Tuesday, March 6, 2012

Gempar!! Letupan Bom Di Tak Bai 7 Orang Rakyat Malaysia Tercedera


Satu letupan menggegarkan Tak Bai berhampiran sempadan Pengkalan Kubur, mengorbankan satu nyawa.

Seorang rakyat Malaysia serta empat anggota tentera, antara tujuh yang cedera dalam insiden itu.Sasaran serangan ialah tentera yang sedang berehat berhampiran Pangkalan Perahu.

Bom seberat lima kilogram dikatakan digunakan dalam serangan jam 10:30 pagi tadi waktu tempatan.

Ia diletupkan menggunakan `walkie-talkie'.Rakyat Malaysia yang cedera dikenalpasti sebagai Fauzi Awan, 40 tahun, dari Pengkalan Kubor. Fauzi cedera ringan di lengan dan telahpun pulang ke Pengkalan Kubor setelah menerima rawatan di Hospital Tak Bai.

Jurucakap polis thai berkata, bom disembunyikan dalam pasu yang terletak di tebing sungai kawasan pasar berkenaan. Serangan dipercayai didalangi puak pemisah selatan.

Apa Pendapat Anda?

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk