Wednesday, September 5, 2012

Fakta Menarik Mengenai Semut




Pernah tak dulu-dulu masa sekolah suka tengok semut dan memerhatikan pergerakkan mereka.Mengapa semut akan berhenti seketika jika bertembung dengan semut yang  lainnya? Semut yang kelihatan “saling menyapa” ketika bertemu itu sebenarnya sedang berkomunikasi. T.C. Schneirla, seorang saintis di New York University, pernah melakukan kajian terhadap semut.
Beliau meletakkan seekor semut ke dalam tempat yang berisi makanan. Seekor semut yang lain pula diletakkan ke dalam bekas yang berisi semut-semut musuh. Kemudian kelakuan kedua semut ini diamati terutama ketika berpasangan dengan semut-semut yang lain di jalanan.

Dari kajian itu, Schneirla menyimpulkan bahawa zat kimia yang dikeluarkan dari makanan ataupun dari musuh semut akan menempel pada semut itu. Ketika bertemu dengan semut yang dianggap sebagai rakannya, semut ini akan saling menyapa (bersentuhan).
 

Dengan saling 'menyapa' inilah zat kimia dari semut akan memberitahu rakannya (melalui antena di kepala semut) tentang keadaan sekitarnya sama ada terdapat makanan ataupun musuh.
Istimewanya Makhluk Allah Ini.

Cuba perhatikan kehidupan masyarakat semut. Teknologi, kerja gotong-royong, strategi ketenteraan, jaringan komunikasi yang maju, hierarki yang rasional dan cerdik, disiplin, perencanaan kota yang sempurna dan pelbagai ciri lain yang amat istimewa untuk di ambil.

Keajaiban dan Fakta Menarik Tentang Semut.

1. Semut mempunyai 500 000 sel saraf yang termuat dalam 2 atau 3 milimeter tubuh mereka. (Harun Yahya)
2. Semut berkomunikasi dengan isyarat kimiawi iaitu semiokemikal zat kimia yang digunakan semut untuk tujuan menetapkan komunikasi.
3. Semut yang paling berbahaya adalah semut bulldog hitam dari Australia, bisanya mampu membunuh manusia.
4. Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.


Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk