Tuesday, January 31, 2012

Gempar!! Kepala Khinzir Dijumpai Di Pintu Masjid


Gempar! Siapa la punya angkara ni. Kecoh satu kampung apabila satu  kepala khinzir ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di batu 18 Rawang Selangor. Dan terang2 hal ini boleh  menyinggung sensitiviti agama. 

Tak tau la apa motif nya....Mgkin diorang x tau nak buang kepala tu kat mana agaknya lepas makan. Kurang ajar sungguh...


Untuk maklumat lanjut sila ke sini Malaysiakini




                                      Apa Kata Anda?

8 Pemain Bintang Bola Sepak Bertaraf Lagenda Akan Bermain Di Liga India

Ketua pasukan piala dunia Itali, Fabio Cannavaro melangkah keluar dari persaraan untuk membuat kemunculan semula di India.
Khabarnya, Fabio Cannavaro serta nama-nama terkenal yang lain termasuk Robbie Fowler dan John Barnes, (England) Robert Pires (Perancis), Hernan Crespo dan Juan Pablo Sorin (Argentina), Fernando Morientes (Sepanyol),dan Jay Jay Okocha (Nigeria) semua bersedia untuk menjadi sebahagian daripada pemain liga bola sepak India yang baru.


P/S- Sebelum ni ramai yang pergi ke liga arab kan.....

                                      Apa Kata Anda?

Monday, January 30, 2012

10 Sebab Kenapa Bush Sentiasa Diingati Oleh Orang Amerika

Selepas En Bush pencen, En Obama telah mengambil alih tempat beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat. Tetapi.... terdapat juga sebilangan rakyat Amerika dan peminat merindui En Bush. Nak tau kenapa?..tgk video dibawah ni...


Keputusan!! Awan Nano dan Hafiz Af Menjuarai AJL kali ke 26



Akhirnya juara AJL ke 26 ini sudah diketahui ramai...Lagu Awan Nano yang dinyanyikan oleh Hafiz Af . Lagu ini diilhamkan oleh M.Nasir. Tahniah buat pemenang... yang x menang bukan sebab lagu anda x bagus, cuma lagu yang menang bagus sedikit dari lagu anda... kan2...apa pun cuba lagi di masa hadapan. Berikut adalah keputusannya:- 


KEPUTUSAN ANUGERAH JUARA LAGU KE 26




JUARA LAGU - AWAN NANO

NAIB JUARA - BERIBU SESALAN

TEMPAT KETIGA - KARMA

 VOKAL TERBAIK - HAFIZ / AWAN NANO

PERSEMBAHAN TERBAIK - ALYA / KISAH HATI




Persembahan juara Hafiz Awan Nano


Apa pendapat korang?-

Sunday, January 29, 2012

Bangang!! Video Seks Anwar Dengan Maknyah Kantoi Juga

VIDEO seks yang dilakonkan oleh Anwar bersama dua orang maknyah Thailand, kononnya akan didedahkan oleh Dato T untuk dijadikan alat meraih sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional sempena Pilihanraya ke 13.


Video seks itu kononnya dirakam ketika lawatan Anwar ke Thailand pada 12 dan 13 Jan 2011 yang lalu.


Dalam Utusan Malaysia, salah seorang Dato T, iaitu bekas bendahari Perkasa, Shuib Lazim mencabar Anwar mendedahkan di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Jan tahun lepas.


Kononnya pada tarikh itu Anwar berada di Thailand melakukan hubungan seks dengan dua orang Mak Nyah Thailand. Maka tujuan mereka bertanya soalan itu kerana mahu membuktikan pada waktu itu Anwar tiada di Malaysia [maknyah Thailand].




Malangnya, belum sempat video jijik itu didedahkan, kebodohan video tersebut awal-awal lagi sudah terbongkar. Ini kerana pada 13 Jan 2011 Anwar berada di Ibu Pejabat Parti Islam se Malaysia, PAS.


Lihat laporan berita di bawah ini. Laporan bertarikh 13 Jan 2011, wartawan melaporkan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja mempengerusikan mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PAS.



Lihat juga kenyataan "dekat sini, hari ini". Ini bermakna wartawan tersebut berada di tempat kejadian mendengar kenyataan Anwar pada tarikh tersebut (Harakahdaily).-Sumber 


K/s- Kantoi lagi......


Rumah Berharga Berbilion Euro

Seorang penganggur warga Ireland mendapat idea baru dan lebih kreatif untuk membina rumahnya dari carikan wang kertas bernilai 1.4 bilion euro (RM5.6 bilion) yang dipinjam dari kilang pencetak wang kebangsaan di negara itu.




Frank Buckley mendakwa dia mengambil masa selama empat tahun untuk menyiapkan apartmen kecil di lobi sebuah bangunan pejabat di Dublin dengan hanya menggunakan carikan wang kertas dalam bentuk batu-bata.


“Siapa sangka dinding dan lantai rumah kecil ini bernilai berbilion euro. Saya mahu mencipta sesuatu yang berbeza dan unik,” menurutnya.


Buckley kini sedang menyiapkan projek menambah bahagian dapur untuk melengkapkan apartmen ‘mewahnya’..


Dalam satu kenyataan, dia turut berharap masalah krisis hutang Eropah dapat diselesaikan, tetapi jika gagal Buckley berhasrat menggunakan carikan wang kertas tersebut untuk projek baru pada masa akan datang.


Keputusan Penuh PPMH 2011/2012



Keputusan penuh PPMH 2011/2012 bagi setiap kategori:




1. Anugerah Ikon - Datuk Siti Nurhaliza


2. Anugerah Harapan - Yuna


3. Anugerah Selebriti Favourite - Shahizey Sam


4. Anugerah Selebriti Cekal - Abby Abadi


5. Anugerah Duda Hot - Yusry KRU


6. Anugerah Janda Hot - Nora Danish


7. Anugerah Selebriti Kacak - Aaron Aziz


8. Anugerah Selebriti Jelita - Rozita Che Wan


9. Anugerah Hot Papa - Aaron Aziz


10. Anugerah Hot Mama - Ziana Zain


11. Anugerah Selebriti Stylo - Stacy


12. Anugerah Rambut Menawan (Lelaki) - Gambit Saifullah


13. Anugerah Rambut Menawan (Wanita) - Fouziah Ghous


14. Anugerah Kulit Cantik (Lelaki) - Dafi


15. Anugerah Kulit Cantik (Wanita) - Erra Fazira


16. Anugerah Seksi (Lelaki) - Norman Hakim


Saturday, January 28, 2012

Dia Cakap 40 Minit, Saya 20 Minit Sudah - Anwar

KUALA LUMPUR, 28 Jan: "Dia boleh cakap 20 minit, saya 10 minit. Dia balas 20 minit dan saya jawab 10 minit."


Itulah cadangan yang dikemukakan Datuk Sri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak dalam cadangan debat antara mereka.Namun sehingga kini Najib tidak memberikan sebarang kesanggupan untuk debat ini.


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan pula berkata, ia tidak perlu diadakan kerana ia budaya barat yang belum boleh diterima masyarakat negara ini.
Sebelum ini, badan penyelidikan, Merdeka Centre mencadangkan agar kedua-dua mereka berdebat.


Anwar Ibrahim mengalu-alukan idea berdebat dengan  Najib sebagaimana disarankan oleh Merdeka Center berdasarkan penemuannya baru-baru ini.


Sehubungan itu kata Anwar, debat yang disyorkan wajar bagi menjawab persoalan-persoalan  yang ditimbulkan terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).


“Masing-masing buat tuduhan, kita tuduh Barisan Nasional rasuah dan gagal tadbir negara, BN tuduh kita tidak tahu urus ekonomi, tuduh Anwar jadi alat DAP, masing-masing ada pendekatan dan kita cadang debat.


“Apa yang kita sebut, kita pertahankan, itu sebabnya kita perlu debat. Insya-Allah kita menang dan dapat tawan Putrajaya,” kata beliau pada Program Mesra Rakyat Bersama Penasihat Ekonomi Selangor di Stadium Sabak Bernam di sini baru-baru ini.


Hari ini, Anwar memberikan syarat dan cadangan yang cukup berat sebelah untuk Najib iaitu tempoh masa bercakap yang lebih untuk Najib. Cadangan itu dikemukakan Anwar melalui twitternya hari ini.


Sikap Najib enggan berdebat ini dibidas oleh Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.


"Ini menampakkan betapa purbanya cara berfikir kepimpinan parti ini dan betapa gentarnya UMNO untuk berbicara secara bersemuka mengenai hak rakyat," katanya.-Sumber



Gempar!! Scandal Seks Terbaru Anwar Bakal Didedahkan

Nampaknya kali ni makyah pula. Orang yang bertanggungjawab hendak mendedahkan scandal video ni ialah Datuk T dan Blogger Umno. Mengikut Maklumat yang diperolehi daripada salah seorang blogger Umno, mendakwa kononnya Anwar Ibrahim di dalam rakaman video seks kali ini melakukannya dengan dua orang bapok siam atau Maknyah di Thailand.


Adengan video ini lebih panjang, namun blogger Umno tersebut mendakwa babak terakhir video ini terpaksa dipotong kerana memaparkan adengan luar tabii yang jauh lebih "dahsyat" katanya.


Menjawab soalan kenapa babak terakhir itu dipotong, blogger itu menjawab ia adengan luar jangkaan kerana memaparkan Anwar Ibrahim pula diliwat secara bergilir-gilir oleh maknyah Thailand yang dibedalnya sebelum itu.


Jika disiarkan juga, blogger itu berkata ia akan menjadi video "tak logik" namun dia bersungguh-sungguh berkata bahawa video ini tulen kerana rupa, suara dan lain-lain sangat menyamai Anwar Ibrahim. Perut juga tidak kantoi boroi seperti video sebelum ini.- Sumber


K/s- Terus terang Gua cakap.. statement ni makan diri mereka sendiri. boleh lak diorang cakap' Perut juga tidak kantoi boroi seperti video sebelum ni' apa maksudnya?...sudah jelas scandal video yang lalu bukan anwar. Sudah2 la korang nak memfitnah anwar. buat la kerja yang lebih berfaedah ckit. Dah la scandal video sex dengan amoi sebelum ni x berjaya.


Friday, January 27, 2012

Benarkah Lelaki Suara Garau Kurang Subur?

Patutlah ketika mengadap teh tarik pagi itu, kawan baik saya, Li Itik bukan main gembira lagi. Suaranya yang seperti bunyi itik serati waktu pagi, berkeriau bercerita itu ini.

Sambil bercerita, dia menunjuk-nunjuk laporan dalam surat khabar, bahawa lelaki bersuara halus benihnya lebih subur berbanding lelaki bersuara garau. Patutlah Li Itik seronok dan bangga sangat nampaknya.

Ini kerana dilaporkan dalam surat khabar hari itu, kajian sekumpulan pakar di sebuah universiti di Australia mendapati lelaki yang bersuara garau memiliki sperma yang kurang subur.

Sebaliknya, mereka yang bersuara halus seperti Li Itik, benihnya lebih sihat malah lebih handal untuk berenang sama ada gaya bebas ataupun kuak lentang menuju garisan penamat.

Laporan ini sekali gus membunuh rasa syok sendiri majoriti lelaki bersuara garau - termasuk saya - yang selama ini mati-mati menyangka suara kami sudah cukup maskulin dan memenuhi ciri-ciri kejantanan sejati.

Malah wanita juga diyakini lebih menyukai lelaki bersuara garau berbanding suara yang boleh membuat mereka keliru dengan bunyi itik serati seperti kawan saya itu.

Tetapi apa yang didedahkan kajian dari Australia itu adalah sebaliknya. Mereka yang bersuara halus sebenarnya lebih bertuah. Orang seperti Li Itik sudah tentu akan mempercayai seratus peratus tanpa sedikit pun keraguan pada kebenaran laporan itu.

Namun jika sebaliknya ditanya kepada para jantan bersuara garau, sudah tentu 1,001 alasan diberi untuk menafikannya. Walau apa pun, dengan hanya Li Itik sendiri sebagai petunjuk, saya sendiri cenderung untuk mempercayai laporan itu benar.

Masakan tidak, dalam usia baru menjangkau 34 tahun, anaknya sudah enam - bilangan anak yang banyak bagi orang sekarang. Malah dia juga ada sepasang kembar. Malah saya percaya potensi untuk Li Itik menambah anak - apabila memikir hal ini, saya terbayang melihat itik yang berjalan sederet di batas bendang pada waktu petang - masih teramat cerah.

Jadi, mungkin benarlah kajian itu bahawa lelaki bersuara halus, benihnya subur. Sebab apa subur? Menurut laporan itu lagi, suara garau, bentuk badan yang berciri maskulin, tingkah laku yang dominan dan banyaknya bulu di badan, ada kaitan dengan kandungan tinggi hormon testosteron.

Lalu apabila hormon testosteron berada pada tahap kandungan yang tinggi, ia mengganggu penghasilan sperma. Maka, terjejaslah kesuburan seseorang lelaki.

Jadi, pilihlah... mahu suara yang garau atau benih yang subur? Saya tiba-tiba teringat, seorang Tan Sri pernah bercerita kepada saya mengenai kawannya yang punya anak ramai.

Apabila ditanya bagaimana dia boleh ada anak yang begitu ramai, kata kawan Tan Sri itu, puncanya kerana benih yang subur.

“Kerana terlalu subur kata dia, isterinya boleh mengandung hanya dengan dia campak seluarnya ke atas kelambu isterinya,” kata Tan Sri itu sambil ketawa. Seorang kawan saya pula, Adam namanya, bekerja sebagai pemandu peribadi kepada seorang tokoh korporat.

Di tempat tinggalnya di pinggir bandar Petaling Jaya, dia aktif sebagai anggota Rela. Dalam usia menjelang 40, anaknya sudah sembilan. Kerana kerja dan juga aktiviti Relanya, Adam memang jarang-jarang berada di rumah.

Kerana itu, ramai orang hairan bagaimana dia boleh punya anak yang begitu ramai.

“Petuanya senang saja,” kata Adam. “Di rumah, guna kipas meja... bukan kipas siling atau kipas yang ada tiang panjang. Kipas itu pula, letak di hujung kaki isteri semasa dia tidur dan pasangkan nombor tiga selalu. Tak kiralah pukul berapa pun aku balik ....,” katanya sambil terkekeh-kekeh ketawa hingga terhinggut-hinggut perut besarnya.- Sumber

Lynas Mahu Buang Sisa Radioaktif Di Pulau

Syarikat Australia - Lynas Corporation - yang bercadang membuka loji penapisan bahan nadir bumi di Gebeng, dekat Kuantan tidak lama lagi, mahu sisa pepejal radioaktif dari kilang itu dibuang di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Pahang.


Alternatifnya, sisa tersebut mungkin dilupuskan di kawasan di mana tidak terdapat pembangunan, kata Kuantan MP Fuziah Salleh, yang berkempen menentang projek loji nadir bumi itu. Cadangan tersebut terkandung dalam pelan pengurusan sisa Lynas yang dibuka untuk tatapan umum sehingga semalam, kata Fuziah Salleh, yang juga naib presiden PKR.


"Mereka berkata mereka belum mengenal pasti lokasi untuk Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF), tetapi mereka sedang mempertimbangkan beberapa pilihan.



"Salah satu pilihan itu ialah sebuah pulau di luar pantai Pahang yang tidak berpenghuni, "katanya ketika dihubungi. PDF adalah bertujuan untuk aliran sisa pepejal loji, yang diklasifikasikan sebagai sisa radioaktif.


Dua lagi aliran sisa juga mengandungi bahan radioaktif, tetapi tidak diklasifikasikan sebagai radioaktif dan Lynas bercadang untuk mengitarkannya semula dan mengkomersilkannya.


Bagaimanapun, Fuziah berkata, lokasi pulau tersebut belum ditentukan kerana idea itu "masih dalam pertimbangan". Bagi menyuarakan tentangannya terhadap itu, semalam Fauziah menyerahkan penghujahan bertulis kepada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) di Kuantan.


"Ini tidak harus dibenarkan kerana bahan dari PDF boleh meluluhkan ke dalam laut," demikian menurut penghujahan itu. - Sumber



K/s- Sama jer buang kat pulau pun, x ke bahan radioaktif tu akan mengalir atau meresap ke laut... x pasal2 cacat pulak ikan di laut nanti...pastu kita makan ikan tu..Gua x setuju langsung cadangan nih...

Stephen Chow Playboy?


Penampilan dan usia bukannya menjadi penghalang bagi pelakon filem Hong Kong Stephen Chow untuk menjadi playboy.  Sudah berusia 49 tahun,  Stephen Chow  masih di gilai dan diimpikan oleh sebilangan anak-anak gadis HongKong.


Stephen Chow telah memilih model bikini yang  sedang meningkat naik dan popular  di Hong Kong, Kama Lo, yang baru berusia 21 tahun. Baru-baru ini kelihatan Chow  dan Kama Lo menikmati percutian romantis di Jepun.



Guru Rogol Murid Mendapat Padah

KOTA BHARU – Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol dan mencabul anak muridnya sendiri.


Padahnya, guru terbabit dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


Yek Hock Soon, 29, didapati bersalah pada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan, antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009.


Dia juga disabitkan bersalah pada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama.


Lebih kejam, kedua-dua kes tersebut dilakukan di tempat guru terbabit mengajar di makmal sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh.


Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan guru bahasa Cina dan Sains itu. Rofiah dalam keputusannya berkata, pencegahan untuk membendung jenayah seperti ini adalah sangat penting.


Hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Selepas menimbang kesemua hujah, dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebat untuk kesalahan pertama. Pada kesalahan kedua, tiga tahun penjara dan dua sebatan. Kedua-dua hukuman berjalan berasingan, katanya.


Peguam bela, Rosmizan Sulaiman bagaimanapun memohon penangguhan hukuman untuk anak guamnya itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.


Selepas dipertimbangkan, Rofiah membenarkan dengan syarat jaminan tertuduh RM7,000 sebelum ini dinaikkan kepada RM12,000 dengan seorang penjamin.


“Kamu juga perlu melaporkan diri di balai polis setiap bulan selain pasport diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya. - Sumber


K/s-Harapkan pagar pagar makan rumput....

Ibu Muda Update Status Facebook Sebelum Bunuh Diri

Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook. Berasal dari Michigan, Cynthia Lee, 23, bergambar bersama rakannya yang memegang sabit dalam gambar sempena Halloween. Mereka digambarkan berlumuran darah dalam gambar berkenaan.




Kata Cynthia, kesedihan akibat kematian ibunya terlalu berat untuk ditanggung. Dia menamatkan nota bunuh diri itu dengan berkata: “Mak, saya datang.” Ibu Cynthia mati pada 2007 ketika baru berusia 35 tahun. Cynthia juga dikatakan tertekan apabila teman lelakinya, Ryan Jason Hardwick, ditangkap pihak berkuasa baru-baru ini.




Sementara itu, polis berkata, Cynthia menembak dirinya sejurus selepas mengemas kini statusnya dalam Facebook di rumah datuknya, ketika ahli keluarganya ada di situ.- SUMBER

Lagu yang Manakah Akan Menjulang Trofi Juara Lagu (AJL26)

Korang rasa lagu manakah yang akan menjulang trofi 
AJL ke 26 ?

     Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet)

                                                           
                                                               Karma (Faizal Tahir)

                                                         
                                                      Penakut (Yuna)


                                                      Sedetik Lebih (Jaclyn Victor)


                                                                  Awan Nano (Hafiz)


                                               Cinta Muka Buku (Najwa Latif)

                                               
                            Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol)


                                                  Beribu Sesalan (Tiga Suara)


                                       Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

                                                                 
                                                                 Sungai Lui (Aizat)


                                                             Kisah Hati (Alyah)

                                                           
                                               Gadis Semasa (Yuna)



GAMBAR DARI SUMBER GOOGLE



Thursday, January 26, 2012

Jom Boikot Semua Barang Keluaran Israel!!!

Kempen Boikot Israel Jahanam 2012



A-Bangla Dicekup Khalwat Dengan Isteri Orang

AMPANG - Berperwatakan menarik, hidung pula mancung bak pelakon ternama Bollywood! Mungkin itulah persona dimiliki seorang lelaki warga Bangladesh sehingga membuatkan wanita tidak keruan. Berbekalkan kelebihan yang ada, daya penarik itulah digunakan untuk memikat kaum hawa tanpa mengira status mangsa sama ada bujang atau isteri orang.



Malangnya, hubungan terlarang pastinya tidak berpanjangan dan itulah yang berlaku kepada pasangan kekasih di sebuah hotel bajet di sini, awal pagi semalam. Hubungan intim seorang wanita warga Indonesia berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas dicekup penguat kuasa agama.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.


Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu rumah itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai rumah majikan wanita berkenaan.


“Difahamkan wanita yang mempunyai empat anak itu lari daripada majikannya, manakala suaminya tinggal di Indonesia bersama anak mereka,” katanya.


Di hotel berasingan, seorang ahli perniagaan dicekup bersama seorang pelajar yang menuntut di salah sebuah kolej di Ipoh, Perak. Ahmad Nawi berkata, duda berusia 42 tahun bersama wanita yang berusia 28 tahun itu berpakaian lengkap ketika ditahan.


Kedua-dua pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh di denda sebanyak RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.- Sumber

NFC Ada Kelemahan Tapi Bukan 'Kucar-Kacir' Kata Audit Negara

SHAH ALAM - Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia "kucar kacir atau pun ada penyelewengan."


Justeru menurut Tan Sri Ambrin Buang,  perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara ialah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat.


Menurut beliau, NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.


Isu NFC muncul kontroversi selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan pada akhir Oktober lalu.


"Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar," kata beliau dalam satu kenyataan.


Sejumlah wang itu melibatkan peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian.


"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir 2010 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," katanya lagi.


Menurut beliau, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir 2010, sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.


"Pinjaman mudah juga telah diluluskan kepada NFCorp yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.


"Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," katanya.


Ambrin menambah, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.


"Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.


Katanya, berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini.


Selain itu, perbincangan menerusi 'Exit Conference' telah dibuat dengan wakil-wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek NFc sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke
dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.


Tegas beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya.


"Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran NFC iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.


"Jika dibaca keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan," katanya.


Juster itu katanya, pada pendapat Jabatan Audit Negara, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.


"Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan NFC sehingga satu kajian viabiliti dan model perniagaan dijalankan bagi projek ini?," katanya sambil menambah, perkara itu ada dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.


"Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini," katanya lagi.- Sumber 




K/s- Audit nak bakup pulak si NFC nih...Cerita je la hal sebenar, x payah simpan2...Goyang ke hapa

Semakan Keputusan STAM 2011


Mulai hari ini, keputusan STAM akan diumumkan.Keputusan ini hannya boleh mula disemak di sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi nanti. Bagi mereka yang mempunyai masalah atau kesulitan untuk ke sekolah, boleh juga membuat semakan keputusan melalui SMS.

Cara2nya :

Taip STAM (Angka Giliran) hantar ke 15888

Contoh: STAM AQ0098N005 dan hantar ke 15888.

Tahniah!! kepada semua calon, di harapkan akan mendapat keputusan yang cemerlang...:)

Wednesday, January 25, 2012

Cardiff City Mara Ke Final Piala Carling 2012

Cardiff city mara ke perlawanan akhir Piala Carling 2012 dengan kemenangan 3-1 setelah menewaskan Crystal Palace dalam penentuan sepakan penalti setelah terikat dengan agreget 1-1. Pada saingan separuh akhir pertama, Cardiff menang ke atas Palace 1-0.. 


Tom Heaton telah menjadi wira Cardiff city kerana telah menyelamatkan dua sepakan penalty. Selepas ini mereka akan berdepan sama ada Liverpool atau Manchester City di Final. 

Umur 20 Tahun Sudah Boleh Daftar Undi?

DAFTAR UNDI PADA USIA 20 TAHUN Jawatankuasa Penyelaras Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Mas sokong cadangan pendaftaran pengundi baru bermula usia 20 tahun.




Pengarah Penyelaras Dun berkenaan, Datuk Wan Abdul Ghani Wan Yusoff berkata, cadangan itu sebagai perubahan besar senario politik tanah air. Golongan muda boleh mengundi sebaik berusia 21 tahun dan beri peluang mereka memilih parti yang dikira layak mentadbir negara.

“Selama ini mereka terpaksa menunggu usia 21 tahun untuk layak menjadi pengundi, malah mereka tidak terus menjadi pengundi kerana menunggu enam bulan sebelum nama mereka diwartakan dalam senarai pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya.

Sistem itu katanya, merugikan kerana golongan muda ramai yang hanya menjadi ‘penonton’. Beliau mengulas cadangan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang sedang diteliti Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC).


"Dengan terlaksana cadangan itu, ia perubahan positif sistem mengundi dan memilih bagi rakyat negara ini khususnya, golongan muda,” katanya.- Sumber 

Khinzir Bermata Satu

Apekebenda nih?...ini la khinzir.. Mengikut maklumat awal yang diperolehi...Khinzir2 yang bermata satu dan dua hidung ini dilahirkan di Changtai County, Fuijan Province, China.






Angin?




Lelaki ini ditiup angin atau mabuk? ...Korang rasa?.hahaa...Nasib baik x kene langgar dek kete yang lalu lalang tu...Sebenarnya lelaki ni terlebih minum wain bukannya ditiup angin yer...kelakar seh....

Kasut Croc Yang Real Punya

Sumber Asal Di Sini http://jonathanlevinegallery.com.










Macammana?..Ada Real x? Hehee

Lembu Nak Jaga (Moves Like Jagger Parody)



Lirik

Inilah hidup
Ku di kampung
Hatiku murung
Ku di kongkong
Tiap hari ku, ku kata okay
Tapi dah takdir

Isteri ku control
Ku tak tahan
Asyik kena troll
Kena bahan
Badan berpeluh
Ego ku teguh
Ku takkan runtuh

And it goes like this

Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau bangun lambat
Suka hati
Aku merempat
Kau nak maki
Aku tak tahan
Dengan kau perempuan
Gila meghoyan

Sudah lah Senah
Ku dah penat
Ku balik rumah
Ku nak rehat
Jangan kau angin
Baik kau salin
Aku nak main

And it goes like this

Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Aku mahu
Hidupku senang
Gelang baru
Kilat gila baq hang (habaq hang)
Itulah ganjaran
Ku pasti tak tahan
Gerenti senyuman

Hai bang Samad
Kau dengar sini
Kau nak p*nt*t
Kau dengar cakap bini
Itulah ganjaran
Kau pasti tak tahan
Gerenti senyuman

Hari-hari kau
Nak paksa
Tak ingat ke kau
Yang ku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Kau pushy sangat kenapa
Kau kena ingat aku ada
Lembu nak jaga.
I got lembu nak jaga.
I got lembu moo moo moo nak jaga

Ibrahimovic Dinobatkan Pemain Terbaik Liga Seria A 2011


Pemenang Oscar del Calcio 2011 :

Pemain Terbaik
Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Pemain Warga Asing Terbaik
Zlatan Ibrahimovic (AC Milan)

Jurulatih Terbaik 
Massimiliano Allegri (AC Milan)

Penjaga Gol Terbaik
Samir Handanovic (Udinese)

Pemain Pertahanan Terbaik
Thiago Silva (AC Milan)

Pengadil Terbaik
Nicola Rizzoli

Anugerah Kritik Istimewa
Fabio Capello

Pemain Terbaik Sepanjang Zaman
Fabio Cannavaro, Alessandro Del Piero

Kelab Terbaik
Udinese

Markah Terbanyak 
AC Milan (80)

Penjaring Gol Terbanyak
Edinson Cavani (28)

Kesebelasan Terbaik 2011
Handanovic, Maggio, Thiago Silva, Nesta/Ranocchia, Armero, Hamsik, Boateng, Motta/Marchisio, Ibrahimovic, Cavani, Di Natale.

Tuesday, January 24, 2012

Video!! Aksi Terlampau Pegawai Kastam Tersebar

Benarkah pelakon porno yang telah kantoi ini seorang Pegawai Tertinggi Kastam yang ada kaitan dengan kematian Ahmad Sarbani Mohamed.? Video seks ini dirakam pada 31 Mac 2011 manakala kematian Sarbani pada bulan April....Video ini telah dirakamkan menggunakan CCTV. Sama2 kita tunggu pendedahannya..


Sumber  KLIK SINI

Sunday, January 22, 2012

Antara Iklan Komersil Yang Telah Di Haramkan

 Iklan ini telah diharamkan oleh kerana faktor2 yang tertentu, dan kita cuma boleh menoonton melalui media  internet seperti 
You Tube.

Video!! Kekecohan Di Stadium Paroi Negeri Sembilan

Kejadian ni berlaku semasa Negeri Sembilan bertemu Felda United pada 21.1.2012 di stadium paroi  untuk satu perlawanan Liga Super 2012 , Kejadian ini melibatkan penonton dengan pemain bola. Saksikanlah sendiri ....




Info!! 10 Perkara Yahudi Tak Nak Kita Tahu!!!





Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom kita dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.


2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.


3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.


4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!



5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.


6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?


8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi


9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.


10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Klik "SHARE" dan sebarkan pada Muslim yang lain!

Terbaik Dari Ping Busuk