Monday, November 12, 2012

Gempar!! 3 Anggota Polis Rogol Gadis Indonesia,...Rela Atau Paksa?



Seorang pembantu restoran warga Indonesia membuat laporan polis kerana mendakwa dipaksa melakukan hubungan seks ketika ditahan di sebuah balai polis di sini semalam.

Mangsa, Siti Maemanah Kasman, 25, mendakwa dalam kejadian itu, dia ditahan oleh tiga anggota polis berusia lingkungan 20 hingga 30-an berdekatan sebuah pusat beli-belah di Perai semasa berada di dalam sebuah teksi, pada pukul 6.20 pagi.

Katanya, anggota tersebut yang memakai uniform lengkap memintanya menunjukkan pasport.
"Ketika itu saya hanya membawa salinan pasport sahaja dan salah seorang anggota polis tersebut memberitahu ia sudah tamat tempoh dan tidak sah.

"Selepas itu, saya dibawa ke sebuah balai polis dan dimaklumkan akan ditahan di lokap. Saya minta dilepaskan tetapi salah seorang anggota tersebut memaksa saya melakukan hubungan seks dengan ketiga-tiga mereka," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat MCA Bahagian Bukit Mertajam di sini hari ini.

Yang turut hadir Penyelaras Barisan Nasional (BN) Bukit Mertajam, Lau Chiek Tuan dan Pengerusi Wanita MCA Bukit Mertajam, Goh Swee Gim.

Menurutnya, dia terpaksa akur melakukan hubungan seks di sebuah bilik di balai tersebut sebelum dihantar pulang ke rumahnya di Taman Impian Alma pada pukul 7.30 pagi oleh salah seorang daripada mereka dengan menaiki kereta Proton Wira.

Tambah Siti Maemanah, dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (IPD SPT) sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk melakukan pemeriksaan pada hari yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan memberi jaminan akan menyiasat perkara itu.




Ini sumber yang kami terima dari sebuah blog lain...kisah tiga anggota polis rogol gadis indonesia....mungkin betul dan mungkin tidak cerita ni......






Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk