Friday, August 31, 2012

Kesian!! Harimau Bintang Tercucuk Besi Pagar


Malang Harimau Bintang Tercucuk Besi | Mungkin sebelum ini ada yang perasan, sekeping gambar seorangbudak lelaki yang sedang memanjat pagar tetapi tercucuk besi. Tindakan budak lelaki itu adalah dikatakan cubaan untuk ponteng dari sekolah. Itu hal manusia, kali ini terjadi kepadaseekor harimau bintang apabila ia meraung kesakitan apabila satu daripada kakinya tercucuk besi ketika cuba melompat pagar sebuah kilang di Mysore. Kejadian ini terjadi di New Delhi.
Menurut saksi, harimau kumbang itu dipercayai memanjat pagar besi setinggi kira-kira tiga meter.
Bagaimanapun, ia tergelincir dan kaki belakangnya tertusuk besi pagar itu, menyebabkan dia terperangkap dan tidak boleh ke mana-mana.
Harimau bintang berusia empat tahun itu dilihat orang ramai yang melalui kawasan berkenaan pagi semalam.
Tindakan menyelamat segera dibuat sebaik saja pihak berkuasa dimaklumkan mengenai insiden itu.
Disebabkan liar, pihak berkuasa terpaksa menembak bius ke badan harimau bintang itu bagi melemahkannya dan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.
Kakitangan veterinar terpaksa menggunakan jaring besar sepanjang operasi menyelamat itu. Ketika masih pengsan, harimau bintang itu dibawa ke hospital berhampiran dan doktor segera menjahit lukanya.
Kejadian semalam adalah insiden ketiga membabitkan harimau bintang dilaporkan di kilang berkenaan.
Menurut pegawai perhutanan setempat, mana-mana haiwan yang cedera akan dirawat sebelum dibebaskan semula ke hutan.
Sementara itu, akhbar tempatan melaporkan, doktor veterinar mendapati luka di kaki harimau bintang itu hampir terkena perutnya.
Bagaimanapun, kecederaan itu tidak membimbangkan. Haiwan itu dijangka pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

Thursday, August 30, 2012

Venus, Kucing Bermuka Dua Yang Terkenal Di Youtube


Dunia internet kini hangat memperkatakan kucing bermuka dua iaitu Venus. Venus mempunyai muka yang sangat unik kerana Sebelah daripada bahagian mukanya berwarna hitam manakala sebahagian lagi berwarna kuning. Hal ini menyebabkannya mempunyai ramai peminat iaitu hampir 22,000 orang.




Namun demikian, ramai yang mempertikaikan muka semula jadi si kucing ini dengan ada sebahagian daripada mereka mengatakan yang gambar Venus di-edit menggunakan software Photoshop. Pemilik Venus telah menerbitkan video bagi membuktikan kesahihannya.




Sumber

Kesalahan Ketika Memakai Minyak Wangi




Anda pakai perfume tapi tak wangi macam kawan anda, padahal sama-sama pakai perfume yang berkualiti. Anda tak puas hati, orang di sekeliling semua memujinya dek kerana wangi badannya, tapi seorang pun tak puji anda. Kenapa? Kalau anda nak tau, sebabnya adalah anda menggunakan perfume dengan cara yang salah! Jom kami tunjukan kepada anda antara kesalahan ketika memakai Perfume =)

1. Pakai perfume semasa tubuh masih basah
Biasanya kita memakai perfume selepas mandi. Tapi jangan terus memakainya setelah habis mandi. Pakai setelah badan agak kering. Tunggu sejenak agar kulit anda mengeluarkan minyak semulajadi dari tubuh supaya perfume tersebut lebih serasi dengan minyak pada kulit anda.

2. Pakai perfume lebih daripada satu pada masa yang sama
Setiap perfume mempunyai keharmonian baunya tersendiri. Sekiranya anda menggunakan perfume lebih daripada satu pada masa yang sama, keharmonian perfume akan hilang. Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap perfume dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Oleh itu, elakkan menggunakan lebih daripada satu jenis perfume pada masa yang sama kerana ia menjejaskan keharmonian bau.

3. Pakai di tempat yang salah
Perfume berkesan kepada kulit yang ‘panas’ dan mempunyai peraliran darah yang baik. Oleh itu, kenal pasti tempat atau bahagian tubuh yang perlu dikenakan perfume. Sila klik di sini untuk mengetahui 7 point pada tubuh kita yang paling sesuai disapu perfume bagi mengekalkan keharuman perfume.

4. Pakai dari atas ke bawah
Selalunya kita pakai perfume mulda dari badan ke bawah kan? Cuba terbalikkan iaitu mulakan dari bahagian pergelangan kaki ke atas sehingga ke belakang telinga. Kaedah ini dapat menguatkan lagi bauan perfume tersebut.

5. Pakai perfume di baju
Pakai perfume pada badan bukannya pada baju. Selalu kita pakai perfume selepas pakai baju kan? So kali ni pakai perfume dulu baru pakai baju.

6. Menggosok perfume selepas pakai
Kalau jenis spray, selepas di spray di pergelangan tangan, jangan di gosok perfume tersebut kerana molekul perfume akan pecah seterusnya note atas or median akan hilang. Ini akan menyebabkan bau perfume menjadi kurang tahan lama.

7. Pakai perfume di tempat letak barang kemas/perhiasan/jam tangan
Anda juga jangan memakai perfume dekat barang kemas/perhiasan/jam tangan. Unsur-unsur kimia yang terdapat dalam barang-barang tersebut boleh mempengaruhi bau perfume apabila bercampur. Selain itu, dikhuatiri juga perfume akan merosakkan barang-barang tersebut.

8. Letak perfume di tempat terlalu panas/terlalu sejuk
Faktor terakhir kenapa perfume anda pakai tidak menghasilkan bau yang maksimum adalah kerana anda menyimpan perume tersebut pada suhu yang tidak sesuai seperti dalam kereta yang terdedah dengan suhu yang panas. Perfume hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk. Suhu yang tidak sesuai akan memusnahkan molekul-molekul yang membentuk bau wangi perfume tersebut.

Gambar!! Samsung Bayar Saman Apple Dengan Menggunakan Duit 5 sen



Pada mulanya, pengawal keselamatan yang melindungi kemudahan menyangka ia dialihkan ke tempat yang salah, tetapi beberapa minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutif menjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.

Apa yang lucunya adalah dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhone sedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.


Lee Kun-Hee berkata, ia adalah taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala kerana mereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.

Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itu tidak akan takut oleh sekumpulan “Geeks dengan gaya” dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.

Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.

Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkan persengketaan pada minggu ini - Sumber


Sadis sungguh..hahaha

Saturday, August 25, 2012

Kesan Buruk makan Kuning Telur



Para pakar kesihatan menemui bahawa pengambilan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis, penyakit arteri koroner, seperti halnya merokok.

Dr. David Spence dari Western University , Kanada, dan pasukannya meneliti lebih dari 1200 pesakit di London Health Sciences Centre’s University Hospital. Mereka menemui bahawa mengambil telur secara teratur, dua per tiga sama buruknya dengan merokok. Dengan kata lain, baik merokok mahupun memakan kuning telur dapat mempercepat aterosklerosis.

Aterosklerosis adalah perubahan pada pembuluh darah dimana plak terbentuk pada dinding arteri bahagian dalam dan diperburuk dengan kolesterol. Plak yang pecah merupakan penyebab yang utama sebahagian besar serangan jantung dan stroke.

Penelitian tersebut juga menemukan bahawa orang yang mengambil tiga atau lebih kuning telur dalam seminggu, memiliki kesan plak secara signifikan, lebih dari orang yang makan dua atau kurang kuning telur seminggu.

“Telah diketahui sejak lama bahawa pengambilan kolesterol yang tinggi meningkatkan risiko kardiovaskular, dan kuning telur memiliki kolesterol yang sangat tinggi. Pada penghidap diabetes, mengambil telur dalam sehari dapat meningkatkan antara 2 hingga 5 kali ganda risiko koroner.” kata Dr. Spence, yang mengetuai kajian.

Sumber

Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Di Dunia

Rasanya ramai yang beranggapan telefon paling lasak di dunia adalah telefon bimbit jenis nokia 3310 bukan? boleh dianggap telefon lagenda buat masa sekarang.. haha, salah jawapannya, kerana telefon bimbit paling tahan lasak di dunia ialah Telefon bimbit Sonim Technologies model XP3300 Force merupakan telefon bimbit yang paling tahan lasak di dunia dan telah menerima anugerah Guinness World Record untuk kategori Telefon Bimbit Paling Tahan Lasak Dunia.


Telefon Bimbit itu telah berjaya membuktikan ketahanannya walaupun telah dijatuhkan dari ketinggian 25.29 meter (82 kaki 11.67 inci) ke atas konkrit dan tidak mengalami sebarang kerosakan operasi semasa demonstrasi di negara Belanda. Malah gajet itu tidak rosak walaupun direndam di dalam air selama lapan jam. Telefon Bimbit ini juga tahan suhu panas sehingga 75 darjah Celcius dan takat beku -30 darjah Celcius di bawah paras beku selain kalis gegaran dan tekanan melebihi satu tan.

Percubaan rekod itu yang diadakan di Epe telah dianjurkan oleh pembuat Telefon Bimbit berkenaan untuk menunjukkan ketahanan telefon berkenaan dan khabarnya peralatan yang digunakan untuk mengesahkan altitud telah pun disahkan sebagai alat tentukur tepat oleh pakar yang sesuai sebelum percubaan itu, di samping kehadiran dua jurutera dari institut Dutch Metrology yang juga hadir untuk mengesahkan ukuran tepat jarak kejatuhan telefon itu.

Telefon bimbit itu dilindungi kerangka plastik dan getah berwarna kuning cerah dan hitam yang tahan lasak manakala beratnya pula rata-rata 130 gram. Ia lebih tebal berbanding kebanyakan telefon bimbit lain tetapi jauh lebih lasak.


Walau bagaimanapun telefon tersebut hanya berjaya untuk kekal dalam keadaan baik selepas kejatuhan 10 meter dan 25 meter, namun setelah dijatuhkan pada ketinggian 30 meter is sudah tidak berfungsi dengan baik.

Berikutan dengan kejayaan percubaan tersebut, wakil pengadil dari Guinness World Record (GWR), Lucia Sinigagliesi memberikan sijil perakuan GWR kepada Pengarah Urusan Sonim, Benelux Roy Vervenne sebagai tanda kejayaan syarikat Telefon Bimbit itu.

Rekod sebelum ini dipegang oleh telefon lasak JCB, yang hanya mempunyai ketahanan pada ketinggian 3.25 meter.

Sumber

Gadis Yang Bangga Kehilangan Dara



Mereka golongan terpelajar dan menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan tersebut.

Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak ingin melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.

Malah, sesiapa yang masih dara akan dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.

Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Sumber

Gila ! Orang Lain Study, Lelaki Ni Sibuk Buat Projek


Apa sudah jadi dengan remaja sekarang ni ! sampaikan begini sekali perangainya..pelajar lain sibuk belajar, pasangan remaja ni sibuk buat projek pulak..

Dimana hilangnya rasa malu dan berdosa? kejadian ini bukan berlaku di negara kita, tetapi jangan biarkan perkara sama berlaku..jaga maruah dan pergaulan tu..



Sumber:

Sunnah Dan Adab Ketika Menyambut Hari Raya


 
 
 
Eid al-Fitri atau Hari Raya Fitrah adalah hari yang disyariatkan umat Islam menyambutnya sebagai hari bergembira dan bersyukur di atas nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada hamba-Nya yang berjaya melakukan ibadat pada bulan Ramadan.

Oleh itu untuk mendapatkan kesempurnaan sambutan ini, hendaklah mengikut panduan sunnah Rasulullah SAW menyambut Hari Raya, antaranya ialah;

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.
Imam Malik meriwayatkan: “Sesungguhnya Abdullah bin Umar akan mandi pada pagi hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat hari raya.” 
Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama‟ telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.

2. Makan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya ‘Eid al-Fitri dan untuk ‘Eid al-Adha makan selepas solat.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” [HR Al-Bukhari: 953].

Sekiranya tidak ada tamar, makanlah sesuatu yang harus dimakan. Al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani mengulas hadis ini dengan berkata: “Ini kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, ia juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah SWT (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” [Fath al-Bari: 2/446].

3. Bertakbir pada hari Raya
Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” [Al-Baqarah: 185].

Daripada al-Walid bin Muslim katanya: “Aku bertanya kepada al-Auza’ie dan Malik bin Anas tentang menzahirkan takbir pada dua hari raya. Kata mereka berdua: “Ya, adalah Abdullah bin Umar menzahirkan takbir pada hari raya al-Fitri sehinggalah Imam keluar (untuk menunaikan solat raya).”

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.

4. Takbir Hari Raya
Di dalam Musannaf Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih daripada Ibnu Mas‟ud ra. yang bertakbir pada hari Tasyrik.

Kata ulama, “Ada keluasan dalam lafaz takbir ini, mana-mana lafaz boleh dibaca dan amalkan.” Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat; di masjid, di rumah dan di pasar-pasar.

5. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya
Termasuk dalam adab berhari raya ialah menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik 

6. Berpakaian baru/cantik di hari raya
Daripada Jabir katanya: “Nabi SAW mempunyai sehelai jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” [Sahih Ibnu Khuzaimah: 1765].

Memakai pakaian cantik pada hari raya ini adalah untuk kaum lelaki. Adapun untuk kaum wanita mereka boleh mengenakan pakaian yang biasa (di sebelah luar/atasnya) seperti sabda Nabi SAW: Maksudnya: “Jangan kamu tegah hamba perempuan Allah daripada masjid Allah, tetapi hendaklah kaum wanita keluar dalam keadaan meninggalkan wangian” [HR: Ahmad dan Abu Daud “Sahih”].

Keluar dengan berpakaian biasa di luar dan tidak bertabarruj berhias dan mengenakan wangian yang boleh dihidu baunya oleh lelaki ajnabi. Sekiranya wanita berkumpul dalam kelompok mereka sahaja tidak mengapa untuk berpakaian cantik.

7. Keluar ke tempat solat melalui jalan lain dan balik melalui jalan yang lain.
Daripada Jabir bin Abdillah ra katanya: Maksudnya: “Adalah Nabi SAW, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” [Al-Bukhari: 986]

Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini;
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Hal ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya daripada perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam.
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah SWT. 
iv. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan silaturrahim. 

8. Solat Hari Raya. Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya. Sebahagian mengatakan hukumnya sunat muakkad/ fardhu kifayah dan fardhu ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh beberapa orang ulama semasa. 

Cara-caranya (kaifiyat) Solat Hari Raya.
a- Solat hari raya tidak perlu dilaungkan azan dan iqamah. Ditunaikan sebanyak dua rakaat. Rakaat pertama ada tujuh kali takbir dan rakaat kedua ada lima kali takbir. Hukum bilangan takbir ini adalah sunat bukan wajib. Jika takbir ini tertambah atau terkurang, solat hari raya tetap sah. Sunnah mengangkat tangan ketika takbir-takbir ini kerana thabit daripada para sahabat Nabi SAW.

b-Imam membaca pada rakaat yang pertama surah al-A‟la dan pada rakaat kedua membaca al-Ghasyiah berdasarkan hadis riwayat Muslim, atau membaca surah Qaf pada rakaat pertama dan membaca surah al-Qamar pada rakaat kedua, juga berdasarkan hadis riwayat Muslim. Kedua-dua bacaan ini sahih dari Nabi SAW. 

c- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah. Ini berdasarkan hadis Ibnu Abbas katanya:
“Aku menyaksikan Rasulullah SAW menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.” 

d- Menyegerakan solat hari raya dan tidak memanjangkannya. Disunatkan menyegerakan solat hari raya selepas terbitnya matahari (selepas waktu larangan). Ibnu Hajar al-Asqalani telah menukilkan di dalam Fath al-Bari: “Telah sepakat para fuqaha‟ bahawa solat hari raya tidak dilaksanakan sebelum atau ketika terbit matahari, sebaliknya ia dilakukan ketika disunatkan solat sunat.” 

9. Keluar dengan berjalan kaki ke tempat solat hari raya. Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Umar katanya: “Adalah Rasulullah SAW keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” [Sahih Ibnu Majah “Hasan”] 

Kata Ibnu al-Munzir: “Orang yang berjalan kaki ke hari raya (tempat solat hari raya) adalah lebih baik dan lebih hampir kepada maksud tawaduk dan tidak mengapa bagi sesiapa yang berkenderaan.” 

Bagi mereka yang uzur atau rumahnya jauh dari musalla / masjid tidak mengapa naik kenderaan. 

10. Wanita yang uzur juga keluar menyaksikan solat hari raya. Para wanita keluar untuk menunaikan solat hari raya adalah termasuk di dalam sunnah Nabi SAW. Untuk menyaksikan perhimpunan umat Islam dan mendengar nasihat (khutbah). 

Daripada Umm Atiyyah katanya: “Kami disuruh oleh Nabi SAW untuk mengeluarkan mereka (semua wanita) pada hari raya al-Fitri dan al-Adha; wanita yang baru baligh atau hampir baligh, wanita haid dan anak dara. Adapun wanita haid diasingkan daripada tempat sembahyang.” 

11. Zakat Fitrah. Nabi SAW menyuruh membayar zakat al-Fitr sebelum solat hari raya. Harus mengeluarkannya sehari atau dua hari lebih awal. Imam al-Bukhari meriwayatkan: “Adalah mereka (sahabat Nabi SAW) mengeluarkan (zakat al-Fitr) sebelum hari raya sehari atau dua hari.” 

Kesalahan yang dilakukan pada hari raya
Pergaulan/ikhtilat yang bebas pada Hari Raya. Ramai dalam kalangan kita telah mengambil mudah akan hal ini. Apabila hari raya datang, mereka menganggap hari raya adalah “hari kebebasan” iaitu hari yang terlepas daripada ikatan agama (agama asing, kita asing). Mereka menganggap hari raya ini merupakn lesen bagi mereka untuk bebas bercampur gaul, bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram (Ajnabi: yang halal dinikahi), berpakaian dan berhias sebebasnya bagi perempuan dan rumah-rumah pula dipenuhi dengan alunan muzik dan filem-filem yang melalaikan. 

Semoga ‘Eidil-Fitri yang kita sambut pada tahun ini dipenuhi dengan keberkatan dan kebajikan. 

http://www.abuanasmadani.com

Wednesday, August 22, 2012

Kolam Renan Paling Dalam Di Dunia


kolam renang paling dalam

Kolam renang paling dalam di dunia ini terletak di Brussels, Belgium dengan kedalaman 34.5 meter dan untuk memenuhkan kolam renang ini sejumlah 2.5 juta padu air diperlukan.Kolam renang yang diberi nama sebagai Nemo 33 ini telah direka oleh John Beernaerts seorang pakar selam yang juga dari Belgium

Nemo 33 merupakan kolam renang yang terdiri daripada struktur dalam air dengan platform yang rata pada kedalaman pelbagai dan mempunyai dua kawasan yang rata berdasar pada tahap kedalaman 16 kaki (5 Meter) dan 33 Kaki (10 Meter)dan bahagian paling adalah adalah merupakan sebuah lubang besar yang mempunyai kedalaman maksimum 108 Kaki (33 Meter). 

kolam renang paling dalam1kolam renang paling dalam2kolam renang paling dalam3kolam renang paling dalam4kolam renang paling dalam5kolam renang paling dalam6kolam renang paling dalam7kolam renang paling dalam8kolam renang paling dalam9kolam renang paling dalam10

Sumber

Wednesday, August 15, 2012

Fruit Ninja Dalam Dunia Nyata (Video)

http://speakerpecah.blogspot.com


Jika anda penggemar permainan video, pasti anda akan kenal dengan permainan bertajuk 'Fruit Ninja' yang menggunakan shuriken dan pisau untuk menghancurkan buah bagi mendapat mata tambahan. Itu kisah permainan video, bagaimana pula jika ia terjadi di dunia nyata ?
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Ia memang wujud di dunia nyata apabila seorang penduduk China, Ye Tongxin, mampu memotong buah dan sayur dengan menggunakan daun terup plastik ala-ala hero Fruit Ninja. Dia berbuat demikian untuk berusaha bagi mencatatkan rekod baru Guinnes selaku orang terbaik di dunia untuk melakukannya.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Menurut sumber, Tongxin, 48, sudah menjalani latihan itu sejak 10 tahun lalu dan beliau dikatakan berlatih selama dua jam setiap malam bagi memantapkan kemahirannya dalam membaling kad sepantas sebuah kereta api laju.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Tongxin berkata, kad yang dibalingnya bergerak selaju 50 meter dalam setengah saat. Ini bermakna kad itu terbang dari tangannya selaju 360 kilometer sejam.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Persembahan terbaiknya ialah memotong sebaris 12 timun dalam masa 47.2 saat. Bagaimanapun, matlamat Tongxin ialah memotong 18 timun kurang daripada seminit bagi mencipta rekod baru dunia.


Pelik!! Ayam Menghasilkan Telur Yang Luar Biasa


http://speakerpecah.blogspot.com


LONDON - Ketika Annie Egginton meraikan majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-59 baru-baru ini, dia terkejut apabila mendapati 'hadiah' luar biasa berbentuk telur ayam yang jauh lebih besar daripada telur ayam biasa. 
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Menurut sumber, pasangan Annie dan suaminya Steve Egginton, bagaikan tidak percaya apabila melihat telur seberat 170 gram berbanding telur biasa 57 gram yang dihasilkan oleh ayam betina peliharaannya itu.

http://speakerpecah.blogspot.com

Menurut Egginton, 60, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun mula memelihara ayam lebih tiga dekad lalu. Ketika ini, mereka memelihara tiga ayam bernama Jessica, Doris dan Henryetta untuk membekalkan telur bagi kegunaan harian. 
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com 
Walaupun mempunyai keistimewaan begitu, Egginton tidak bercadang menyimpan telur dihasilkan Jessica itu, sebaliknya ia dijadikan hidangan sarapan. 

“Ia sangat lazat dan mengenyangkan,” katanya.

Sumber

Terbaik Dari Ping Busuk