Dengan 58 huruf, kampung di United Kingdom menjadi satu-satunya kampung yang mempunyai nama terpanjang di dunia. Desa ini mempunyai nama Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch, dan sebelumnya bernama Llanfair Pwllgwyngyll.
Seperti dilaporkan dari BBC, Sabtu (24/3/2012), Kampung ini terletak di Pulau Anglesey, Wales Utara, untuk menarik minat pelancong asing pada tahun 1860an, kampung ini sengaja diubah nama. Idea ini pun akhirnya berjaya, setelah berganti nama menjadi sangat panjang, pelancong pun banyak yang berkunjung ke kampung ini kerana ingin tahu.
Selain para pelancong tertarik dengan nama kampung yang sangat panjang, stesen bergaya Victorian yang mempamerkan lokomotif keretapi wap purba, dan kedai-kedai cenderamata dan kraf tangan khas Wales juga menjadi daya tari pelancongan tersendiri. Tak hanya itu saja kampung ini juga mempunyai gereja peninggalan abad ke-15, Gereja St. Tysilio.
Nama kampung ini juga menjadi popular selepas Putera William dan Kate Middleton membina rumah pertama mereka di sini. Putera William ditempatkan oleh tentera nasional Inggeris di pulau ini, dan pusat latihan ketenteraan terletak 27 kilometer dari kampung ini.
No comments:
Post a Comment