Saturday, September 14, 2013

Apple Perkenal Dua Versi IPhone Baru



CUPERTINO (Amerika Syarikat): Syarikat Apple semalam memperkenalkan dua iPhone terbarunya, termasuk versi lebih murah dalam usaha mendekati lebih ramai pengguna di serata dunia.
iPhone 5C bernilai antara AS$99 ($127) dengan AS$199 bagi kontrak dua tahun dan boleh didapati dalam lima warna.

iPhone 5S pula boleh didapati dalam tiga warna pada harga antara AS$199 dengan AS$399 bersama kontrak - dengan perisian lebih pantas, kamera lebih istimewa dan pengimbas cap jari bagi tujuan keselamatan.

Apple dikatakan cuba mengikuti jejak pesaingnya, seperti Samsung Electronics Co, yang menawarkan telefon bimbit pelbagai reka bentuk dan harga berlainan.

Namun saham Apple merosot 2.3 peratus dan tutup pada harga AS$494.64 di New York selepas pengumuman itu kerana pelabur menjangkakan harga lebih rendah bagi iPhone 5C yang bertujuan menarik lebih ramai pelanggan di pasaran membangun seperti China.

Kededua iPhone baru itu akan mula dijual di Amerika Syarikat, Australia, Britain, China, Perancis, Jerman, Jepun dan Singapura pada 20 September ini.

"Perniagaan telah berkembang dengan begitu besar sekali dan tahun ini kami akan menggantikan iPhone 5 dan menggantikannya bukan dengan satu reka bentuk, malah dengan dua reka bentuk baru," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Encik Tim Cook, di majlis pelancaran di ibu pejabat syarikat berkenaan di Cupertino, California.

Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan satu versi iPhone baru setiap tahun.
Syarikat itu turut mengumumkan mereka akan meningkatkan kecekapan sistem operasi untuk iPhone dan iPad pada 18 September ini.

Sistem iOS7 menambah stesen radio dalam iTunes dan lebih banyak cara untuk mengakses aplikasi. Ia boleh diperolehi secara percuma dan diselarikan dengan peranti Apple seperti iPhone 4 yang dilancarkan pada 2010 dan iPad 2 pada 2011. - Bloomberg, AFP.

Tanah Runtuh Di Bukit Bendera



GEORGE TOWN - Sekurang-kurangnya 13 kawasan tebing di sekitar Bukit Bendera dikesan runtuh berikutan hujan lebat tanpa henti tiga hari lalu.
Antara yang teruk terjejas ialah Jalan Bukit Bendera di Kilometer (KM) 4 apabila sebahagian jalan sepanjang 20.8 meter runtuh.
Sumber Jabatan Kerja Raya (JKR) memberitahu, runtuhan tebing juga dikesan di KM 2.1 dan KM 2.5 (Stesen 84).
"Bagaimanapun kedua-dua jalan masih selamat dan boleh dilalui kenderaan.
"Kesan runtuhan juga boleh dilihat di beberapa kawasan lereng bukit yang menyebabkan beberapa pokok besar tumbang," ujarnya.
Difahamkan kerja-kerja membaiki jalan ini akan mengambil masa empat bulan disebabkan masalah kesukaran laluan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang meninjau keadaan di situ petang tadi meminta orang ramai terutamanya para pendaki berhati-hati terutama pada musim hujan.

Friday, March 1, 2013

Trauma Terima Gambar Lucah



ALOR GAJAH - Seorang pekerja swasta trauma selepas menerima gambar lucah menerusi sistem pesanan bergambar (MMS) dan disusuli ayat mengghairahkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor tidak dikenalinya, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa, Sofea, 25, (bukan nama sebenar) terkejut sebaik sahaja melihat MMS dan SMS berkenaan.

Jurucakap polis berkata, SMS itu mengundang ketakutan kepada mangsa kerana seolah-olah pergerakannya diperhatikan.

"Pada mulanya, mangsa tidak mengendahkan MMS berkenaan kerana menyangka individu terbabit tersilap nombor, namun selepas itu dia menerima SMS lucah.

"SMS itu menggambarkan individu terbabit seolah-olah memerhati pergerakan mangsa, malah mendakwa mengetahui pakaian yang dipakai mangsa dan di mana mangsa berada,” katanya.

Menurutnya, sehari selepas kejadian itu, mangsa diganggu dengan panggilan beberapa nombor tidak dikenali.

"Mangsa yang tinggal di sekitar daerah ini membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan kes dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.

Wanita Tertua Di Dunia Orang Malaysia?



Sariah wanita tertua di dunia?


PORT DICKSON - Jika benarlah tarikh yang dicatat dalam MyKad, Sariah Marjo, yang dilahirkan pada tanggal 28 April 1899 mungkin boleh dikatakan wanita tertua di dunia ketika ini, hanya setahun lebih muda daripada Misao Okawa, 114, yang diiktiraf wanita paling tua di dunia dalam Rekod Dunia Guinness, kelmarin.

Sariah yang berasal dari Kampung Bukit Tembok di sini akan menyambut hari lahirnya ke-114 pada 28 April depan. Walaupun umur Sariah sudah mencecah ratusan tahun, dia tidak mengidap penyakit kronik, malah masih mampu menguruskan dirinya sendiri.




Sariah wanita tertua di dunia?


Isi masa dengan berzikir

Sariah ketika ditemui di rumah anaknya menolak anggapan bahawa dia mengamalkan amalan tertentu sehingga usianya panjang serta kesihatan masih dalam keadaan baik. Mata dan telinganya juga masih peka, jalannya tidak perlu bertatih, malah makannya tidak perlu bersuap.

Pada masa lapang, Sariah tidak gemar menonton televisyen dan hanya mengisi masa luangnya dengan duduk di belakang rumah sambil berzikir.

Kuat bekerja masa muda

Sariah adalah anak sulung daripada empat beradik dan kesemua adiknya sudah meninggal dunia. Tiga daripada lapan anaknya juga meninggal dunia, termasuk empat daripada lima menantunya.

Sariah yang mempunyai 33 cucu, 60 cicit dan dua piut berkata, dia gembira kerana mempunyai keturunan yang ramai dan diberikan peluang oleh ALLAH SWT untuk melihat generasinya walaupun tidak mampu mengenal dan mengingati kesemua warisnya.

Suami Sariah, Kasmawi Md Yunus meninggal dunia sekitar tahun 1970-an ketika berusia 70 tahun.

Ketika mudanya, Sariah seorang yang sangat kuat bekerja, dia menoreh pokok getah pada awal pagi dan kemudiannya turun ke bendang. Dia melakukan kerja itu untuk membantu suaminya yang bekerja sebagai petani.

Sinar Harian difahamkan, Sariah mula meninggalkan kampungnya iaitu Kampung Bukit Tembok di Pasir Panjang kerana mengikuti anaknya ke Kuala Lumpur yang ketika itu usianya mencecah 60 tahun.

Tidak boleh makan ayam

Anaknya Chumi, 59, berkata, walaupun umur emaknya mencecah 114 tahun, namun dia masih sihat.

“Di sana (Kuala Lumpur) emak menjaga cucu. Malah sehingga kini, semua keperluannya emak akan lakukan sendiri. Sekarang ini emak tinggal bersama saya di sini sejak setahun lalu.

Malah menjadi tradisi keluarga kami, setiap tahun terutamanya hari raya akan berkumpul di rumah adik paling bongsu di Kampung Bukit Tembok,” katanya yang merupakan anak ketujuh.

Chumi berkata, setiap hari dia akan memberi emaknya makan oat, namun emaknya tidak boleh makan ayam.

"Jika emak makan ayam, kakinya akan gatal-gatal. Dari dulu emak memang tiada pantang dalam aspek pemakanan, namun gaya hidupnya yang bekerja sebagai petani menjadikan dia setiap hari menggunakan tenaga dalam erti kata lain bersenam. Oleh itu, saya rasa ini yang menjadi antara faktor emak masih sihat dan panjang usianya,” katanya.

Permohonan BR1M ditolak kerana keliru

Menurutnya, nombor kad pengenalan emaknya adalah 990428****** dan ia banyak kali menimbulkan salah faham ramai pihak.

"Contohnya semasa proses mengambil Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ada yang tidak percaya, malah permohonan pertama emak pernah ditolak kerana didakwa tidak layak.

“Mungkin mereka ingat usia pemohon adalah 14 tahun. Malah bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat juga baru sahaja dimohon setahun lalu,” katanya.

Berita Gembira Untuk Kakitangan kerajaan


Datuk Seri Dr Ali Hamsa


SANDAKAN - Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya, penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

"Ia menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang bersiaran semalam.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.

Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh.

Beliau yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara kerajaan.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

"Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya.

Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.

Katanya, tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. - Bernama

Saturday, February 16, 2013

Juvana Full Movie 2013


juvana online 2013 juvana the movie 2013

Juvana full movie 2013


Tuesday, January 22, 2013

Doktor Suruh Buka Baju, Ajak Laku Hubungan Seks


Doktor Suruh Buka Baju, Ajak Laku Hubungan Seks - “Disebabkan mempercayainya, saya hanya mengikut arahan apabila diminta membuka baju dan coli, namun dia meramas buah dada saya hingga saya berasa sakit.

“Saya mula curiga dan takut apabila doktor itu menyatakan saiz buah dada saya besar selain mengajak saya melakukan hubungan seks,” kata ibu tunggal hanya mahu dikenali sebagai Nurul, 34, yang mendakwa dicabul seorang doktor sebuah hospital swasta, di Johor Bahru.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi Jumaat lalu ketika dia ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan masalah darah tinggi, hidung berdarah, sakit perut dan sukar membuang air.Nurul berkata, dia mengenali doktor berusia lingkungan 40-an itu kerana pernah mendapatkan rawatan daripadanya sebelum ini.

Menurutnya, sebelum kejadian mencabul itu berlaku, doktor terbabit mengarahkannya berbaring sambil memberitahu mahu memeriksa tekaknya. – paapaada.blogspot

Thursday, January 10, 2013

Memiliki dan Menjual Rokok Elektronik adalah Salah



Menjual, mengedar atau menyimpan rokok elektronik, e-Cigarette adalah satu kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zulkifli Jantan berkata, hal itu demikian kerana pihaknya telah mengesan kehadiran nikotin di dalam cecair e-Cigarette dalam pelbagai kepekatan tertentu.

Beliau berkata, nikotin merupakan bahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya dikecualikan dalam produk tembakau.

Katanya, penjualan dan pembekalannya hanya boleh dibuat melalui ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar.

"Pelanggaran keperluan ini adalah satu kesalahan dan boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali di bawah akta sama - Utusan


Si Kembar Berkepala Dua Berbadan Satu



Abigail Loraine Hensel dan Brittany Lee Hensel (lahir 7 MAC, 1990) adalah kembar dicephalic parapagus, yang bererti bahawa mereka adalah kembar siam, setiap daripada mereka mempunyai kepala yang berasingan, tetapi berkongsi badan yang sama. 

Mereka adalah sangat simetri, mempunyai hanya sebuah badan tunggal dengan perubahan sedikit dari kadar biasa. Malah, beberapa organ penting adalah dua kali ganda lebih besar dari org biasa; kembar ini masing-masing mempunyai hati yang berasingan, perut, tulang belakang, dan saraf tunjang
. 
Setiap daripada mereka mengawal separuh badan mereka, mengendalikan satu tangan dan satu kaki. Ini bermakna bahawa sebagai bayi, pembelajaran awal proses fizikal yang memerlukan koordinasi badan, seperti bertepuk tangan, merangkak, dan berjalan memerlukan kerjasama kedua-dua kanak-kanak. Walaupun setiap daripada mereka mampu untuk makan dan menulis secara berasingan dan serentak, aktiviti-aktiviti seperti berlari dan berenang mesti diselaraskan . 

Aktiviti-aktiviti lain seperti yang pelbagai sebagai menyikat rambut dan memandu kereta memerlukan kerjesama untuk melaksanakan urutan tindakan yang berasingan yang menyelaras dengan yang lain.

Pada usia 16 tahun, mereka telah di temu bual pada Channel Pembelajaran pada 17 Disember, 2006, di mana mereka membincangkan aspek kehidupan seharian mereka dan rancangan untuk masa depan. Mereka kini bintang dalam siri realiti mereka sendiri pada.

 





Lenovo Perkenal IdeaPhone K900 5.5 inci Dengan Pemprosesan Dual Core Atom


Semasa CES 2013 semalam, Lenovo telah memperkenalkan telefon pintar baru mereka khusus untukpasaran China iaitu Lenovo IdeaPhone K900. Peranti bersaiz 5.5 inci ini menggunakan pemprosesan 2Ghz dual-core Atom, yang dipercayai peranti pertama menggunakan pemprosesan baru dari Intel.
lenovo ideaphone k900 01
Peranti ini hanya senipis 6.9mm dan paparan skrinnya berupaya memaparkan 1080p definasi tinggi(HD) dengan 400 ppi. Badan Lenovo IdeaPhone K900 ini diperbuat daripada stainless steel danpolycarbonate yang membuatkan peranti ini tampak gagah tetapi ringan. Corak dan rekabentuk pada belakang peranti sangat menarik dan kelihatan eksekutif. Bukan setakat itu sahaja, pengguna dapat menukar pelindung pada bahagian belakang peranti dengan 4 pilihan warna yang berbeza.
lenovo ideaphone k900 02
Berdasarkan maklumat dari The Verge, peranti ini sangat pantas dan ini mungkin disebabkan faktor pemprosesan terbaru keluaran Intel. Selain itu, IdeaPhone K900 menggunakan sistem operasiAndroid Jelly Bean. Kamera 13 megapiksel tersedia pada peranti ini dengan keupayaan lensa kamera sehingga f1.8.
Menurut Lenovo, IdeaPhone K900 akan mula dipasarkan di China pada bulan April tahun ini. Walau bagaimanapun, harga rasmi peranti ini belum didedahkan.

Pelik!! Lelaki Tertelan Spanar



Pelik! Bagaimana Lelaki Ini Boleh Tertelan Spanar? difahamkan seorang lelaki yang lagak seperti  ‘doktor cuba untuk menyelamatkan mangsa ini daripada spanar tersebut terus berada di dalam perut. Boleh tonton video di atas.
lelaki-tertelan-spanar-2
lelaki-tertelan-spanar
Memang agak ngeri video lelaki yang tertelan spanar yang memang panjang dan mungkin saiznya sama ada 21 inci diameter atau lebih besar.

Pelik! Benarkah Kucing Ini Mencuri 26 Kunci Rumah Jiran?


kucing-curi-kunci
LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.
Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.
Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.
Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

Sumber : Harian Metro

Bapa, Anak Kantoi Khalwat



Melaka: Bapa borek anak rintik. Itu yang digambarkan terhadap dua beranak apabila si ayah ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan seorang ibu tunggal dan pada masa sama anak gadisnya ditemui berkurung bersama teman lelakinya di bilik di rumah sama di Bukit Katil, di sini.

Dalam operasi jam 12.30 tengah malam, Sabtu lalu, sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menyerbu rumah didiami seorang ibu tunggal berusia 46 tahun dan anak lelakinya berusia 15 tahun.
Dalam pemeriksaan dilakukan, anggota penguat kuasa menemui seorang lelaki berusia 48 tahun berstatus duda di ruang tamu rumah berkenaan dan siasatan mendapati dia kenalan rapat kepada wanita terbabit.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM, Rahimin Bani berkata, selepas menemui lelaki berstatus bukan muhrim itu anggotanya terus membuat pemeriksaan lanjut. Selepas soal tanya mendapati ada dua lagi individu iaitu anak kepada wanita terbabit dan anak perempuan lelaki itu yang berusia 14 tahun.

Katanya, ketika pintu sebuah bilik diketuk ia dibuka remaja perempuan berkenaan dan apabila diperiksa menemui seorang lelaki berusia 18 tahun menyorok di dalam almari.

Harian Metro

Gempar! Penemuan Objek Bercahaya Putih Bersayap Tujuh Di Sabah (Video)


.
Menurut Jabatan Hidupan Liar Sabah akan menjalankan kajian terperinci mengenai rakaman objek misteriyang terbang pada kelajuan tinggi di sebuah gua di negeri itu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Dr Laurentius Ambu berkata ini kali pertama objek itu ditemui di Sabah.
Sebelum ini TV3 melaporkan penemuan objek misteri yang seakan mempunyai 7 pasang sayap.
sayap
Visual objek itu berjaya dirakamkan menggunakan kamera definasi tinggi, HD oleh seorang pengembara British, Matthew Lazenby, dua minggu lalu di sebuah gua yang lokasinya dirahsiakan.
Rakaman beliau menunjukkan beberapa objek ganjil sepanjang lima sentimeter hingga lima belas sentimeter, yang bergerak pada kelajuan tinggi dan boleh terapung.
Matthew mendakwa objek itu bukan serangga kerana kelawar dalam gua melarikan diri sebaik dihampiri objek berkenaan.

Sumber

Penemuan Sotong Gergasi Di Lautan Pasifik


JAPAN-SCIENCE-BIOLOGY-ANIMALS-SQUID

TOKYO – Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.
Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.
Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.
Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.
Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.
Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.
“Haiwan itu bersinar dan amat cantik,” kata Kubodera.
Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. – AFP

Ferrari Hangus Di Kajang



KAJANG – Seorang pemilik sebuah premis mencuci kereta tergamam apabila melihat sebuah kereta mewah jenis Ferrari 360 Spider bernilai lebih RM1 juta milik pelanggannya tiba-tiba terbakar dalam kejadian di Jalan Putera 3, Taman Putera, Kajang di sini kelmarin.

Kejadian pukul 9.25 malam itu berlaku beberapa minit selepas kereta mewah tersebut diletakkan di situ oleh pemiliknya untuk dicuci. Namun belum sempat ia dicuci, wanita berusia lingkungan 30-an tersebut terkejut apabila mendapati kereta itu tiba-tiba terbakar menyebabkan kereta itu musnah.

Difahamkan, pemilik kereta itu merupakan seorang lelaki dan dia terselamat kerana telah keluar terlebih dulu sebelum kebakaran berlaku.“Kami masih menunggu punca sebenar kejadian daripada bomba yang membantu menjalankan siasatan,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab.

Kosmo

Kru Jalan-Jalan Cari Makan TV3 Kemalangan Van


Kru Jalan-Jalan Cari Makan TV3 Kemalangan Van | Siapa di sini peminat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan? Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sudah lama ditayangkan di kaca TV3 dan sering bertukar hos demi menaikkan kualiti rancangan. Namun tahukah anda, bahawa mereka ini bersama kru-kru Jalan-Jalan Cari Makan telah mengalami kemalangan jalan raya. Van yang dipandu oleh kru telah terbalik dan ia telahberlaku di Petaling Jaya.
Tujuh kakitangan Media Prima Berhad hampir maut apabila van dinaiki mereka terbalik akibat dirempuh sebuah kenderaan serba guna (MPV) di simpang tiga Persiaran Bandar Utama, di sini pagi semalam.
Dalam kemalangan jam 8.30 pagi itu, tiga daripada tujuh kru program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) berkenaan masing-masing patah kaki, patah pinggang dan hidung.
Ketika kejadian, semua krew terbabit baru saja keluar dari Sri Pentas menuju Lapangan Terbang Subang untuk ke Langkawi bagi menjalankan penggambaran.
Bagaimanapun, ketika melalui persimpangan lampu isyarat, kenderaan yang mereka naiki dirempuh dari arah bertentangan lalu terbalik.
Pemandu MPV itu melanggar tiang lampu isyarat sebelum merempuh van berkenaan.
Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba lima minit kemudian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kesemua mereka dibawa ke hospital berdekatan.
Sumber : Harian Metro

Jari Yang Sunnah Diletakkan Cincin


  • Bagi wanita tiada tempat yang khusus diletakkan. Terpulang kepada mereka untuk memakai cincin dimana sahaja anggota. Samada di kesemua jari tangan atau jari kaki sekalipun. Ini kerana itu adalah perhiasan bagi mereka.
  • Para ulama berbeza pandangan tentang kedudukan jari yang sunnah dipakaikan cincin bagi lelaki. Para ulama Hanafiyah mengatakan bahawa disunnahkan bagi lelaki untuk memakai cincin di jari kelingking sebelah kiri dan bukan pada jari lain walaupun kanan. Sebahagian daripada ulama Hanafiyah mengatakan bahawa diharuskan untuk memakai cincin pada jari kelingking kanan.
  • Manakala al-Imam Malik radhiyallahu anhu, guru kepada al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu mengatakan bahawa disunnahkan memakai cincin di jari kelingking kiri dan beliau sendiri memakai cincin di jari kelingking kiri. Al-Imam Ibn al-Arabi al-Maliki mengatakan bahawa sunnah memakai cincin pada jari kelingking kiri dan makruh memakainya pada kelingking kanan.
  • Para ulama Syafieyah mengatakan bahawa harus untuk dipakai cincin pada jari kelingking kanan atau kiri sekalipun. Tetapi pandangan yang masyhur ialah memakainya pada jari kelingking kanan kerana ianya merupakan tempat untuk berhias. Manakala memakai cincin pada jari manis adalah dibenarkan. Jari tengah, telunjuk dan ibu jari adalah dilarang bagi kaum lelaki untuk meletakkan cincin padanya. Ini kerana terdapat larangan daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam kepada Sayyiduna Ali radhiyallahu anhu untuk memakai cincin pada jari-jari tersebut.
  • Para ulama Hanabilah pula berpandangan bahawa afdhal memakai cincin pada jari kelingking kiri. Mereka juga berpandangan bahawa dibenarkan untuk memakai cincin pada jari manis dan ibu jari. Manakala jari telunjuk dan jari tengah adalah dilarang untuk meletakkan cincin padanya kerana terdapat larangan yang jelas daripada Baginda sallallahu alaihi wasallam.
Oleh kerana kita ini duduk di Malaysia, dan mazhab yang kita pegang adalah mazhab Syafie, maka ikutlah mazhab Syafie yang no 4 tu. :)

KE ARAH MANAKAH BATU CINCIN DIPUSING?

1. Para ulama mengatakan bahawa dibenarkan untuk kita menzahirkan batu cincin ke atas. Namun yang lebih afdhalnya menurut sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah dengan memusingkan arah batu tersebut ke telapak tangan.
Semoga kita semua dapat mengambil manfaat dengan perbahasan ini bagi menghidupkan sunnah Baginda sallallahu alaihi wasallam.
RUJUKAN :
1. Mausu’ah al-Kuwaitiyah Jilid 11
2. Al-Hawi lil Fatawi oleh al-Imam Jalaluddin al-Suyuthi radhiyallahu anhu , jilid 1 mukasurat 75-76 cetakan Darul Kutub Ilmiyah tahun 1982
sumber : Ustaz Nazrul Nasir

Monday, January 7, 2013

Awas !! Ribut Tropikal Sonamu Bakal Melanda Malaysia Selasa 8 Jan !!


Ribut Tropika SONAMU akan melanda MALAYSIA terut
ama PANTAI TIMUR... Ia dijangka pada 8 JAN (SELASA)...

Berikut amaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia melalui laman webnya.

Rujuk : Sumber : http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1328&Itemid=565&lang=english





Nasihat Ribut Tropika.

Di keluarkan pada 08:52PM (06 Januari 2013)

Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).

Masa Pencerapan : 8:00 malam, 6 Januari 2013.

Kedudukan :

Latitud 7.5 Utara; Longitud 109.3 Timur; kira-kira 472 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.

Pergerakan : Ke arah Barat dengan perlahan.

Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 718 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.

Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.

Berikut pula LINK daripada NASA :

http://www.nasa.gov/mission_pages/hurricanes/archives/2013/h2013_Sonamu.html
‎#Pray for Pantai Timur.
Terkini.
Majlis Keselamatan negara mengarah semua pesakit di HSNZ di Kuala Terengganu dipindahkan. Sekiranya benar-benar terjadi, ombak ketinggian hampir 5.5 meter dan ribut dijangka 150-170km/jam. sekitar pantai di Kuala Terengganu yang boleh menyebabkan Tingkat 1 Hospital banjir. Begitu juga dengan kawasan pantai di Pahang dan Kelantan.