Memang X boleh blah gua baca penjelasan ketua korporat WestPorts, Mejar (B) Manisegaran di akhbar sinar bersabit kapal Israel yang memasuki WestPorts tempoh hari. Nak tau apa penjelasan beliau kepada media? .baca ini dan fahami betul2...
“Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh. Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan. Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.”
Dalam kenyatannya di atas, beliau mengaku bahawa Westport ada menerima kemasukan kapal dari israel, tetapi meyakinkan kepada media yang kapal tersebut cuma singgah dan tidak berlabuh. Agak Musyhkil gak disini. Persoalannya sekarang mereka singgah untuk apa ? takkanlah singgah untuk melawat pelabuhan je. Buang masa je. Masa itu emas.. lagipun kapten serta anak kapal bukannya boleh turun ke darat pun. Marah Imegresen nanti.
“Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun,” kata Manisegaran
Adakah kapal tersebut singgah untuk mengisi air atau minyak? Jikalah benar, Ini secara tidak langsung WestPorts telah menjalankan urusniaga dengan kapal israel tersebut sekaligus membantu kapal tersebut . Bukan ke ada jual beli disitu?...Terimalah hakikat yang Malaysia memang ada hubungan perdagangan dengan israel.
P/s:- Aritu budak tu cakap lain...yang mamat ni pulak cakap lain ....mana satu yg betul entah...
Apa Komen Anda?
No comments:
Post a Comment