Tuesday, March 6, 2012

Zola Pengurus Baru Chelsea?

Kemungkinan besar pengurusan Chelsea  mungkin akan  memanggil Gianfranco Zola untuk mengemudi ke­lab itu selepasAndre Villas-Boas (AVB) dipecat.. Buat masa ini  Roberto Di Matteo dilantik sebagai pengendali sementara di Stamford Bridge sehingga tamat musim ini.


Bagaimanapun, sumber mendedah­kan Roman Abramovich tidak bercadang menjadikan Di Matteo pengu­rus tetap sebaliknya mungkin meninggalkan kelab itu selepas kontrak­nya tamat pada jun ini.

Walau apa pun, Zola, 45, dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menjadi pengurus baru The Blues kerana pernah bersama Chelsea selama lapan musim bermula 1996 hingga 2003.

Dalam pada itu, beberapa nama turut dikaitkan sebagai pengganti AVB antaranya bekas pengurus Liverpool, Rafa Benitez, Jurgen Klopp (Pengurus Borussia Dortmund) dan Jose Mourinho yang pernah dipecat Chelsea pada 2007.

P/s- Gua lebih suka Maurinho jadi pengurus Chelsea....


                                      Apa Komen Anda?

No comments: