Makanan favourite di Jepun ini telah lama mendapat tempat di mulut orang seluruh dunia. Di hidangkan dengan variasi citarasa pelbagai pilihan, sushi sememangnya makanan yang ringkas dan fresh tanpa minyak berlebihan dan sesuai untuk semua lapisan umur. Terbaru seorang chef kacak dan terkenal di Filipina telah membuat semula rekod dunia milik dirinya sendiri sebelum ini dengan mencipta sushi paling mahal.
Chef Angelito Araneta Jr. telah membuat semula sushi paling mahal di dunia ini dengan dihiasi beberapa aksesori eksklusif seperti berlian Afrika dan mutiara. Bukan senang makan sushi dapat berlian dan mutiara kan. Awesome habis!
Araneta telah diiktiraf Guinness World Records pada 2010 sebagai pencipta sushi paling mahal di dunia sebelum ini. Kelihatannya beliau seorang pencipta sushi sejati, kalau orangMelayu dah lama nama kena cop Mat Sushi. Hihi..
5 potong sushi ini dijual dengan harga RM 6057.10. Hmmm boleh beli motor baru sebiji dah harga tu.. hehe.
Mungkin ada yang membeli tapi bukan kerana kesedapannya, tapi kerana nilai eksotik dan rekod dunia milik sushi ini.
No comments:
Post a Comment