsul Yusof
ANUGERAH ASTRO FIRST TERHEBAT
Kongsi
Tahniah dan syabas diucapkan!

Friday, September 21, 2012

Shila Amzah Juara Asian Wave Shanghai

Berkat usaha beliau yang begitu bersungguh-sungguh dan doa dari seluruh rakyat Malaysia, akhirnya penyanyi Shila Amzah dinobatkan sebagai Juara Asian Wave yang baru saja berakhir sebentar tadi. Shila Amzah sememangnya telah mengharumkan nama Malaysia bukan sahaja di peringkat Asia malah tentunya peringkat antarabangsa.
Shila Amzah dengan trofi kemenangannya di Pertandingan Asian Wave Shanghai
Persaingan antara peserta yang cukup sengit tidak menghalang pelantun lagu ‘Patah Seribu’ ini memberikan persembahan yang terbaik sehingga mendapat sorakan gemuruh dari rakyat China dan pujian yang melambung dari juri-juri pertandingan Asian Wave.

Ketika pertandingan berlangsung malam tadi, Shila Amzah telah menyanyikan sebanyak 3 buah lagu iaitu Gemilang (Jaclyn Victor), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Kemenangan ini sebenarnya adalah kemenangan semua penyokong Shila Amzah (#Shilalas) dan warga Malaysia yang tak putus-putus mengundi Shila Amzah untuk kategori peserta popular. Shila bertarung bakat dengan 5 finalis lain Asian Wave daripada negara China, Korea Selatan, Singapura, Thailand, dan India.

Penampilan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave Shanghai menerusi lagu Forever Love nyanyian asal Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri serta penonton yang mengikuti program tersebut.

Malah, salah seorang juri pertandingan itu iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar yang berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan gaya vokal mantap nyanyiannya itu.

Lebih teruja lagi, apabila juri yang berasal dari Malaysia tetapi telah menetap di China berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom.

“Saya berjanji akan mencari cara agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya. Bagi saya, Shila adalah next Superstar,” ujar Eric.

Menyahut pandangan Eric, Shila dengan rendah hati, tidak menyangka pujian sebegitu akan diluahkan dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.

“Ya, saya tidak terfikir Eric akan mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi,” ujar Shila.

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric telah memberitahu bahawa sememangnya Shila layak mendapat gelaran Superstar.

“Saya tidak kira. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila. Sekarang ini awak telah pun menjadi Superstar,” tegas Eric yang juga bergelar penyanyi hebat di China.

Tuesday, September 4, 2012

Gambar!! Farid Kamil, Diana Danielle Telah Selamat Bertunang


Ahad lalu, Farid Kamil & Diana Danielle selamat mengikat tali pertunangan di kediaman aktress tersebut di Damansara, PJ selepas bercinta tiga tahun.
Berita Harian melaporkan yang dalam majlis tersebut Diana Danielle menerima sebentuk cincin yang di’sarungkan ibu Farid Kamil sendiri sebagai tanda pertunangan.
Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli berkata beliau bersyukur kerana majlis yang di’rancang sejak sebulan lalu telah berjalan dengan sempurna & bahagia melihat anak’nya.
Berkenaan tempoh pertunangan, pasangan ini di’jangka bakal berkahwin dalam tempoh setahun daripada sekarang & majlis pertunangan ini juga sebenarnya rahsia.
Norsiah Ramli turut mengatakan yang majlis pertunangan ini berlangsung secara senyap atas permintaan Diana Danielle & Farid Kamil sendiri dan hanya di’hadiri keluarga terdekat.


Thursday, August 2, 2012

Video Safiq Rahim, Wardina, Nabil, Ana Raffali dan Faizal Tahir Dalam Iklan Raya Tesco

Tesco Malaysia kini sudah bergiat aktif untuk mempamerkan produk mereka kepada anda bersempena persiapan mahu menyambut lebaran nanti. Mereka juga menampilkan ramai selebriti terkenal seperti Nabil Raja Lawak, Wardina Safiyyah, Faizal Tahir, Anis Nabilah, Ana Raffali dan Syafiq Rahim untuk menjadi ikon iklan mereka yang begitu mengasyikkan juga.

Kelakar juga iklan Tesco ni, Jom layan 3 buah video iklan raya tesco tahun ini.






Sumber

Wednesday, July 11, 2012

Free Download Mael Lambong 2012




Sinopsis Mael Lambung :

Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup 
dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut 
apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan 
darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.  

Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke 
Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah 
lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri. 
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), 
bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger 
(Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi 
kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin 
di antara Mael dan Rozie sebelum ini. 
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi 
maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka 
di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya?

trailer mael lambung :

Download Link





Tags : MAEL LAMBUNG FREE DOWNLOAD, MEDIAFIRE MAEL LAMBUNG DOWNLOAD, DOWNLOAD 
FILEM MELAYU 2012, MALAY MOVIE DOWNLOAD, DOWNLOAD MAEL LAMBUNG,DOWNLOAD 
FREE MOVIE, NEW MALAY MOVIE DOWNLOAD, MAEL LAMBUNG MEDIAFIRE, MKV MAEL 
LAMBUNG DOWNLOAD FILE, MUAT TURUN FILEM PERCUMA, MUAT TURUN MAEL LAMBUNG, 
MAEL LAMBUNG MOVIE FREE DOWNLOAD,FREE MOVIE, DOWNLOAD MAEL LAMBUNG,ZIZAN MAEL

Sunday, July 8, 2012

Gambar Pernikahan Ella - Azhar

Ella (46) sah bergelar isteri kepada pilot Firefly, Azhar Ghazali (30-an) dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan mereka diadakan di rumah keluarga Ella di Teluk Gadung, Klang kira-kira pukul 10.30 malam Sabtu, 7 Julai 2012.

Ella dan Azhar sebelum itu telah ditunangkan sebelum majlis akad nikah bermula. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

credit penuh mStar | GUA

Saturday, July 7, 2012

Gambar Bakal Suami Ella


Bertahun lamanya dia menjawab dan menepis persoalan mengenai bilakah dia akan menjadi isteri orang. Namun tanpa gosip yang heboh seperti artis lain, tiba-tiba dengan satu kejutan, baru-baru ini, Ella, 46, akui dia akhirnya sudah bertemu putera hatinya, malah akan mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.

Azhar Ghazali jejaka A bakal suami penyanyi Ella

Seperti seadanya, Ella tersenyum riang. Namun kali ini ia nampak jauh lebih riang. Jelas sekali itu menterjemahkan perasaannya yang kini sangat bahagia dan membilang hari.

“I am sooooo.... happy and I really love this feeling!” jerit kecil penyanyi lagu Sembilu dan Dua Insan Bercinta ini.

Mana tidaknya, Ella akan menamatkan zaman solonya bersama seorang jejaka, Azhar Ghazali yang sebenarnya sudah sembilan tahun mencuri hatinya. Lelaki berusia 30-an yang berasal dari Muar, Johor itu ber tugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan tempatan.

Pasangan ini dijadual bernikah malam esok (Sabtu) 7 Julai 2012 selepas Isyak dalam satu majlis sederhana di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor.

Hanya mengundang ahli keluarga terdekat, sanak-saudara serta sahabat karib kedua-dua belah pihak, Ella lebih inginkan unsur kesederhanaan untuk majlis pernikahannya itu.

Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini akan mengenakan busana berwarna putih sentuhan pereka fesyen terkenal, Syaiful Bahrim. Abang kandungnya, Mohd Norizam Aminuddin sendiri akan menjadi wali kepada Ella.

“Semuanya sederhana dan memang kami berdua sepakat untuk melaksanakan mana yang wajib dulu. Majlis persandingan pula akan kami lakukan pada 1 Disember nanti di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

“Saya sebenarnya sangat menghormati permintaan keluarga bakal suami saya yang tidak mahu majlis ini menjadi terlalu gah memandangkan mereka memang orangnya bersederhana.

“Terus terang saya sangat bersyukur dengan ketentuan takdir yang tersurat buat diri saya tapi saya tak nafikan saya begitu gementar menempuh saat menjadi seorang isteri.

“Alhamdulillah saya dikelilingi mereka yang begitu menyayangi saya terutama Azhar yang begitu memahami dan tidak henti menyokong karier saya selama ini. Saya gembira kerana kami akhirnya sampai ke satu fasa penting dalam hidup kami.

“Azhar sebenarnya memberikan perspektif yang berbeza dalam hidup saya. Dia bukan sekadar menghormati saya dan keluarga saya. Sepanjang mengenalinya, sejak sembilan tahun lalu dan seterusnya menjadi lebih akrab sejak tiga tahun kebelakangan ini, saya boleh sifatkan Azhar sebagai lelaki yang sangat matang.

“Saya yakin dan percaya yang Azhar mampu membimbing saya dalam perkahwinan ini, insya-Allah,” ujar Ella.

Azhar dan keluarganya datang merisik Ella pada 17 Jun lalu sebelum mereka bersetuju menetapkan tarikh pernikahan itu. Pada hari perkahwinan, mempelai perempuan akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

“Saya bersyukur dan tentunya sangat gembira kerana akhirnya kami akan disatukan. Ella sangat istimewa buat diri saya. Apa yang penting, saya selalu berdoa agar kebahagiaan kami akan berkekalan sampai ke akhir hayat,” katanya. 



Sumber

Wednesday, July 4, 2012

Video Khairul Fahmi (Apek) Berlakon Jadi Guard Nepal


Kenapa ni, Apek? Terkejut nampak?
Kejar, jangan tak kejar....

Dah beberapa hari kecoh di mana-mana laman sosial, cam kat facebook, blog dan lain-lain, pasal Kharul Fahmi Che Mat a.k.a Apek, penjaga gol kebangsaan skuad Harimau Malaya kita ni, berlakon jadi 'security guard' berbangsa Nepal... video ni kat Youtube k.... Selamat menonton... 



Tuesday, July 3, 2012

Baru Berusia 10 Tahun Sudah Jadi Designer Terkenal Di Dunia


FAKTOR usia tidak mesti dijadikan batasan untuk berkarya. Hal itu dibuktikan oleh designer muda berasal Amerika Syarikat, Cecilia Cassini.

”Aku adalah designer termuda di Amerika,” cetus gadis kecil yang baru berusia 10 tahun itu .

Minat Cecilia di bidang fesyen telah terlihat sejak usianya jauh lebih muda. Ketika itu,  neneknya memberikan hadiah sebuah mesin jahit pada ulang tahunnya yang ke enam. Sejak itulah gadis penuh bakat ini tidak berhenti menjahit dan menciptakan design pakaiannya sendiri.

”Aku tahu aku ingin menjadi seorang desainer begitu aku dilahirkan,” ujarnya


Cecilia pun rajin mengikuti banyak kursus menjahit guna mengasah kemampuannya. Sudah tidak terhitung lagi jumlah jarum mesin jahit yang patah olehnya selama belajar menjahit.

Satu hal yang pasti, design muda berasal Encino, California, ini  tahu benar pakaian seperti apa yang diimpikan oleh banyak gadis kecil lain seusia dirinya. Ornamen mengilap, manik-manik, pita terang, saku kecil yang manis, serta tekstur menarik menjadi ciri khas busana yang didesign olehnya.


Dalam mereka busana, Cecilia mendapatkan inspirasi dari banyak orang dan sumber seperti majalah fesyen. Akan tetapi, sering kali ia mendengarkan suara hati dan mengikuti imaginasinya sendiri.


Meskipun tidak memiliki hubungan keluarga dengan designer terkenal Amerika di abad ke-20 Oleg Cassini, Cecilia memiliki cukup karisma untuk membuat namanya dikenal publik. Ketika ini, dia diwakili oleh bekas manajer Kim Kardashian, teman ibunya, yang membantu meluncurkan lini fesyennya dan menghubungkannya dengan butik anak-anak di London, Tough Cookie’s, yang menjual  rekaanya.



Sumber