Thursday, May 31, 2012

Tomok Kini Sudah Mendapat Gelaran Bapa

Tahniah kepada Tomok kerana sah bergelar bapa apabila isterinya, Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira ini telah diumumkan menerusi laman sosial twitter miliknya. Ayu atau nama sebenarnya, Siti Rahayu Abbas telah selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 6.30 petang baru-baru ini dengan berat 3.33 kg.


Video Ibu Tampar Dan Sepak Anak Yang Berusia 4 Tahun



Kanak-kanak malang itu disepak di pinggang sebelum ditampar di muka. Wanita kejam itu terus memukul anaknya walaupun anakya menangis. Perbuatannya itu hanya berhenti apabila seorang lelaki yang berada di kawasan itu menghalang perbuatan wanita itu. Wanita tersebut berbuat demikian untuk mendisiplinkan anaknya.


Gambar Membonceng Basikal Halimunan Di Kota


Siri manipulasi gambar di bawah dihasilkan oleh oleh Zhao Huasen. Ini merupakan satu karya manipulasi gambar yang kreatif dan hebat!






Pelik!! Anak Kucing Berjari Banyak





Berkhatan Dari Pandangan Sudut Islam



Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya. 

Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan.

Hukuman Yang Paling Sadis Di Dunia


Kekejaman terhadap penjahat yang dilakukan awam di China selama masa Dinasti Qing atau dikenali sebagai Dinasti Manchu (1644-1912). Tidak diketahui dengan tepat bila foto itu dibuat dan di mana lokasinya dan inilah hukuman terberat bagi penjahat. Pada tajuk foto dituliskan “Kematian Kerana Ribuan Potongan”. Hukuman ini diberi nama LING CHI iaitu dijatuhkan dengan cara dipotong satu persatu organ tubuh, agar si pesalah mati dalam penderitaan.

Biasanya pelaksanaan hukuman berlangsung selama 3 hari. Namun selalunya dalam beberapa jam si pesalah sudah mati. Seseorang hanya dijatuhkan hukuman ini jika dia melakukan kejahatan yang amat besar. Contoh untuk kes diatas adalah foto tersebut diambil ketika hukuman keatas seorang pembunuh keluarga diraja.


Sumber

Video Diserang Ikan Jerung

Henri Bource merupakan seorang penyelam skuba amatur. Semasa sedang merakam aksi anjing laut di perairan Pulau Lady Julia Percy, Australia, tiba2 sekor jerung datang dan meragut kakinya. Pada waktu tu, walaupun dia cuba nak meraba mata jerung dan memasukkan tangannya ke insang jerung, namun apakan daya, jerung tu memang kuat kan.



Insiden ni perkara pada tahun 1964. Sempat plak diorg rakam kan. Bagus jugak la. Leh jadi bukti, dan jugak kenang-kenangan.  Member2 dia sedar, bila terdengar dia menjerit pastu tengok kaki kiri dia dah pon terapung kat permukaan lautan. Apa lagi, semua pakat dok gelabah la, pastu diorg terus naikkan  Henri. Naseb Henri baik apabila member2 dia sempat bagi rawatan kecemasan kat dia.

Di laporkan beberapa tahun pastu, dia kembali menyelam skuba ngan sirip itik dipakai di kaki sebelah kirinya.



Video Polis Tersalah Bogelkan Perempuan


Menurut laporan berita dari video tersebut, polis telah dikatakan tersilap menangkap suspek yang sepatutnya.
Kemudian polis telah melakukan 'strip search' terhadap beliau di dalam penjara dengan kehadiran polis lelaki.

Pihak polis juga didakwa meninggalkan mangsa dalam keadaan bogel dan kesejukan selama 6 jam di dalam penjara.Pihak polis telah menafikan segala pertuduhan, namun video yang ditunjukkan menyangkan aksi sebaliknya.


Stadium Yang Bakal Digunakan Untuk Piala Dunia 2022 Di Qatar


Qatar menjadi negara Arab pertama yang menganjurkan acara ini. Seperti biasa, Qatar memang terkenal dengan rekabentuk bangunan yang futuristik pada masa ini dan mari lihat stadium-stadium bolasepak pada masa hadapan!

Doha Port Stadium in Doha. To be built. Expected capacity: 44,950.
Umm Slal Stadium in Umm Slal. To be built. Expected capacity 45,120.

Al-Khor Stadium in Al-Khor. To be built. Expected capacity: 45,330.

Education City Stadium in Al-Rayyan. To be built. Expected capacity 45,350.

Lusail Iconic Stadium in Al-Daayen. To be built. expected capacity 86,250.

Sports City Stadium in Doha. To be built. Expected capacity 47,560.

Qatar University Stadium in Doha. To be built. Expected capacity 43,520.

Al-Gharrafa Stadium in Al-Rayyan. Major renovation. Expected capacity: 44,740.

Al-Rayyan Stadium in Al-Rayyan. Major renovation. Expected capacity 44,740.

Al-Shamal Stadium in Al-Shamal. To be built. Expected capacity: 45,120.

Al-Wakrah Stadium in Al-Wakrah. To be built. Expected capacity 45,120.

Khalifa International Satdium in Al-Rayyan. Major renovation. Expected capacity 68,030.

Sumber

Monday, May 28, 2012

Kejam!! Rejim Bashar Sembelih 55 Kanak Kanak Dalam Penyembelihan Haulah


Rejim Bashar mengganas lagi kali ini dengan menyerang perkampungan Haulah dan menyembelih 114 orang awam termasuk 55 kanak kanak! Paling tragis, kanak kanak itu disembelih setelah tangan mereka diikat. Berikutan kejadian kejam itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar. Menurut Harian Metro Onlinepenyembelihan Haulah diadakan kerana Rejim Basharberang dengan kematian pembesar mereka.


Penyembelihan Haulah: Rejim Basyar yang semakin tertekan dengan kematian pembesar mereka ‘mengamuk’ Jumaat lalu dengan menyembelih penduduk sebuah kampung, Haulah dalam bandar Homs yang mengakibatkan 114 orang awam terkorban.



Operasi antara yang terbesar itu sejak tercetus revolusi 15 bulan lalu hanya mengambil masa 12 jam. Paling tragis ialah ia turut menyaksikan 55 orang kanak-kanak disembelih selepas tangan mereka diikat.
Berikutan penyembelihan yang tragis itu, Majlis Kebangsaan Syria, sebuah pertubuhan pembangkang menyeru Majlis Keselamatan PBB mengadakan sidang tergempar.
“Tentera Syria Bebas” berjanji tidak akan berdiam diri dan akan menuntut bela atas kematian rakyat awam tersebut.
Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.
Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim Basyar.
Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam yang tidak berdosa.
Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. Al-Fatihah.


Gajah Mengamuk Di Kota India


Violant Indian Elephants (6 Photos)
Violant Indian Elephants (6 Photos)
Violant Indian Elephants (6 Photos)
Violant Indian Elephants (6 Photos)
Violant Indian Elephants (6 Photos)

Wardina Trauma Diganggu Panggilan Lucah



Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32 trauma apabila dia diganggu dengan panggilan lucaholeh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Beliau juga terkilan dengan sikap mengaibkan lelaki terbabit yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Menurut Harian Metro, Wardina memberitahu media, dia kalau mahu cari lelaki itu, mahu kenal dan mahu tahu dia anak siapa. 
“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).
“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

Jom Kenali Jenis-Jenis Syaitan





UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!

1. ZALITUUN
Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah..
2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT..
3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ‘alim ulama..
4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2 yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras)..
5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain..
6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut..
7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan di dalam institusi keluarga..
8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan..
9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..

Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada diri anda sendiri..Adakah syaitan WALAHAAN menyebabkan anda was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? anda sendiri jawab..
LIKE & SHARE…INSYALLAH

Sunday, May 27, 2012

Analisis Perwatakan Menurut Orang Tua-Tua Melayu Lama





Anggota Tubuh - Tubuh yang berwarna merah lagi halus menandakan pemalu,berwarna hijau bercampur hitam berperangai jahat,putih kemerahan suka membuat pekerjaan dengan segera dan tubuh yang putih menandakan tidak baik

Rambut - Rambut yang keras menandakan seseorang itu perkasa dan mempunyai otak yang sihat,ikal dan hitam berkilat seseorang itu berakal sempurna kelakuannya,hitam menandakan berakal,lembut berpenyakit dan kurang akal,ikal kemerah-merahan degil dan tamak,kekuningan kurang akal dan cepat marah dan lambut yang lebat juga menandakan kurang akal fikiran

Kepala - Kepala yang besar menandakan seseorang itu berhemah tinggi, berakal,baik budi bicara dan tingkah-lakunya amat menyenangkan,dan sederhana besar menandakan berpengetahuan

Dahi - Dahi yang luas menandakan sempurna budi bicara, dahi yang sederhana dan berkerut-kerut bersikap jujur dan berakal fikiran,luas dan tidak mempunyai banyak urat suka berkelahi dan degil, dahi yang sempit kurang akal dan pendiam manakala yang bujur dan berkerut-kerut antara 2 kening menandakan orang itu sering berduka cita

Bulu Kening - Kening luas menandakan suka ketawa dan mempunyai ketajaman akal fikiran,sederhana berwarna hitam kesempurnaan kefahaman melalui akal fikiran,panjang tanda keras hati dan sombong,lebat banyak bercakap dan ria,yang bertemu keduanya suka membantah dan yang tinggi menandakan kurang akal dan angkuh

Mata - Mata yang jarang berkelip-kelip menandakan kesempurnaan akal fikiran,hitam menandakan akal fikiran,berbentuk sederhana kesempurnaan akal dan pandai berbicara,mata yang memandang seperti pandangan kanak-kanak dan mukanya umpama tersenyum menandakan lanjut usia,berkelip-kelip kelopak mata menandakan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain dan mempunyai budi pekerti yang tinggi,mata yang tinggi suka menipu,lambat berkelip kurang akal dan pendiam,mata biru tidak malu dan tidak sopan,berwarna merah berani,biru kekuningan banyak melakukan kejahatan, berkelip-kelip dan biru berperangai iri hati dan suka buat fitnah dan mata merah seperti api dan berkelip-kelip suak mencuri dan menipu

Hidung - Hidung yang sederhana dan sedikit panjang menandakan berakal dan sentiasa memahami,rendah dan nipis suka berkelahi,tebal suka berdusta dan kurang memahami dan hidung yang luas tandanya suka menipu

Mulut - Mulut yang luas menandakan seseorang yang bersikap berani dan kuat dan mulut kecil berpenyakit

Bibir - Yang nipis sentiasa mengingati setiap pesanan,sederhana tanda kesempurnaan dan merah sentiasa melakukan kebajikan,tebal kurang akal dan degil manakala bibir yang pucat sentiasa berpenyakit

Gigi - Gigi yang sederhana menandakan jujur,berakal dan beramanah,yang jarang dan rata bersikap benar dan amanah,kecil bentuknya tanda banyak penyakit dan yang besar tidak amanah

Dagu - Dagu yang sederhan tandanya mempunyai kesempurnaan akal fikiran dan suka berbicara manakala dagu yang kurus tanda kurang akal,kurang bicara dan tidak gemar ambil tahu hal orang lain

Suara - Nyaring tanda berani,sederhana berakal dan bercakap benar,kurang ketawa dan sentiasa pendiam tanda beriman dan merdu tandanya bersikap menaruh dendam dalam hati

Pipi - Pipi yang sederhana menandakan kebajikan,tebal budi pekerti yang baik dan pipi yang nipis dan kekuningan suka tahu hal orang lain

Tahi Lalat - Pada kelopak mata dan pada kening tanda kesukaan,pada tangan selalu memberi pertolongan,pada bahagian belakang badan tanda kekayaan,pada perut tanda mempunyai anak ramai,belakang tapak tangan tandanya kuat semangat,pada tapak tangan harta tidak tetap,pada kemaluan tanda kuat jimak, dan pada tapak kaki tanda sentiasa menjadi suruhan orang

Janggut - Janggut bundar dan pendek menandakan kesempurnaan akal dan pandai berbicara,lebat tanda berhemah tinggi,sederhan tanda kesempurnaan akal dan janggut yang jarang menandakan kuat menipu

Telingga - Yang besar tandanya berakal dan beringat dan kecil tandanya kurang berakal dan suka mencuri

Muka - Muka bujur menandakan jahat perangai

Leher - Leher yang sederhana tanda berakal,benar dan amanah,pendek jahat,dan panjang dan tirus tanda berpenyakit dan degil dan banyak kelihatan urat tandanya suka pemarah

Tapak Tangan - Tapak tangan dan jejari yang panjang menandakan berani dan berakal,lembut menandakan berilmu dan tajam fikiran,pendek kurang akal fikiran,nipis dan panjang degil dan tidak amanah dam tapak tangan dan tapak kaki yang lembut menandakan lemah anggota badannya

Dada - Dada yang sederhana tanda berakal dan baik bicara,bidang tanda berpenyakit, dan roma yang lebat pada dada dan perut menandakan kurang akal dan berperangai liar serta suka melakukan perbuatan jahat

Perut - Perut yang sederhana tanda selalu melakukan kebajikan,perut rata tanda berakal dan yang besar tanda degil dan berpenyakit

Pinggang - Pinggang nipis tandanya mengasihani perempuan,lembut lemah anggota badan,pejal dagingnya menandakan perangai baik dan lembut dagingnya tanda berani

Tumit - Tumit yang kecil adalah tanda bagi mereka yang selalu membuat kebaikan dan kebajikan

Hot!! Model Serba Guna 3 In 1...



Mereka didakwa model yang memperagakan pelbagai fesyen pakaian di pentas tempatan. Masih muda, cantik dan seksi, ‘model’ terbabit juga didakwa boleh diupah sebagai gadis pengiring untuk menemani lelaki tempatan atau pelancong asing dengan bayaran RM450 sejam.

Khidmat gadis pengiring terbabit diuar-uarkan melalui e-mel yang dihantar secara rawak dan dikirim berulang kali kepada sesiapa saja.

Kebanyakan lelaki, terutama pelancong dan ahli perniagaan asing yang memerlukan teman sepanjang berada di negara ini pasti tertarik dengan tawaran itu, terutama apabila diberitahu gadis terbabit sebenarnya ‘serba guna’ — boleh dibawa ke mana saja, sama ada sekadar peneman ke pusat hiburan dan pelancongan atau terus ke bilik tidur.

Khidmat ‘tiga dalam satu’ ditawarkan sindiket yang beroperasi di beberapa bandar raya di seluruh negara terbongkar hasil siasatan wartawan Metro Ahad selepas didedahkan seorang pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Razmi, 30.

Razmi berkata, sindiket itu terlebih dulu mengumpan lelaki hidung belang dengan menghantar e-mel yang turut memaparkan gambar gadis cantik dan seksi yang didakwa model dengan aksi mengghairahkan.-METRO

Gambar Pasar Tomohon Yang Menakutkan Di Indonesia


Pasar Tomohon di Sulawesi Utara kelihatan seperti pasar tradisional biasa. Ada yang menjual ayam, sayuran, dan berbagai jenis keperluan dapur yang lain. Namun, melangkah lebih jauh lagi ke dalam pasar ini, anda akan menjumpai tapak yang menjual haiwan yang tidak dimakan oleh kebanyakan orang.Antara haian eksotik itu ialah babi hutan, kelawar, tikus, ular, anjing dan kucing.Kucing dijual pada harga Rp 100 ribu.

pasar tomohon [duniaq-duniamu]

pasar tomohon [duniaq-duniamu]

pasar tomohon [duniaq-duniamu]

pasar tomohon [duniaq-duniamu]

pasar tomohon [duniaq-duniamu]

Inilah Mainan Kanak- Kanak Afrika Yang Hidup Susah


No Money for Toys, Not a Problem…

No Money for Toys, Not a Problem…

No Money for Toys, Not a Problem…

No Money for Toys, Not a Problem…

No Money for Toys, Not a Problem…

No Money for Toys, Not a Problem…

Video Guru Cabul Pelajar Tersebar Luas





Tersebarnya  video gangguan seksual oleh guru kepada pelajar sebuah SMA swasta di Surabaya ternyata sudah sampai ke tangan polis seminggu lalu. Polsek Lakarsantri Surabaya hingga saat ini tengah memeriksa saksi-saksi berkaitan kes itu.

Menurut Kepala Polsek Lakarsantri Pengerusi Kuncoro, dua saksi yang sudah diperiksa antara lain dua siswi yang ada di video itu, yakni AI dan SIL. "Guru yang ada dalam video itu juga belum kami periksa selaku dilaporkan, jadi belum ada perkembangan signifikan, apalagi berkaitan motifnya," kata Kuncoro.

Secara berasingan, Ketua SMA Tri Karya, Mudro, menolak memberikan keterangan. Pihaknya menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada Polsek Lakarsantri. "Sila hubungi Polsek Lakarsantri saja, saya sudah serahkan semua kepada polis," katanya dalam sambungan telefon.

Video gangguan seksual siswi SMA berjudul "SMA Tri Karya Gempar Boss" beredar via telefon selama beberapa hari terakhir. Video berdurasi 6 minit tersebut diambil oleh seseorang dari lubang kunci pintu sebuah bilik dengan kamera telefon.

Dalam video itu tampak dua orang siswi berseragam dan seorang laki-laki berkacamata yang belakangan diketahui adalah guru Bimbingan Nasihat (BP). Salah satu siswi hanya diam walaupun mengetahui pelaku tengah berbuat tidak sopan terhadap temannya


.

Kantoi!! Pembohongan Media Mengenai Ribut Pasir Terbongkar Secara Live


hahaa..kantoi sudah...korang nampak tak?.. sila lihat pada saat ke 0.10......

Terbaik Dari Ping Busuk