Thursday, March 15, 2012

Cantik!! Model Kereta Terbaru Proton P3-21A


Model terbaru! proton P3-21A.. akan diperkenalkan pada penghujung bulan March 2012. rupa-bentuknya dikatakan memang menarik, selain dari espek2 yang terkini dan bakal merubah persepsi jenama Proton. mungkin juga photo rendering yg teman tempel ini (sumber dari funtasticko design) adalah kenyataan rupa-bentuk sebenar P3-21A - nice..

Harga model kereta terbaharu Perusahaan Otomobil Nasional Bhd (Proton) P3-21A yang dijangka diperkenalkan kepada umum pada penghujung bulan ini berada sekitar RM62,000 hingga RM75,000 sebuah, berbeza mengikut varian yang ditawarkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, tempahan model itu juga telah dibuka kepada orang ramai dengan harga tempahan awal serendah RM500.

"Tempahan ini juga boleh dilakukan di seluruh gerai pameran Proton di seluruh negara," katanya semasa berucap bagi merasmikan Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Model P3-21A akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.6L CFE Premium, 1.6L CVT Executive dan 1.6 MT dengan menawarkan enam warna iaitu Merah, Hitam, Putih, Perang, Biru dan Perak- Sumber Utusan

Apa Pendapat Anda?

No comments: