Monday, October 15, 2012

Pelik!! Bebola Mata Gergasi Di Pantai Florida


Jika kita lihatbebola mata gergasi ini, ia seolah-olah seperti mata ikan. Namun saiz yang agak luar biasa telah mendatangkan pelbagai andaian daripada semua pihak. Ia sememangnya amat mengejutkan dengan bentuk yang agak pelik dan bersaiz besar. Mana tidaknya kemunculan bebola mata gergasi berwarna biru di pantai Florida Selatan telahmencetuskan tanda tanya banyak pihak selepas gambarnya dimuat naik ke dalam internet. Jom lihat gambar di bawah ini.


Pembantu profesor untuk program sains marin di Universiti Antarabangsa Florida, Heather Bracken-Grissom berkata, hasil pemerhatian awal mereka mendapati objek misteri itu mungkin spesies sotong yang hidup di laut dalam atau ia adalah spesies ikan todak yang besar.
Difahamkan, bola mata gergasi itu ditemui oleh seorang penduduk tempatan semasa dia bersiar-siar di sepanjang pantai Pompano utara Fort Lauderdale pada Rabu lalu.


Menurut Heather, perubahan suhu dunia turut memberi kesan kepada laut dan keadaan tersebut mungkin telah menyebabkan kemunculan beberapa spesies hidupan laut dalam yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pesisir pantai.
“Kanta bebola mata objek misteri itu menyerupai bentuk mata sotong di laut dalam.Ia boleh membesar seperti saiz sebuah bola sepak.
Misteri bola mata gergasi tersebut akan terjawab selepas kami selesai menjalankan kajian ke atasnya di Institut Penyelidikan Hidupan Liar dan Akuatik Florida di St Petersburg,” jelasnya.
 Andaian tepat yang dibuat setakat ini berkemungkinan bebola mata gergasi tersebut datangnya dari haiwan hidupan laut dalam. Namun sememangnya kehadiran bebola mata gergasi ini mengejutkan ramai pihak kerana ia bukan sahaja bersaiz besar malah dikatakan mirip seperti mata dinasour pula. Hai, pelik.. Wallahua’alam.


No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk