Sebuah kapal meletup ketika sedang mengisi minyak di jeti Petronas Mega
Methanol di Labuan jam 2.30 pagi tadi..Difahamkan letupan berlaku berlaku
2 kali pada jam 2.30 pagi tadi dan jam 7.30 pagi..Teruskan membaca untuk
Videonya...
Kapal MISC Bunga Alpinia 3 yang meletup menyebabkan kebakaran besar
hampir keseluruhan kapal tersebut. Kerja-kerja mencari 5 orang mangsa masih
giat dilakukan..Sehingga kini masih belum dapat dipastikan lagi punca sebenar
kejadian tersebut.
Video tersebut
Sumber
UPDATE: Sehingga jam 8 malam tadi, 27/07/2012, dua lagi mayat mangsa ditemui terapung lebih kurang jam 1 tengah hari tadi 30 meter dari kawasan kejadian..Mayat mangsa dihantar ke hospital Labuan untuk pengecaman dan bedah siasat. Dalam
kejadian semalam, seorang anak kapal maut manakala empat lagi hilang apabila
kapal yang membawa muatan bahan kimia itu meletup selepas disambar petir.
Senarai nama mangsa:
Shahril Azmi Baharuddin, 28 tahun, Berasal dari Melaka.
Muhammad Nazrin Khamasani, 20 tahun, Berasal dari Kuala Lumpur.
Muhammad Hanafi Khalil, 24 tahun, Berasal dari Melaka.
Zahari Hassim, 46 tahun, Berasal dari Negeri Sembilan.
Colanggoy Errol Calaluan, 22 tahun, Rakyat Filipina
.
No comments:
Post a Comment