Monday, July 30, 2012

Gempar!!! Kehadiran UFO Di Sunway Mentari Berjaya Dirakam Penduduk Setempat!!!



Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.



Sehari kemudian, pada 15 Julai, dia telah memuat naik rakaman video tersebut di YouTube dan ia telah dilihat oleh sekurang-kurang 1,000 pengunjung sehingga kini.

"Cahaya lampu itu berkedip di sana untuk tempoh dua jam selepas kami perkatama kali melihatkan pada kira-kira pukul 9 malam.

"Selepas memerhatikannya lebih kurang satu jam, kami masuk ke dalam kereta dan cuba mencari daripada mana punca lampu itu bagaimanapun kami tidak dapat mencarinya," kata John, 29.

Dia turut menolak kemungkinan ia merupakan fenomena tersebut satu permainan.

"Adalah mustahil jika ia satu permainan kerana mana ada bateri normal dapat bertahan lama seperti itu," katanya.

Bagaimanapun, seorang pengulas YouTube menjelaskan teori yang mengatakan bahawa ia hanyalah layang-layang yang diterangkan, Tan enggan menerima pendapat tersebut sebaliknya dia menegaskan bahawa malam tersebut tidak ada angin langsung.

Ketika dihubungi, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata memberitahu masih terlalu awal untuk menyatakan layang-layang terlibat dalam fenomena tersebut.

"Orang tidak akan bermain layang-layang pada waktu malam kerana tidak ada angin," kata Ketua Pengarah Angkasa, Dr Mustafa Din Subari.

Bagaimanapun, beliau agak skeptikal dengan dakwaan kewujudan makhluk asing yang mempunyai senjata canggih untuk turun dan membuat lawatan ke Bumi

"Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia menyaksikan fenomena sebegitu. Ia terjadi sekali sekala," katanya.
Sementara itu, angkasawan pertama negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkata sudah pasti ada satu penjelasan logik mengenai apa yang berlaku.

"Satu daripada alasan kami pergi ke angkasa adalah untuk melihat sama ada terdapat bentuk hidupan lain di luar sana. Makhluk asing atau tidak, tidak ada bukti lagi dan kami masih mencarinya," katanya.

Ketika ini rakaman video misteri Tan masih belum diterangkan dan perkara sebenar belum dapat dirungkaikan.-Mstar

Live Streaming MALAYSIA VS MAN CITY 30 Julai 2012


man+city+vs+malaysia

LIVE STREAMING MALAYSIA VS MAN CITY 30 JULAI 2012 | Perlawanan persahabatan di antara man city vs malaysia pada malam ini akan berlangsung pada jam 9.45 malam ini di stadium bukit jalil.


Tags:- Malaysia vs man city, man city vs malaysia online, Malaysia vs Mancester City Streaming, malaysia live streaming foot ball, astro arena


Jom Baca!! Misteri Pedang Samurai


Samurai adalah istilah untuk perwira askar kelas elit sebelum zaman perindustrian di Jepun. Perkataan “samurai” berasal dari kata kerja “samorau” asal bahasa Jepun kuno, berubah menjadi “saburau” yang berarti “melayani”, dan akhirnya menjadi “samurai” yang bekerja sebagai pelayan bagi majikan.
Istilah yang lebih tepat adalah bushi  (harafiah: “orang bersenjata”) yang digunakan semasa zaman Edo. Bagaimanapun, istilah samurai digunakan untuk prajurit elit dari kalangan bangsawan dan bukan bangsawan contohnya, ashigaru atau tentara berjalan kaki. Samurai tidak terikat dengan clan atau bekerja untuk majikan (daimyo) disebut ronin (harafiah: “orang ombak”). Samurai yang bertugas di wilayah han disebut hanshi.
Samurai dianggap mesti bersopan dan terpelajar, dan semasa Keshogunan Tokugawa beransur-ansur kehilangan fungsi ketenteraan mereka. Pada akhir era Tokugawa, samurai secara umumnya adalah kakitangan umum bagi daimyo, dengan pedang mereka hanya untuk tujuan istiadat. Dengan reformasi Meiji pada akhir abad ke-19, samurai dihapuskan sebagai kelas berbeza dan digantikan dengan tentara nasional menyerupai negara Barat. Bagaimanapun , sifat samurai yang ketat yang dikenali sebagai bushido masih tetap ada dalam masyarakat Jepun masa kini, sebagaimana aspek cara hidup mereka yang lain.
Perkataan samurai berasal pada sebelum zaman Heian di Jepun di mana bila seseorang disebut sebagai saburai, itu berarti dia adalah seorang suruhan atau pengikut. Hanya pada awal zaman modern, khususnya pada era Azuchi-Momoyama dan awal era Edo pada akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17 perkataan saburai bertukar diganti dengan perkataan samurai. Bagaimanapun, pada masa itu, maknanya telah lama berubah.
Pada era pemerintahan samurai, istilah awal yumitori (“pemanah”) juga digunakan sebagai gelaran kehormat bagi sejumlah kecil panglima perang, walaupun pemain pedang telah menjadi lebih penting. Pemanah Jepun (kyujutsu), masih berkaitan erat dengan dewa perang Hachiman.
Samurai menggunakan beberapa jenis senjata, tetapi katana adalah senjata yang melambangkan identiti mereka. Dalam Bushido diajarkan bahawa katana adalah roh dari samurai dan kadang-kadang digambarkan bahwa seorang samurai sangat bergantung pada katana dalam pertempuran. Mereka percaya bahwa katana sangat penting dalam memberi kehormatan dalam kehidupan. Sebutan untuk katana tidak dikenali sehingga zaman Kamakura (1185–1333), sebelum itu pedang Jepun lebih dikenali sebagai tachi dan uchigatana, Dan katana sendiri bukan menjadi senjata utama sehingga zaman Edo.
Apabila seseorang kanak-kanak mancapai usia tiga belas tahun, upacara yang dikenali sebagai Genpuku akan diadakan. Anak lelaki yang menjalani genpuku mendapat sebuah wakizashi dan nama untuk menjadi samurai secara resmi. Ini dapat sebagai diberi hak untuk mengenali katana walaupun biasanya diikat dengan benang untuk menghindari katana terhunus dengan tidak sengaja. Pasangan katana dan wakizashi dikenali sebagai Daisho, yang berarti besar dan kecil.
Senjata samurai yang lain adalah yumi atau busar komposit dan dipakai selama beberapa abad sampai masa masuknyah senapan pada abad ke-16. Busur komposit model Jepun adalah senjata yang baik. Bentuknya memungkinkan untuk digunakan berbagai anak panah, seperti panah berapi dan panah isyarat yang dapat menjangkau sasaran pada jarak lebih dari 100 meter, bahkan lebih dari 200 meter bila ketepatan tidak lagi diambil kira. Senjata ini biasanya digunakan dengan cara berdiri di belakang Tedate yaitu perisai kayu yang besar, tetapi boleh juga digunakan dengan menunggang kuda.
Latihan memanah di belakang kuda menjadi adat istiadat Shinto, Yabusame . Dalam pertempuran melawan penjajah Mongol, busur komposit menjadi senjata penentu kemenangan, Pasukan Mongol dan Cina pada waktu itu memakai busur komposit dengan ukuran yang lebih kecil, apalagi dengan keterbatasannya dalam pengunaan pasukan berkuda.

Suami Pengasuh Merogol Dan Meliwat Kanak-Kanak 3 Tahun


KLANG: Seorang lelaki layak digelar binatang apabila gagal mengawal nafsunya biarpun di bulan Ramadan apabila merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di Kampung Sungai Yadi, di sini, Jumaat lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa diasuh isteri suspek di rumah mereka sejak dua bulan lalu dan suspek yang berusia 31 tahun mengambil kesempatan melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar ke kedai.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, kejadian itu hanya disedari bapa mangsa jam 8 malam pada hari kejadian selepas dimaklumkan isterinya bahawa mangsa mengadu sakit di kemaluannya.
“Mangsa menceritakan kepada bapanya suspek mengajaknya memasuki bilik air menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya menjadi mangsa rogol,” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan itu ketika isterinya keluar ke kedai dan ketika di dalam bilik air, mangsa didukung dalam keadaan bogel sebelum dirogol dan diliwat suspek beberapa kali.
Katanya, siasatan juga mendapati dalam tempoh mangsa dihantar ke situ suspek hanya melakukan perbuatan itu sekali.
Berikutan itu, suspek yang juga pemandu lori ditahan di rumahnya pada hari sama. Kes disiasat mengikut Seksyen 376/511 dan Seksyen 377c Kanun Keseksaan dan suspek direman hingga 3 Ogos depan bagi membantu siasatan.
Harian Metro

p/s- memang layak digelar binatang....

Jom Lihat Kekayaan sultan Brunei




Baginda memiliki 7,000 buah kereta berprestasi tinggi



 Anggaran harga keseluruhan kereta mencecah AS$5 bilion (RM15.9 bilion).







Koleksi kereta itu disimpan dan diselenggarakan di lima buah  pesawat yang lokasinya dirahsiakan.


bugatti veyron






Beliau memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benze, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.

Kantoi Curang Dengan Perempuan Lain (Video)





Keputusan Bedah Siasat Polis Sahkan Syaleza Mati Dijerut





SHAH ALAM — Ketua Polis Selangor mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah berkata, laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata, susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini. — BERNAMA

Perkampungan Wanita Yang Berambut Panjang Di Dunia



Berambut panjang kerana tradisi kuno

BEIJING - Wanita etnik minoriti Red Yao tentu sekali menarik perhatian sesiapa sahaja yang memasuki perkampungan Huangluo Yao, China kerana kebanyakan wanitanya berambut panjang sehingga mencecah 2.1 meter setiap seorang.

Malah keunikan wanita-wanita ini menyebabkan Rekod Dunia Guinness mengiktiraf mereka sebagai perkampungan rambut terpanjang dunia.












Mereka hanya menggunting rambut sekali dalam seumur hidup iaitu semasa berumur 16 tahun, sebelum berkahwin.

Menurut mereka, mengikut adat hanya suami dan anak-anak dibenarkan membuka penutup kepala dan melihat rambut mereka. Jika ada orang lain yang berbuat demikian, individu itu akan dipaksa menjadi menantu dan tinggal sebumbung bersamanya serta ahli keluarga yang lain selama tiga tahun.

Namun, sebahagian wanita di kampung itu telah meninggalkan adat kuno mereka sejak 1987 lalu dan kini hanya 120 wanita yang masih berbangga dengan rambut panjang mereka di kampung yang digelar 'kampung rambut panjang'.

Di zaman moden kini, majoriti wanita enggan menyimpan rambut panjang tetapi bagi wanita Red Yao, berambut panjang dapat membuatkan mereka kelihatan cantik dan menarik pada pandangan mata si lelaki.

Wanita 14 Tahun Meninggal Setelah 4 Kali Gugurkan Kandungan ?


gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.

Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal mendapati bayi itu telah mati sebaik dilahirkan"

Tambahnya, remaja tersebut tinggal di rumah itu bersama ibu bapanya yang merupakan peniaga kedai runcit.

Menurut sumber itu lagi, pihaknya percaya suspek melahirkan bayi itu kurang 24 jam sebelum mayat bayi malang itu ditemui. Keadaan suspek dilaporkan stabil di hospital tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah mengesahkan kes tersebut.



Sumber

Penafian Kereta WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan


Semalam tersebar di laman web kereta WWW1 terbabit dalam kemalangan, Kesultanan Johor telah membuat penafian keretaWWW1 terlibat dalam kemalangan. (Link)
Mungkin kerana warna dan juga rim Satria Neo ini yang sama warnanya dengan Satria Neo WWW1 Sultan Johor, berita kereta ini mendapat kemalangan tersebar dengan cepat.
Penafian Kereta WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan
Kemalangan Satria Neo berwarna oren ini berlaku di lebuh raya PLUS berhampiran dengan Yong Peng berlaku sekitar jam 12.30 tengahhari sabtu kelmarin.
Berikut dibawah adalah gambar Satria Neo yang berwarna oren tersebut.
Penafian Kereta WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan
Eyriqazz Vs Denaihati
Penafian Kereta WWW1 Terlibat Dalam Kemalangan

Eksekutif Wanita TV9 Ditemui Mati






Seorang eksekutif pentadbiran wanita Syaliza Jaafar(gambar) stesen televisyen TV9 ditemui mati 
di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata mayat Syaleza Jaffar, 31, 
ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah, 
pada kira-kira 7 malam.

"Mayat mangsa ditemui di bilik kedua rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu 
dan buat masa ini ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya 
yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai 
seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernamai kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Sementara itu, bapa mangsa Jaffar Bakri, 60, berkata beliau hanya mengetahui mengenai 
kejadian itu selepas dimaklumkan oleh anak sulungnya.

" Anak saya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh suami Syaleza kira-kira 9.30 malam tadi," 
katanya ketika ditemui di Bilik Mayat, Hospital Sungai Buloh di sini.

Jaffar berkata Syaleza menghubungi ibunya pagi semalam dan memberitahu dirinya tidak sihat.

"Selalunya dia akan berbual panjang tetapi semalam perbualannya tidak lama," katanya 
yang tinggal di Segamat, Johor.

Beliau berkata Syazleza merupakan anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai 
seorang cahaya mata berusia dua tahun. - Bernama

P/s- Mari sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah...

Adab Dan Amalan Sunat Ketika Berpuasa




1) Sahur
Sahur merupakan amalan sunat yang sangat dituntut oleh agama. Tuntutan ini banyak dirakamkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Antaranya:
Hadis daripada Anas bin Malik RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Bersahurlah kamu, sesungguhnya pada sahur itu mempunyai barokah (kebaikan).” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis daripada Amru bin al-Ash RA, Nabi SAW telah bersabda: “Membezakan antara puasa kita dan puasa ahli kitab (beriman pada Allah dahulu) adalah pada makan sahur.” (Riwayat Muslim)
Hadis daripada Abdullah bin Amru RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air.” (Riwayat Ibnu Hibban: Hadis Hasan)
Hadis daripada Abu HUrairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Nikmat sahur al-Mukmin adalah makan tamar.” (Riwayat Ibnu Abu Daud dan Ibnu Hibban: Sahih)
Itu adalah sebahagian daripada kelebihan bersahur. Jika kita lihat dari segi kesihatan juga ia amat baik, kerana kita akan menempuh tempoh puasa yang agak lama, maka tenaga yang cukup pada permulaan puasa adalah perkara yang sangat baik di samping dapat melakukan kerja-kerja seharian dengan baik sepanjang tempoh berpuasa.

2) Melambatkan Sahur
Waktu sahur yang paling afdhol adalah waktu yang agak hampir dengan waktu azan subuh. Tetapi tidak boleh lebih daripada selepas masuk waktu subuh, jika sudah masuk waktu subuh, maka kena berhenti makan.
Jika ada air di tangan yang tidak sempat untuk minum, atau makanan masih ada dalam mulut, maka boleh baginya untuk menghabiskan air tersebut sekadar keperluannya dan juga makanan yang berada di mulut tadi. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika seorang daripada kamu mendengar azan, dan cawan berisi air masih ada di tangan, maka jangan letak sehingga selesai hajatnya.” (Rwayat Abu Daud dan Al-Hakim: Sahih)
Juga hadis daripada Unaisah binti Habib RA, Nabi SAW bersabda: “Apabila Ibnu Ummi Maktum azan, maka boleh lagi makan dan minum, dan apabila Bilal azan (azan kedua), maka tidak boleh lagi makan dan minum.” (Riwayat An-nasa’I, Ibnu Hibban dan Imam Ahmad: Sahih)
Berdasarkan hadis tadi, kita dibenarkan untuk makan dan minum sehingga masuk waktu azan subuh. Jika dengar sahaja azan, maka saat itu berhenti daripada makan dan minum. Di sini menunjukkan bahawa Nabi SAW bersahur pada waktu hampir hendak masuk waktu azan subuh.

3) Mengawalkan berbuka puasa
Afdhal bagi orang yang berpuasa mengawalkan waktu berbuka. Apabila azan berkumandang, maka boleh terus berbuka puasa. Jangan lagi tunggu berbuka di tengah-tengah waktu azan, atau pun di akhir azan. Jika kita menunggu di tengah-tengah laungan azan, itu juga sudah dikira lewat kata ulama’. Justeru, berbukalah semasa takbir yang pertama seusai membaca doa.
Kelebihan ini berdasarkan hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Sahal bin Saad RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak hilang pada seseorang itu kebaikan selagi mana dia mengawalkan waktu berbuka.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4) Berbuka dengan memakan buah tamar terlebih dahulu
Berbuka dengan buah tamar atau kurma adalah sunnah perbuatan Nabi SAW, paling sedikit pun jika tiada buah tamar, pasti baginda akan meminum air dan selepas itu baru solat, ia bagi menandakan bahawa nabi mengawalkan waktu berbuka. Tetapi jika tiada buah tamar, makanlah apa-apa sahaja buah yang manis, yang mudah untuk dapatkannya jika sukar untuk dapatkan buah tamar.
Ini berdasarkan hadis daripada Anas RA: “Baginda SAW akan berbuka puasa dengan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat, jika tiada rutob, maka nabi akan memakan beberapa biji tamar, jika tiada, nabi saw akan minum air dengan beberapa tegukan.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi : Hasan)
Di sini menunjukkan bahawa Nabi SAW mencari perkara yang lebih afdhal dahulu iaitu berbuka, kemudian baru baginda tunaikan solat. Sama juga dengan keadaan kita hari ini, jika makanan sudah terhidang, maka lebih afdhal kita makan terlebih dahulu, kemudian baru tunaikan solat.

5) Doa ketika berbuka puasa
Selain kita mengamalkan doa yang sahih daripada Nabi SAW, kita juga dibenarkan untuk berdoa dengan apa-apa sahaja doa yang kita kehendaki, bulan Ramadan ini, kita harus memperbanyakkan doa pada setiap keadaan dan ketika. Kerana bulan ini adalah bulan ibadah, setiap detik dan saat diperuntukkan untuk beribadah kepada Allah SWT.
Nabi SAW membaca doa ini ketika berbuka:
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: “Telah hilangnya dahaga, dan telah basahlah tekak, dan telah ditetapkan ganjaran jika dikehendaki oleh Allah SWT.” (Riwayat Abu Daud dan An-Nasai’: Disahihkan oleh al-Bani)
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

6) Pemurah
Kita sering digalakkan untuk menjadi pemurah. Jadilah pemurah mengikut kemampuan yang ada pada kita, jika kita ada tenaga, kita bantu orang lain menggunakan tenaga kita, jika kita ada harta, kita gunakan harta kita untuk kurangkan beban orang lain serta perkara-perkara manfaat yang lain. Kita jangan fikir bahawa hidup di dunia ini, apa sahaja kita beri, kita inginkan balasan. Kita perlu juga fikir untuk memberi dalam kehidupan yang singkat ini.
Orang yang paling pemurah di dunia ini adalah Nabi SAW, ini berdasarkan hadis daripada Ibnu Abbas RA: “Nabi SAW adalah paling pemurah bagi sekalian manusia.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kita lihat bagaimana pengorbanan Nabi SAW kepada umatnya. Tiada inginkan balasan sentiasa, tetapi mengharapkan rahmat Allah SWT.

7) Sentiasa memperelokkan/memperbaiki bacaan al-Quran
Apabila kita melihat aktiviti harian Nabi SAW ketika di bulan Ramadan, setiap hari baginda akan tadarus al-Quran bersama Malaikat Jibril AS. Ini merupakan aktiviti yang sangat baik, walaupun Nabi SAW merupakan seorang Rasul, yang mana darjatnya lebih tinggi daripada Jibril, tetapi baginda tetap merendahkan diri untuk belajar dan tadarus al-Quran bersama Jibril AS.
Itu adalah kebaikan tadarus, apabila kita berada di bulan-bulan lain barangkali kita sibuk dengan urusan seharian, maka kita sering membaca al-Quran seorang diri. Kita tidak tahu bacaan kita mana yang betul, mana yang terkurang dan mana yang salah. Tetapi apabila kita bertadarus bersama sahabat-sahabat yang lain, ada juga orang yang ingin menegur bacaan kita seadanya. Kita hidupkan sekolah al-Quran di bulan Ramadan ini, supaya di dalam peningkatan umur ini, bacaan kita sentiasa bertambah baik.

8) Menghindarkan diri daripada perbuatan yang lalai dan maksiat
Di dalam sekolah Ramadan ini, kita disuruh untuk menjaga lidah kita daripada bercakap perkara yang sia-sia, menipu, mengumpat, mengadu domba, mencela, mengutuk, menjatuhkan maruah orang lain, dan sebagainya. Demikian juga pada anggota-anggota yang lain, kita perlu jaganya dengan sebaik mungkin daripada perkara yang haram.
Inilah rahsia di dalam Ramadan, mentarbiyah kita supaya menjadi orang yang bertaqwa yakni takut pada Allah pada setiap saat dan ketika. Untuk mencapai darjat ini, kita perlu usaha dalam sebulan ini dengan sebaiknya, kerana dengan izin Allah pasti diri kita akan sentiasa kuat apabila berada selepas sebulan Ramadan, di saat musuh-musuh ketat kita iaitu Syaitan tidak lagi dibelenggu.
Rahsia ini ada disebut di dalam firman Allah SAW yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqaroh ayat 183)
Juga Hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mencarut, bertelingkah, dan bersikap bodoh. Sekiranya ada orang mencerca atau ingin memeranginya (orang berpuasa), maka katakanlah : Sesungguhnya aku ini puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sunat bagi orang yang berhadapan dengan golongan yang disebutkan di atas, dia menyebut yang dia sedang berpuasa. Hukum ini boleh diguna pakai pada puasa sunat.

Melodi Janji Ditepati Ciplak Lagu Kristian Indonesia

LAGU tema Kemerdekaan tahun ini, Janji Ditepati sekali lagi mendapat kritikan warga internet kerana melodi lagu itu rupanya diciplak daripada lagu Kristian Indonesia.

Seorang penganut Kristian turut meluahkan kesedihannya melalui blog beliau apabila mendapati Lagu Janji Ditepati yang didengarnya saling tak tumpah seperti melodi lagu yang biasa dinyanyikannya di Gereja.

Menurut beliau melodi lagu itu serupa dengan sebuah lagu bertajuk "Serukan Namanya" yang merupakan sebuah lagu kerohanian penganut Kristian.



Anda dengar dan nilai sendiri. Di bawah ini lagu Janji Ditepati.








Di bawah ini pula lagu kerohanian Kristian, Serukan Namanya yang dimaksudkan.






Terbaik Dari Ping Busuk