Saturday, March 31, 2012

Kejam!! Mayat Bayi Dijumpai Di Dalam Longkang

KEPONG - 24 jam selepas penemuan janin bayi di Jinjang kelmarin, satu lagi mayat bayi lelaki cukup sifat masih bertali pusat berserta uri ditemui di perangkap sampah di dalam longkang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri, semalam.


 Lebih menyayat hati, bahagian muka bayi tersebut kemek dipercayai akibat terhantuk dinding longkang (konkrit) semasa dihanyutkan. Bayi tersebut ditemui dalam keadaan terlangkup oleh seorang pekerja kontraktor pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sedang menjalankan tugas-tugas pembersihan di situ pada jam 11 pagi. Rafu’si Ahmad, 40, berkata, dia tiba di lokasi jam 10.30 pagi, sedikit lewat daripada kebia­saannya kerana hujan lebat pagi semalam.

 Menurutnya, ketika mahu mengaut sampah di lubang perangkap tersebut, dia melihat satu objek terapung dan menyangkanya anak patung. “Saya kaut ia naik ke atas dan melihat ada tali pusat, baru saya sedar ia adalah mayat bayi.

 “Ketika itu saya berasa amat terkejut dan berasa amat kasihan dengan nasib bayi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian. Rafu’si kemudiannya bertindak memanggil seorang pemancing yang berada berhampiran untuk mendapatkan bantuan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

 Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, bayi tersebut dipercayai dibuang kurang daripada 24 jam daripada masa ditemui. Katanya, mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, diminta hubungi balai polis terdekat,” katanya.- Sinar

Video!! Comelnya Dan Manjanya Awek Ni


kalau X caya?...jangan tengok . siap lambai2 pulak tu... :P



Kejam!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Ditemui


KUALA LUMPUR - Mayat bayi lelaki tanpa kepala ditemui di tempat takungan najis di Jalan Thong Shin di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata mayat bayi yang ditemui pada pukul 11 pagi oleh pekerja pembersihan itu dipercayai dibuang kira-kira dua hari lepas.

 "Sungguhpun dijumpai tanpa kepala, anggota lain pada mayat bayi lelaki itu sempurna dan kita akan mencari siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Sinar

Ponteng Sekolah Ditangkap Khalwat Bersama 2 Lelaki


KAMPUNG RAJA – Tembelang tiga pelajar perempuan tingkatan tiga ponteng pecah apabila mereka ditangkap khalwat bersama dua lelaki di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah dekat Kuala Besut, kelmarin.

Semua pelajar berumur 15 tahun sebuah sekolah menengah di sini ditangkap sepasukan anggota Penguat Kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah kira-kira jam 9.15 pagi. Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, bertindak atas maklumat orang awam, anggotanya menyerbu rumah tersebut. Menurutnya, sebaik tiba di pekarangan rumah itu, keadaan sekeliling rumah sunyi dengan pintu dan tingkap tertutup rapat.

 “Pemeriksaan di bahagian lain rumah mendapati terdapat satu pintu yang tidak berkunci. “Anggota masuk ke dalam rumah dan mengetuk pintu salah sebuah bilik yang berkunci dan hanya dibuka lima minit kemudian oleh seorang remaja perempuan,” katanya. Azmi berkata, terdapat tiga remaja perempuan di dalam bilik itu dan pemeriksaan lanjut menemui dua lelaki bersembunyi di atas siling rumah berkenaan.

 “Ketika ditahan semua berpakaian lengkap dan mereka tidak mempunyai hubungan muhrim. “Manakala, lelaki ketiga berjaya melepaskan diri ketika serbuan dilakukan,” katanya. Kedua-dua lelaki tersebut berumur 18 tahun lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah yang sama dengan pelajar perempuan terbabit. Hasil siasatan awal, pelajar perempuan itu mengaku membohongi keluarga kononnya ke sekolah tetapi dibawa ke rumah itu.

 Kesemua mereka akan didakwa di bawah Seksyen 31(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana berkhalwat yang sabit kesalahan boleh dihukum denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Sinar

Gambar sekadar hiasan


Pekerja Dobi Di Tangkap Khalwat


AMPANG - Tiga individu termasuk seorang remaja perempuan dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim dalam sebuah bilik di rumah kedai di Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.

 Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, dua lelaki berusia antara 20 dan 22 tahun serta seorang pekerja sebuah kedai dobi ditahan.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, Ahmad Nawi Othman berkata, ketika serbuan seorang lelaki membuka pintu dan mendapati ada seorang lelaki lain dan seorang perempuan berusia 20 tahun berada di dalam bilik itu.

“Kami mendapati pasangan berkenaan berpakaian lengkap, manakala seorang lelaki lain hanya berseluar pendek ketika serbuan dijalankan,” katanya. Beliau berkata, teman lelaki kepada gadis berkenaan memberi alasan kekasihnya baru bekerja di kedai dobi berhampiran serta tidak ada rumah atau bilik untuk disewa.

Ahmad Nawi berkata, turut ditahan dua pasangan lain di bilik berasingan di rumah kedai berkenaan. Operasi itu dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.- Sinar

Gambar Intim Justin Bieber Bersama Selena Gomez

LOS ANGELES – Penyebaran gambar intim penyanyi digilai ramai wanita, Justin Bieber dan teman wanitanya yang juga penyanyi popular, Selena Gomez didakwa dimuat naik oleh seorang peminat di laman Twitter pada Selasa lepas, lapor sebuah akhbar semalam


Gambar itu yang merupakan koleksi peribadi pasangan itu menunjukkan Bieber, 17, yang tidak memakai baju sedang duduk bersandar di sofa di sebelah Gomez, 18. Tidak dapat dipastikan bila dan di mana gambar intim tersebut dirakamkan, namun pasangan muda itu dilihat seperti berkumpul bersama keluarga dan kawan-kawan.

Penyebaran gambar Bieber yang dikenali dengan lagu Baby itu bersama Gomez dikatakan mampu mengecewakan hati peminat wanita yang selama ini cukup menggilai Bieber. Bieber dan Gomez baru-baru ini menghabiskan percutian bersama di Hawaii dengan bermalam di sebuah suite berharga AS$10,000 (RM30,305) untuk satu malam di Hotel Four Seasons

Sumber

Gambar Hot Anak Tiri Siti Bersama Kekasihnya






Sumber

Kerana Dendam Gambar Bogel Di Sebar


Foto seorang wanita dengan pose telanjang tersebar di kalangan warga Mojokerto. Foto telanjang itu jelas membuat gegar, kerana tersebar di jalanan Desa Mojorejo. Penyebaran foto tersebut diduga dilatar belakangi dendam antara penyebar dengan wanita yang ada dalam foto.

Tragisnya lagi, di setiap balik lembar foto yang disebarkan, tertera identiti wanita tersebut iaitu bernama AL, usia sekitar 23 tahun, warga Desa Mojorejo. AL sendiri berstatus pengantin baru. Dia baru sebulan melangsungkan pernikahan. Kepala Desa Mojorejo, Nurindayanti mengakui jika foto wanita telanjang tersebut mirip dengan warganya. Namun dirinya tidak mengetahui pasti foto tersebut asli atau palsu. "Foto tersebut memang sangat mirip dengan warga sini. Tapi untuk keaslian foto tersebut saya kurang tahu," kata Nurindayanti. kepada detiksurabaya.com di rumahnya.

 Foto-foto wanita telanjang tersebut kini diamankan di Mapolsek Jetis. Polis hingga kini masih menyelidiki kes penyebaran foto bugil tersebut. Sejumlah saksi juga masih diperiksa untuk dimintai keterangan. "Saat ini kita masih memeriksa sejumlah saksi terkait penyebaran foto-foto ini. Penyelidikan sudah kita lakukan," kata Kapolsek Jetis, Kompol Abdul Choliq kepada wartawan di pejabatnya.-Sumber: detik.com

Gambar sekadar hiasan

Friday, March 30, 2012

Tatu Ayat Suci Al-Quran


Gua x tau nak cakap apa-apa. cuma apa yang gua boleh katakan ini salah satu penghinaan yang agak keterlaluan bagi umat islam.


Gambar!! Lelaki Pitam Tengok Amoi Cantik

Kenapa dengan lelaki ni yerk?....sampai pitam tgk amoi ni..mgkin kerana comel sangat amoi ni atau ada benda lain?....ke pitam sebab berdiri terlalu lama?..mushkil nih....






Kalau korang tgk amoi ni...agak2nya pitam x cam laki ni?..hahaha..

Tatu Paling Cool Dan Lucah

kretif jugak si mamat ni yerk....




Thursday, March 29, 2012

Video Lawak!! Perempuan Bergaduh Di Supermarket




Mahu lebih video lawak...Klik Sini!!

Mangsa Simbahan Asid Fakhra Younus Bunuh Diri



ISLAMABAD — Wanita Pakistan, Fakhra Younus yang telah menjalani lebih 30 pembedahan sepanjang satu dekad lalu untuk memulihkan wajah dan badannya yang terjejas teruk akibat serangan asid membunuh diri baru-baru ini.


 Bekas penari berusia 33 tahun, yang didakwa diserang oleh bekas suaminya, seorang wakil rakyat dan anak kepada ahli politik negara itu, melompat dari tingkat enam sebuah bangunan di Rom, Itali. Fakhra tinggal di Rom untuk mendapatkan rawatan. Wanita berkenaan membunuh diri pada 17 Mac lalu, lapor portal majalah mingguan TIME. Jenazahnya dibawa pulang ke Pakistan Ahad lalu dan mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa.


 Fakhra mengambil tindakan membunuh diri kurang sebulan selepas penerbit film Pakistan menerima anugerah Oscar bagi dokumentasi berkaitan dengan mangsa-mangsa serangan asid, kata laporan itu lagi. Nasib dilalui wanita itu menggambarkan keperitan layanan buruk dialami kebanyakan wanita di Pakistan.

 Suami wanita itu, Bilal Khar, telah dibebaskan daripada tuduhan serangan asid ke atasnya. Bagaimanapun, menurut laporan itu, ramai percaya bahawa dia menggunakan hubungan dan pengaruh untuk melepaskan diri daripada tuduhan. Lebih daripada 8,500 serangan asid, perkahwinan paksa dan keganasan dalam bentuk lain ke atas wanita dilaporkan di Pakistan tahun lalu.- Sinar harian

Gambar!! Kilang Organ Manusia?






Haiwan Pelik Seakan Belangkas Ditemui Di Russia








Gambar!! Suria Klcc Terbakar











Gambar!! Solat Jemaah Campur Lelaki Perempuan

Pelik gak ni, tak dapat dikesan dimana lokasi gambar ni diambil dan mazhab apa dia orang ikut . Setahu gua kan, lelaki dengan perempuan tak boleh bercampur untuk solat berjemaah seperti dalam gambar ni.  sapa2 yang tau leh la kongsi sikit yer. mushykil2!!...






Gambar Nora Danish Bergambar Mesra Dengan Syazwan (Apek)



Bukan main lagi dua orang artis ni...ada apa2 ke?..

Ngeri!! Gambar Tangan Hancur Termasuk Dalam Mesin











Terbaik Dari Ping Busuk