Video beserta Ulasan yang ekslusif Tun Dr.Mahathir ketika diajukan soalan mengenai perlaksanaan hukuman hudud semasa Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012.
Hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Fekah, ia tidak terdapat dalam al Qur'an. Di dalam al Qur'an ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fekah. Sebab itu apabila kita nak laksana sesuatu, kita harus rujuk Qur'an kerana itulah punca kepada asas kepada agama kita.
Dan kalau kita baca Qur'an dalam bahasa yang kita faham - kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham. Kalau dalam bahasa kita sendiri kita kaji -baca dalam Qur'an terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
Dalam Islam yang terutama bukan hukuman itu, bukan pun saksi yang empat itu. Tetapi hukuman yang adil, kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama.
Ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang taat melaksanakan hukum hudud di Malaysia, mereka kata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri umpamanya. Apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan. Kalau kita tanya pada diri kita : Apakah ini adil ? Adilkah orang Islam putus tangan, bukan Islam masuk jel 2 bulan lepas tu keluar bebas. Adil tak ? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam.
Dalam Islam hukuman mesti adil. Kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sempena.. sebenarnya dalam surah an Nisa' tak ada hukuman yang di.. disebutkan dalam apa yang dipanggil sebagai hukum hudud. Apabila seorang wanita yang dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya. Tetapi ia tidak dapat mengadakan 4 orang saksi yang bebas daripada dosa yang besar untuk memberitahu kepada makhamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan. Maka tuduhannya ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan dikena dengan dihukum sebat seratus.. err .. se..se.. 80 kali. Kemudian kalau dianya hamil dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh telah berzina dan hukuman bagi orang berzina ... ini tak dak dalam Qur'an, tapi orang ahli Fekah kata : hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh - perogol dilepas semata-mata tak ada 4 orang saksi ?
Ini semua ditambah tokok kepada agama kita. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Qur'an dan mengutamakan hukum yang amat berat ini, kerana kalau kita berpendapat hukuman tu berat maka kita pi (pen-nafi?), Islam tak benar. Dalam Qur'an sila baca Qur'an dalam bahasa kita boleh faham dan kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu be.be.bubuk..(pen -berbolok weh, tak dapat tangkap. mungkin 'berhukum') dengan adil. Yang utama ialah adil bukan soal saksi, bukan soal hukum-hukuman yang berat tetapi keadilan, sebab itu mereka yang membuat cadangan ... terlalu banyak nak laksanakan hukum hudud, mereka itu sebenarnya bukan bercakap berkenaan hukum Islam tetapi ini adalah ciptaan mereka sendiri dan kita tak dapat terima. Terima kasih" - Tun Mahathir
P/s- Anda fikir dan nilai sendiri apa yang diperkatakannya....
Apa Komen Anda?
No comments:
Post a Comment