Sunday, November 4, 2012

Pelik!! Video Gajah Bercakap Bahasa Korea




Biar betul gajah boleh bercakap,selalunya burung kakak tua saja yang pandai bercakap...
Itulah yang berlaku di Zoo Everland di Yongin, Korea Selatan apabila seekor gajah boleh berkata-kata, biarpun belum menguasai kemahiran bercakap sepenuhnya.



Gajah jantan berusia 22 tahun yang dinamakan Koshik itu menggunakan hujung belalai untuk mengeluarkan bunyi seolah-olah seperti suara manusia.


Menurut penyelidik Angela Stoeger dari Universiti Vienna, Koshik pandai berkomunikasi dalam bahasa Korea sejak Ogos 2004 ketika berusia 14 tahun.


Menurut laporan Journal Current Biology, mamalia itu mampu berkomunikasi apabila mendengar arahan, namun ada ketikanya ia 'bercakap' tanpa disuruh.


Stoeger yang merupakan pakar dalam komunikasi gajah berkata, percakapan manusia mempunyai dua aspek penting iaitu nada dan intonasi suara.


"Koshik sangat luar biasa, ia mampu membezakan antara kedua-duanya," katanya.
Antara lima perkataan yang disebut gajah itu ialah annyong (hello), anja (duduk), aniya (tidak), nuo (baring) dan choah (bagus). - AGENSI


No comments: