Tuesday, November 6, 2012

500 Kucing Diselamatkan Dari Menjadi Santapan Restoran di China



 Kesian melihat nasib kucing-kucing ini yang hampir sahaja menjadi santapan di sebuah restoran di China. Lori kontena yang membawa kucing-kucing ini ditahan untuk pemeriksaan, apabila ditanya kepada pemandu lori tersebut, beliau memberitahu kandungan didalamnya adalah arnab. Tetapi kemusykilan menyebabkan pihak polis melihat sendiri dan terkejut apabila muatan yang dibawa lori kontena ini adalah sekumpulan kucing yang ingin dibawa ke restoran untuk dijadikan makanan disana.

Kucing-kucing ini diletakkan didalam sangkar yang kecil menyebabkan kucing tidak dapat berdiri. Ada juga diletakkan didalam beg yang diebuk lubang untuk kucing bernafas. Kebanyakan kucing mengalami sesak nafas akibat didalam guni dan semua kucing kelaparan. Kesemua 500 ekor kucing yang berjaya diselamatkan sekumpulan polis.

Setelah berbincang dengan pemandu lori, kucing ini dibayar 3500 yuan oleh pencinta haiwan. Difahamkan, kucing-kucing ini diangkut tanpa makanan dan air menyebabkan kucing seperti diseksa. Draf undang-undang perlindungan haiwan telah dikemukakan kepada kerajaan China tetapi masih belum dululuskan.

Mungkin di sana tidak menjadi kesalahan rakyat China makan kucing , tetapi bagi kita, ia adalah sesuatu yang sangat keji, kerana kucing adalah haiwan peliharaan yang sepatutnya berada disisi manusia.





sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk