Thursday, July 26, 2012

143 Ekor Kambing Mati Dipanah Petir

KILAT yang berlaku ketika hujan lebat di Kampungan Chagankule pada jam 1.00 tengahari telah membawa bencana yang agak besar, kepada manusia dan haiwan ternakan.

Panahan kilat telah membunuh 143 ekor kambing dan lebih 30 ekor lagi dihanyutkan oleh arus banjir. Kerugian dari kematian haiwan ternakan sahaja dianggarkan sebanyak 200,000 Yuan (US$32,000).

Kehidupan harian penduduk turut terjejas oleh banjir besar yang melanda daerah Xinjiang, China itu. Bagaimanapun tiada kematian jiwa manusia atau runtuhan struktur bangunan yang dilaporkan. 

Selain banjir dan kilat, daerah itu turut dilanda ribut kencang. -RR/PjO



Sumber

No comments: