Sunday, July 29, 2012

Gempar: Bayi Disembelih Dengan Kejam


Betapa gila dan kejamnya manusia zaman kini yang hilang kewarasan sehingga seorang bayi pun sanggup disembelih. Entah apa yang merasuk di fikiran manusia durjana di China itu sehingga tergamak melakukan perbuatan keji tersebut. Hanya orang yang memang tidak waras dan kejam sahaja yang sanggup menyembelih seorang bayi:
Berita dari myMetro hari ini, seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah dengan kesan kelar di leher dilaporkan semakin pulih.
Bayi tersebut yang ditemui bersama uri yang masih melekat dibadannya diselamatkan selepas seorang lelaki yang mencari barang lusuh terserempak dengan beg plastik berkenaan di bandar Anshan, Liaoning.
Penduduk tempatan menghubungi polis sebelum bayi terbabit dikejarkan ke hospital dan keadaannya dilaporkan kritikal. Seorang saksi berkata, bayi itu masih bernafas dan denyutan jantungnya dapat dilihat.

No comments: