KUALA LUMPUR - Mayat bayi lelaki tanpa kepala ditemui di tempat takungan najis di Jalan Thong Shin di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata mayat bayi yang ditemui pada pukul 11 pagi oleh pekerja pembersihan itu dipercayai dibuang kira-kira dua hari lepas.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – Sinar