Thursday, January 10, 2013

Kru Jalan-Jalan Cari Makan TV3 Kemalangan Van


Kru Jalan-Jalan Cari Makan TV3 Kemalangan Van | Siapa di sini peminat rancangan Jalan-Jalan Cari Makan? Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan sudah lama ditayangkan di kaca TV3 dan sering bertukar hos demi menaikkan kualiti rancangan. Namun tahukah anda, bahawa mereka ini bersama kru-kru Jalan-Jalan Cari Makan telah mengalami kemalangan jalan raya. Van yang dipandu oleh kru telah terbalik dan ia telahberlaku di Petaling Jaya.
Tujuh kakitangan Media Prima Berhad hampir maut apabila van dinaiki mereka terbalik akibat dirempuh sebuah kenderaan serba guna (MPV) di simpang tiga Persiaran Bandar Utama, di sini pagi semalam.
Dalam kemalangan jam 8.30 pagi itu, tiga daripada tujuh kru program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) berkenaan masing-masing patah kaki, patah pinggang dan hidung.
Ketika kejadian, semua krew terbabit baru saja keluar dari Sri Pentas menuju Lapangan Terbang Subang untuk ke Langkawi bagi menjalankan penggambaran.
Bagaimanapun, ketika melalui persimpangan lampu isyarat, kenderaan yang mereka naiki dirempuh dari arah bertentangan lalu terbalik.
Pemandu MPV itu melanggar tiang lampu isyarat sebelum merempuh van berkenaan.
Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba lima minit kemudian membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Kesemua mereka dibawa ke hospital berdekatan.
Sumber : Harian Metro

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk