Thursday, January 10, 2013

Lenovo Perkenal IdeaPhone K900 5.5 inci Dengan Pemprosesan Dual Core Atom


Semasa CES 2013 semalam, Lenovo telah memperkenalkan telefon pintar baru mereka khusus untukpasaran China iaitu Lenovo IdeaPhone K900. Peranti bersaiz 5.5 inci ini menggunakan pemprosesan 2Ghz dual-core Atom, yang dipercayai peranti pertama menggunakan pemprosesan baru dari Intel.
lenovo ideaphone k900 01
Peranti ini hanya senipis 6.9mm dan paparan skrinnya berupaya memaparkan 1080p definasi tinggi(HD) dengan 400 ppi. Badan Lenovo IdeaPhone K900 ini diperbuat daripada stainless steel danpolycarbonate yang membuatkan peranti ini tampak gagah tetapi ringan. Corak dan rekabentuk pada belakang peranti sangat menarik dan kelihatan eksekutif. Bukan setakat itu sahaja, pengguna dapat menukar pelindung pada bahagian belakang peranti dengan 4 pilihan warna yang berbeza.
lenovo ideaphone k900 02
Berdasarkan maklumat dari The Verge, peranti ini sangat pantas dan ini mungkin disebabkan faktor pemprosesan terbaru keluaran Intel. Selain itu, IdeaPhone K900 menggunakan sistem operasiAndroid Jelly Bean. Kamera 13 megapiksel tersedia pada peranti ini dengan keupayaan lensa kamera sehingga f1.8.
Menurut Lenovo, IdeaPhone K900 akan mula dipasarkan di China pada bulan April tahun ini. Walau bagaimanapun, harga rasmi peranti ini belum didedahkan.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk