Saturday, September 14, 2013

Tanah Runtuh Di Bukit Bendera



GEORGE TOWN - Sekurang-kurangnya 13 kawasan tebing di sekitar Bukit Bendera dikesan runtuh berikutan hujan lebat tanpa henti tiga hari lalu.
Antara yang teruk terjejas ialah Jalan Bukit Bendera di Kilometer (KM) 4 apabila sebahagian jalan sepanjang 20.8 meter runtuh.
Sumber Jabatan Kerja Raya (JKR) memberitahu, runtuhan tebing juga dikesan di KM 2.1 dan KM 2.5 (Stesen 84).
"Bagaimanapun kedua-dua jalan masih selamat dan boleh dilalui kenderaan.
"Kesan runtuhan juga boleh dilihat di beberapa kawasan lereng bukit yang menyebabkan beberapa pokok besar tumbang," ujarnya.
Difahamkan kerja-kerja membaiki jalan ini akan mengambil masa empat bulan disebabkan masalah kesukaran laluan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang meninjau keadaan di situ petang tadi meminta orang ramai terutamanya para pendaki berhati-hati terutama pada musim hujan.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk