Friday, September 21, 2012

Wanita Ini Umur 44 Tahun Tapi Masih Kelihatan Seperti Umur 20 Tahun



Wow! Memang cantik dan menawan..Masako Mizutani masih mempunyai wajah seperti gadis remaja padahal umurnya sudah mencapai 40 tahun.  Masako berasal dari Jepun dan dikenali sebagai “Japan’s Lady Of Eternal Youth” atau wanita Jepun yang memiliki kecantikan abadi. Ketika ini usianya sudah 44 tahun  tetapi masih mempunyai wajah seperti gadis remaja 20-an.
Masako Mizutani dilahirkan pada tahun 1968 dan tinggal di Nagoya, telah dikurniakan 2 orang anak dan yang sulung berumur 21 tahun. Lebih mengkagumkan pada Masako adalah tidak nampak pun kerutan penuaan pada wajahnya.


Beberapa tips kecantikkan yang disebutkan oleh Masako adalah memperbanyakkan minum air putih yang berfungsi untuk membuang racun dalam badan, memakanan makanan yang mengandungi konsumsi sihat dan segar, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar serta menggunakan krim wajah yang mengandungi vitamin E. Jangan lupa untuk tidur yang cukup dan tidak merokok.
Lagi gambar Masako Mizutani dibawah..








Masako memerlukan waktu selama 5 jam untuk merawat wajahnya, dengan membersihkan wajah, memakai toner, pelembab, sunblock dan krim Vitamin E dan kadang-kadang pergi ke facial saloon. Tidak ada yang pelik dan aneh yang dilakukan oleh Masako untuk merawat kecantikkan dan kesihatan dirinya. Semuanya seperti yang dilakukan wanita umunya. Sederhana kan?
Wanita Asia memang sangat mempersona dan cantik-cantik belaka. Ini alasan mengapa ramai lelaki eropah lebih menyukai mempunyai pasangan wanita Asia. Orang Asia bagaimana?


Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk