Monday, July 16, 2012

Makan OTak Manusia Mentah-Mentah




Polis di kawasan terpencil di Papua New Guinea menahan sekumpulan anggota pengamal kanibal yang dituduh membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada organ sulit mangsa, lapor akhbar.




Suspek seramai 29 orang itu adalah sebahagian daripada kumpulan 1,000 orang yang dibentuk untuk melawan dukun sesat dan dilaporkan akhbar The National, mula mengenakan yuran yang tinggi.Kos bagi dukun untuk mendedahkan punca kematian atau membuang roh jahat biasanya adalah 1,000 kina (RM1,503) dibayar tunai, ditambah dengan seekor babi dan sekampit beras, tetapi sesetengahnya juga menuntut khidmat seks sebagai bayaran.

“Ia bertentangan dengan moral dan etika tradisional kami untuk seorang dukun melakukan hubungan seks dengan isteri atau anak perempuan seseorang, kata seorang pemimpin tempatan di Tangi, kawasan pedalaman di wilayah Madang di pantai timur laut negara itu. “Ia menjadi punca utama kekecewaan yang mendorong kepada pembentukan kumpulan untuk memburu dukun seumpamanya.

“Selepas beberapa waktu, apabila mereka dibebaskan untuk menjalankan kegiatan rawatan itu, kami mula berasa letih dan bosan,” katanya.Terdapat kepercayaan yang meluas dalam ilmu hitam di Papua New Guinea di mana kebanyakan orang tidak dapat menerima keadaan semula jadi menjadi punca kepada nasib malang, penyakit, kemalangan ataupun kematian.

Penduduk berazam untuk membalas dendam terhadap dukun yang mengambil kesempatan melalui latihan kuasa ghaib daripada ketua kampung, menggunakan pisau “dijampi’ untuk memburu dan membunuh tujuh orang sejak April lalu, lapor akhbar itu.-HM

No comments: