Sunday, October 7, 2012

Gambar Model Proton Suv Pertama Malaysia


ramai tertanya-tanya, adakah ini wajah sebenar Proton SUV yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini? Menurut sumber dari forum lowyat, gambar ini telah diambil di Proton Casting Plant. Cuba kita lihat pada kedua-dua gambar di bawah ini, adakah ia mempunyai persamaan di antara kedua-duanya? Gambar pertama adalah proton SUV dan yang kedua adalah Toyota Harrier.  Selain itu, Proton SUV dilihat membawa reka bentuk pintu yang mempunyai persamaan dengan kereta Proton Exora. Jadi berkemungkinan besar, SUV ini memang asal daripada proton. Walaubagaimanapun kesahihan sebenar, tidak dapat dipastikan.

Jika benarlah reka bentuk kenderaan di atas merupakan Proton SUV, ia memperlihatkan model ini mampu dibawa ke pasaran tempatan dan global. Dengan menggunakan enjin Campro CFE 1.6L, ia mampu membawa SUV ini meluncur laju di atas jalan raya

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk