Monday, March 5, 2012

Video!! Kemalangan Ngeri Bas Persiaran Di Genting Highland


KUALA LUMPUR: Polis dan anggota penyelamat terpaksa memecahkan bumbung bas persiaran yang terbalik ketika menuruni pusat peranginan Genting Highlands, awal pagi tadi, bagi menyelamatkan mangsa yang tersepit. Setakat tengah hari tadi, dua pelancong warga India terbunuh selepas bas yang membawa 22 penumpang itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, jam 7.55 pagi.

Bas berkenaan yang dilaporkan membawa pelancong India dari pusat peranginan itu menuju ke ibu negara, dilaporkan hilang kawalan sebelum merempuh tembok pembahagi jalan. Kejadian mengakibatkan semua 22 penumpang serta dua pemandu bas yang juga warga tempatan, tersepit selepas bas yang disewa daripada Syarikat Star Mart Ekspres itu terbalik.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa yang terbunuh adalah seorang wanita berusia 55 tahun yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mangsa adalah lelaki yang disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kita terpaksa memecahkan bahagian bumbung bas bagi membawa keluar semua mangsa termasuk menarik mereka yang tersepit dicelah-celah bumbung bas yang pecah akibat kemalangan itu.

“Pihak penyelamat diketuai Jabatan Bomba terpaksa membawa keluar mangsa seorang demi seorang dan membawa keluar mangsa dengan berhati-hati bagi mengelak mangsa mengalami kecederaan lebih serius. Katanya, kebanyakan mangsa yang parah dikejarkan ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sehingga kini pihak polis menahan pemandu bas berkenaan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dalam keadaan merbahaya hingga mengakibatkan kematian.

“Kita juga masih menyiasat sama ada kejadian berpunca daripada masalah sistem brek bas atau bas dipandu dalam keadaan laju ketika menuruni bukit dan melalui selekoh,” katanya.

Sementara itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menerusi Ketua Polis Pahang menyampaikan ucapan takziah terhadap semua mangsa yang terlibat.


                                      Apa Komen Anda?

No comments: