Friday, October 12, 2012

Wanita Kahwin Babi Hitam




Seorang wanita yang dikenali sebagai Maria Cooper, 29, bertindak pelik apabila menjadikan seekor babi hitam seperti suami dengan membenarkan babi berkenaan tidur di atas katilnya. Babi itu diberi nama Dinky.

Maria yang bekerja sebagai guru muzik di sebuah sekolah, mengatakan, dia mula jatuh cinta dengan dengan babi hitam itu pada pandangan pertama, sebelum bertindak mengahwininya.
“Saya telah membeli babi itu pada tahun lalu. Dinky seekor babi yang lucu dan menghiburkan,” katanya.

Selain babi hitam itu, Maria juga memiliki 16 haiwan peliharaanya lain. Dinky ialah binatang peliharaannya yang paling disayangi sehingga sanggup tidur dengannya satu katil.



No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk