Monday, February 20, 2012

Filem Adnan Sempit 2 Bakal Ditayangkan Di Pawagam Pada 23 Feb 2012


Akhirnya filem yang ditunggu2 oleh peminat Shaheizy Sam bakal ditayangkan tak lama lagi. Gua tau ramai yang tak sabar2 nak tgk filem ni. Untuk pengetahuan korang Filem Adnan sempit  lah yang bertanggungjawab  melonjakkan nama pelakon berbakat ini. Bagaimana pula dengan filem Adnan Sempit 2 ni?. adakah jalan ceritanya menarik dan kelakar seperti filem yang pertama.  Jom kita layan sinopsis nya...

SINOPSIS
Kisah mengenai hubungan Adnan dan Nadia selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, Datuk Isnin tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari,
Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan Bobby untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.
Hubungan diantara Bobby dan Wawa juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.
Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar Fendi, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.
Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Ingeris? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.

TRAILER 



                                      Apa Komen Anda?

No comments: